Sunday, May 31, 2009

IDEOLOGI TAK PERNAH MATI, BRO..

Aku terpanggil menjawab kenyataan seorang rakan dari blog yg selalu aku klik..sakit jugak ati sku bila dia terbuka mengatakan bahawa kemasukan chin peng yang sudah tua dan uzur takkan menimbulkan semula ideologi yang membangkitkan semangat juang orang melayu..

Bro, berapa lama yahudi hidup? dah beratus tahun, kan? ideologi dia masih kuat sehingga kat dalam siri kartun pun, seekor kucing haiwan kesukaan nabi tetap bersifat seperti pembunuh yang kejam..aku nak ko tau, bro..chin peng tak terlibat langsung dgn cepat atau lambat nya merdeka..komunis tetap komunis..Force 136, rejimen askar melayu diwujudkan bagi menentang PKM-Parti Komunis Malaya..PKM wujud disebabkan diorg nak tentang jepun yg mmg suka menindas orang cina..CINA YANG JADI KOMUNIS MEMBERONTAK HANYA KERANA JEPUN TINDAS MEREKA, BUKAN SBB MEREKA BETUL2 NAKKAN KEMERDEKAAN BRO..

aku bkn nak kata apa, ko jgn baca buku sejarah SPM lps thn 2000 la bro..ko baca SPM zaman dulu punyer..silibus yg baru semuanya nakkan perpaduan..Chin Peng pun jadi baik, nakkan perpaduan la konon..masa Rundingan Baling, kalau betul dia nak merdeka, kenapa dia tak menghormati Tunku Abdul Rahman yang ada sekali waktu tu..dah tu, blah mcm tu jer..bro, ko membesar, belajar kat Malaysia..pastu ko pegi oversea..takkan ko tak pergi BTN..? oooo.aku lupa..batch ko pegi BTN dah tentu2 ada bangsa lain yang bukan beragama Islam..

aku mmg tak setuju dgn kemasukan kembali Shamsiah Fakeh dan sekutunya..tolong jgn buat ayat simpati yang dia dah tua or takkan membahayakan..masa muda dulu tak ingat betapa kejam..? dah tua baru nak melutut..betul tu, tu masa dia muda, tapi bro, kalau aku singkap sejarah abah aku masuk hutan, aku mmg meluap2 marah giler dgn bangsa komunis yang tak sedar diri ni..itu aku..kalau chin peng dan sekutunya yang ko simpati tu balik malaysia, dia cerita kat bangsa dia apa yg melayu buat untuk tentang komunis, tak ke meluap hati diorang? tak ke diorang akan teruskan ideologi yang dah lama tekubur??

bro, aku mmg tak nafikan kalau pembesar kita ada yang menjalinkan hubungan pelbagai hala dgn CUBA yang terang2an negara komunis..aku juga tak menyangkal ayat dalam blog kau "Kebanyakan negara yang mengamalkan ideologi komunisme ini sudah membuka pintu mereka kepada keterbukaan dan liberalisasi. Lihat sahaja China yang sangat berkuasa sekarang, sehingga Amerika Syarikat turut bergantung kepada China untuk membeli bon-bon Amerika Syarikat yang digunakan untuk pakej rangsangan ekonomi mereka yang bernilai melebihi satu trilion dolar." lagi satu ko kata "Di sini kita dapat lihat sisi baik komunisme atau sosialis, di mana rakyat mendapat hak yang serupa dan sama rata. Konsep ini hampir cuba diamalkan oleh Tun Razak ketika perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana rakyat-rakyat di desa dan estet mengalami kemiskinan, dan nasib mereka cuba diubah oleh Tun Razak.Namun, DEB ini berubah menjadi satu dasar yang menguntungkan golongan peniaga, kontraktor..bla..bla"- blog http://firdausrosli.wordpress.com. semua ni aku setuju..


tapi bro, part ko kata diorang membantu mempercepatkan proses merdeka, mmg aku sangkal giler2 punyer..kalau betul diorg nak merdeka, diorang takkan lambaikan 'welcome' pada british sedangkan waktu tu diorg tau melayu cina dan india masih bersatu..kalau ko tak percaya, singkap sejarah malayan union dalam buku sejarah SPM silibus sebelum thn 2000..kalau tak pn, ko pinjam buku aku..ko nak yg mana? peristiwa 13 mei, malayan union?, aku pun melayu..semua aku ada..

bro, aku mintak maaf..ko mmg bijak berfikir, ada idea bernas untuk mngolah dan segalanya rasional..tapi, pendapat kita mmg berbeza..

3 comments:

  1. Lumrah peperangan, ada yang tercedera, ada yang terkorban. Pendek kata, orang-orang yang menentang PKM dan terkorban, kita boleh katakan sebagai syahid jika niat mereka melawan itu kerana Allah.

    Mereka ini bukanlah ada kelulusan tinggi, atau ijazah dari luar dan dalam negeri untuk berfikir dengan teliti. Seperti kata ayah saya yang juga anggota polis dan sempat menentang PKM di zaman-zaman akhirnya, "Polis dan tentera perlu taat kepada arahan."

    Jadi, mereka seolah-olah pelanduk di tengah-tengah medan perang yang sebenarnya hanyalah antara PKM dan kerajaan yang dinaungi British. Apa boleh buat, nasib mereka terpaksa mengikut arahan kerajaan, atau lebih tepat lagi kehendak British untuk menguburkan pergerakan PKM di negara ini.

    Sedangkan, ideologi komunisme itu sendiri bukannya berkenaan membunuh orang sesuka hati. Jika difikir dan didalami, terdapatnya nilai yang baik daripada ideologi tersebut. Namun, ianya akan berbalik kepada sebab mengapakah British lambat dalam memberikan kemerdekaan, iaitu sebab ekonomi. Oleh kerana itu, kuasa British ketika itu sangatlah risau akan kepentingan ekonomi mereka dengan hadirnya ideologi komunis di negara ini.

    Tidak mengapalah, kita sama-sama perlu belajar lebih banyak lagi mendalami sejarah negara ini, mengatasi apa yang ada pada buku-buku teks yang saya pasti sukatannya telah diringankan untuk memudahkan pemahaman pelajar. Saya sendiri tidak percaya bulat-bulat kepada buku sejarah sama ada zaman sebelum 2000 atau selepas 2000.

    ReplyDelete
  2. bila ckp pasal ideologio ni aku pun sbdiri tk fhm...byk sgt ideologi..gamaknya kekadang ideologi syok sendiri kot..ntah lah yg pasti aku mmg skit hati ngan komunis ni sbb yg pasti ramai je bangsa melayu terkorban....kdg2 kita kene amik kira gak sensitiviti masyrakat sekeliling...ada sebab mrk marah dgn kemasukan chinpeng...hak sama rata..ntah lah smapai skrg aku rasa hak sama rata tuh ibarat menanam tebu di tepi bibir mu yg tak berapa nk mungil tuh...emm apa yg sama rata kau pun tak tau la...ada mata lihat..ada mulut tu yg sebok nk bercakap n menabur janji...emmm...aku pun tk faham...ean ko dh sihat ke...smpai demam2 ko bekerja...ehheheeh

    ReplyDelete
  3. firdausrosli,
    terima kasih beri pandangan yang positif..
    kau memang seorg yang ada pendirian..
    thanks bro...

    bell,
    aku biasalah..
    komitmen aku cuma pada amak abah n anak2 aku je..keje tu mmg yg 1st..pasal pertubuhan kelab, next week kita dscss..

    ReplyDelete