Sunday, November 6, 2011

QURBAN 2011

Tepat jam 9.30 pagi tadi, aku sekeluarga pergi ke kampung sebelah, Kampung Dato' Ahmad Razali, Dengkil untuk melihat lembu yang bakal dikorbankan.



Pemberitahuan nama peserta korban yang dibacakan oleh Encik bos Azwan bin Muhammad.

Antara agenda yang di nanti2 kan..











sempat bergambar dengan beberapa muka2 cuak apabila lembu terlepas daripada ikatannya..huhuhuhuhu!





Dah penat lelah kejar lembu, kami pun berkejar-kejaran ke rumah nenek untuk makan..hehehehhe! Antara juadah kat rumah nenek..





Air sirap best!!



Dah siap makan kat rumah nenek, kami masih menjalankan aktiviti kurban..mengorbankan beberapa ulas rambutan kat rumah nenek yg baru nak masak..hehehheheh!





Friday, November 4, 2011

PAINT..



kawan..sehening malam, suram lagi hati yang terpinggir jauh..namun, tidak pernah barang seurat jantung ini berdegup dengan segala tutur bicara itu, tidak pernah bergetar rasa hati melihat dia di sisi..apakah maknanya? setelah sekian lama segalanya terhalang, belum sesaat pun fikiran ini mahu memutuskan untuk terus bersama..

Rentetan kelukaan yang tidak terawat,segalanya dibiarkan berlalu..kau jauh di sana..panggilanmu dua minggu lalu, membuat aku terpana seketika..mengapa dan kenapa? segalanya terjawab ketika KLIA bersedia menjadi saksi pertemuan kita..

rupanya kau telah dipaksa menerima sebuah kehidupan yang tidak kau inginkan..ketika kesalahan itu dituding kearahku, aku terdiam tapi hanya seketika..bukan aku menolak..tetapi ketaatanmu kpd mereka memaksa aku untuk menidakkan segala yang ada di ruang hati..

Seikhlas hati, segalanya bukan salah aku..hanya pagar berduri yg tidak mampu aku tembusi..dengan latar diri begini, aku cukup sedar untuk menerima segala tohmahan dan cacian..maka, kau harus percaya yg aku blm ckp kuat utk menghadapinya kali kedua..

kau sangat bodoh, sengal dan degil sepertimana aku kenal kau 1 masa dulu..kenapa mesti kau melarikan diri, mengubat rajuk di hati di perantauan orang? di sisi kau sudah cukup kekuatan dlm dirinya yang tidak kau nilai dgn mata hati..dia sangat istimewa..apa yang Allah kurniakan cukup untuk kau menghadapi segalanya..

Bukakan hati..ingatlah pesan aku sbg sahabat.. carilah kekurangannya untuk kau jadikannya suatu keunikan yg tidak dimiliki oleh orang lain..sayangi dia krn dialah amanah dan tanggungjawab yang apabila kau lestarikan hubungan itu, syurga balasannya..

Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau..mulakan hidup baru..semoga kebahagiaan itu milik kau selamanya.. Amin..