Friday, December 10, 2010

"ZK PEG" TQ 2 ZAHRUL

Pertama sekali, aku ucapkan terima kasih banyak2 utk Zahrul.. hehehe! mainan ni direka khas daripada idea Zahrul.. aku bagi nama ZK PEG sempena nama Zahrulhuda Kamaruddin..

macamana nak buat ZK PEG? hehehe.. mudah jer..

1. kutip kulit2 kerang yang ada kat bawah pokok inai rumah mak..saper yg kutip? yg empunya mainan lah yg kena kutip.. hehehehe..



2. Rendam kulit kerang n berus menggunakan berus gigi yg dah layak buat berus sinki. kemudian, rendamkan dengan sedikit clorox utk hilangkan kuman. lepas tu, jemurlah bawah matahari terik supaya betul2 kering..



3. kemudian, kerahkan tenaga buruh sedia ada untuk mewarnakan kulit kerang tadi..hehehe!



4. pastikan kulit kerang berwarna terang. kemudian bolehlah ditambah dengan pelbagai warna yg lain..



5. hish.. ni ialah hasil daripada warna air yang terlebih2.. jgn membazir, buat jer aktiviti melukis.. bolehlah tu.. ada lagi aktiviti lasak yg boleh dilakukan seperti gambar di bawah.. ada hero panjat tiang..hahahahaha!



so, sesiapa yg nak tiru ZK PEG ni, boleh lah mencuba.. :)