Sunday, October 10, 2010

WARKAH BUAT 'AYAHANDA'..


"Setelah roboh kota Melaka, Kota Johor kita dirikan" Sultan Alauddin Riayat Syah dalam karya Setelah Roboh Kota Melaka - Abdul Latip Talib.. sangat hebat dan kental jiwa orang melayu.. Institusi Kesultanan Melayu pantang disanggah..kalau dahulu, keris sultan sangat berdaulat, apatah lagi kata2 sultan.. sedangkan Laksamana Bentan sampai juga ajalnya walaupun hanya 'dicium' hujung keris Sultan Mahmud mangkat di julang.. sangat tinggi darjatnya seorang pemerintah..

Dalam arus pembangunan yang terpencar kemodenannya, mampukah melayu kekal dengan kedaulatan sultannya? 'Takkan melayu hilang di dunia' atau realitinya 'melayu hilang dunianya? terlalu gah dengan perpaduan kaum yang diwar-warkan, kadangkala kita terlupa bahawa segala hak kita telah pun dikongsi atas dasar kesamarataan.. sudahlah begitu, "ayahanda" kita yang sudah bertahun2 wujud sebelum J.W.W.Birch mendarat di Tanah Melayu juga, mula dipertikaikan..

Warkah khas buat Ayahanda..

Tidaklah anakanda berutus warkah untuk bertanya khabar buat ayahanda.. cukuplah sekadar coretan yang anakanda berikan walaupun ianya takkan menjadi kudis di hati ayahanda..

Wahai ayahanda yang tersilap firasatnya.. anakanda mahu ayahanda fikirkan asal-usul orang melayu, datangnya bertongkang dari seberang Tanah Jawa, dari Patani dan tidak ketinggalan dari kerajaan Langkasuka..walaupun statusnya pendatang SUATU MASA DULU, namun, namanya tetap melayu kerana asalnya dari GUGUSAN KEPULAUAN MELAYU. Manusia yang datang bertongkang dari LUAR gugusan kepulauan melayu itu, barulah namanya pendatang yang diberi sedikit ruang dan peluang di Tanah Melayu. Jadi, apakah hak bangsa2 ini mahu mencerca dan mempertikaikan kedudukan Institusi Kesultanan Melayu di Tanah Melayu??

Ayahanda, sedang slogan itu dilaungkan, hak kesamarataan diagihkan, ke mana akhirnya agama dan bangsa sendiri yang sering ditekan.. kalaulah 'anak sendiri' bersuara, 'ayahanda' akan berkata " jangan bersuara begitu lantang anakku..itulah tanda2 perkauman dan perpecahan.." tapi, kalau si 'anak tiri' yang bersuara lantang, menghantar memorandum dan pelbagai usul ke rumah 'ayahanda', 'ayahanda' cuma tersenyum sambil berkata "negara kita demokrasi dan perlukan kesamarataan.. marilah 'ayahanda' berikan sedikit kesamarataan".. Lihatlah sekarang, dipertikai pula kesultanan melayu..sangat bodoh dan biadab!! adakah ayahanda masih mahu bertoleransi pada orang yang biadab???

Lagi, ayahanda.. kalaulah Alfonso d'Albuquerque mendapat tafsiran bahawa Tanah Melayu begitu mudah dijajah ideologinya, tentu dia menyesal kerana menghantar pasukan meriam dari 43 buah kapal Portugis untuk menyerang Melaka di subuh pagi.. dia rugi kerana tiada ahli nujum yang mampu memberi tafsiran bahawa Portugis tak perlu berperang, tetapi hanya perlu jalankan sedikit demonstrasi jalanan, publisiti murahan, hantar memorandum berjela ke istana, tidak ketinggalan juga melaksanakan aktiviti korupsi di dalam istana, Portugis boleh mendapat hak samarata dengan orang-orang di Tanah Melayu..

Ayahanda, mungkin juga tatkala memberi hak kesamarataan itu, ayahanda terlupa peristiwa Perjanjian Pangkor di mana bermulanya kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu.. semuanya gara2 ingin meraih sokongan, tamakkan kuasa..habis semua yang dikongsi akhirnya tergadai..

ayahanda..ayahanda.. lihatlah natijahnya jika ayahanda teruskan usaha menyatukan anak kandung dengan anak tiri.. apa yang kami ada, semuanya dikongsi.. sehingga nama Allah juga hampir tergadai dek kerana penyatuan ini.. berbaliklah pada sejarah.. sejarah pasti akan berulang..jadikanlah sejarah sebagai panduan, ayahanda..

Ayahanda, jangan sampai kebiadaban Israel terhadap Palestin menular ke negara kita.. asalnya yahudi cuma pendatang yang menumpang..yang diberikan sedikit ruang dan peluang.. akhirnya, seinci demi seinci tanah Palestin dirampas..kuasa majoriti telah menjadi suara minoriti, rakyat merempat di tanah air sendiri..

Ayahanda, sayangilah agama dan bangsa kita sendiri..jangan dibiar org lain mempertikaikan Institusi Kesultanan Melayu yang tidak akan terhapus dalam kamus sejarah..

salam sembah dari anakanda yang derhaka..