Wednesday, October 21, 2009

AKU DAN PAPARAZZI



AKU CUMA NAK BERI PESANAN KEPADA PAPARAZZI TAK BERTAULIAH..

aku ucapkan tahniah kepada penyibuk2 yang sedang sibuk mencari berita gossip hal aku.. untuk penyibuk2 sekalian, terima kasih kerana sudi menjadi paparazzi tak terlatih..hahahahah! apapun, aku bukan lah manusia hangat yg mcm korang ceritakan..
aku ada anak2..balik kerja aku terus balik rumah..takde pulak aku pernah mgulor ke tempat lain..takde pekdahnya aku nak buat mcm tu..tak cayer??? tanya mak aku.

thanks anyway coz ada jugak yang 'prihatin' dgn DUNIA AKU..

Thursday, October 15, 2009

YOP! MAI MAKAN DERIAN..



kelmarin, ada member aku, hairi budak poslaju offer aku durian.. sekilo RM3.. aku pun bli..SEDAP tuuuuu!! kira tak rugi aku bli..asalnya nak jaga ati kawan jer..pk2 balik, anak2 aku tu hantu buah-buahan kampung mcm tu..so, aku amiklah 10kg..

BUT, TODAY..
aku order lagi 30kg..HAHAHAHAHAH! aku tamak!! tapi kawan2 aku la yg order..aku tolong sampaikan order jer..kihkihkih! aku order juga 5kg nak bagi kakak2 aku rasa sorang sebiji.. eh..seulas dah la! hahahahahah! aku tamak!! hahahaah!

Tuesday, October 13, 2009

SELIPAR JEPUN YANG TERFITNAH


selipar jepun (bukan nama sebenar)



selipar jepun ala2 jawa (tidak berkaitan antara yg hidup dan yg mati)


Alkisah..Hari ni ada sambutan hari raya kat MINT.. atau nama barunya yg tak glemer tu, Agensi Nuklear..hehehehe.. (asmaniah jgn marah taw..)

aku punyalah berkobar2 nak pegi..sampai je kat rumah babysitter, baru aku perasan aku pakai SELIPAR JEPUN.. nak patah balik dah tak dan..

maka hari ni, disebabkan selipar jepun yg aku pakai ke opis, aku tak jadi la nak pi makan2.. oleh itu, aku telah dititahkan oleh sultan agar menggantikan operator di kaunter utama hanya kerana aku pakai selipar..

huhuhu...ni semua sbb selipar jepun la ni..kalau aku beli selipar jepun ala2 selipar jawa mesti lawa..

tapi, bila aku pk2 balik..bukan sbb selipar jepun, tapi sbb hari ni aku bangun lewat, maka lewat dan kelam kabutlah aku pagi ni..hehehehe.. salah aku jugak.. sian plak selipar jepun, terfitnah oleh aku..kihkihkih!

Monday, October 12, 2009

DIA..




saat dia kukenali..sinar wajahnya bagaikan mentari..
saat dirinya kukasihi..matanya bak intan permata bersinar dipagi hari..
sungguh-sungguh pabila dirinya tenggelam dalam kerinduan..dia seakan anak kecil yg penuh desakan..

apabila dirinya terasa dicintai, dia bersuara dalam bahasa yang paling jelas namun tidak kedengaran..alunan kata-katanya indah bak bunga tetapi seakan masih dalam rahsia..

rindu aku akan dia, yang sudi menjadi teman sepanjang masa..
sukar untuk dinilai renungan matanya kini..
namun, wajahnya yang manis tersenyum sentiasa menemani..

entahkan ada hati yang terasa,
bila rindu menyulam bicara,
bila sayang datang menerpa,
bila cinta tak terucap dgn kata..

Wednesday, October 7, 2009

WAKTU GEMPA & AYAT AL-QURAN

Waktu gempa sama dgn surah & ayat dlm al-Quran...masyaAllah.. tersentak jantung membaca email yang nazwan forward..

Gempa di Padang berlaku jam *17.16,* gempa susulan *17.58,* esoknya gempa di Jambi
jam *8.52.* Cuba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang
beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat
tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):* *“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu
negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri
itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri
itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami),
kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “**Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka
penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami
azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah
tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”*

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):** (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun
dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari
ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan
dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

*Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian
tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa
kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan
kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini
tentu sangat menarik.

Monday, September 28, 2009

APA?! ADA AKU KESAH??





SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA PELAYAR BLOG CACINSTER..

Tahun ni merupakan tahun keempat aku beraya sebagai seorang single mother yang tak pernah single pun kalau berayer..mana taknya, ada 3 bakul melekat kat tangan aku..

terlalu banyak untuk dikongsi bersama..banyak berita gembira diiringi kisah duka disebalik kehidupan rakan seangkatan..

TAHNIAH aku ucapkan kepada kawan2 yang berjaya dalam hidup. dari segi karier dan keluarga yang menjadi penyeri selagi hayat dikandung badan. tak lupa juga pada kawan2 aku yg nak bertunang, bertunang lagi dan yg dah bertunang..kepada yang akan, telah dan nak berumahtangga lagi, semoga ikatan bahagia kekal sehingga akhir hayat. saper la yg nak berumahtangga lagi tu yer..? macam ku kenal saja, tapi..dimana yaa..?
kihkihkih!

apapun, TAKZIAH aku ucapkan kepada manusia2 yang kecundang.. jangan disangka kecundang itu ertinya malang..kalau itu tafsirannya, maka memang malanglah orang itu.. Allah tu sayang kita lebih sbb tu kita diuji.. apapun, nikmatilah kehidupan ini dengan melakukan amal ibadat..banyak hikmahnya Allah beri ujian kepada kita yg belum kita temui apa hikmahnya..

aku? ada ke patut sepanjang aku beraya org tanya aku bila nak cari? apedehal..aku selesa maaa hidup mcm ni..tak gaduh nak beraya kat rumah mertua, tak bising dgr mulut ipar yang mcm tongkeng ayam..bli kuih rayer pun untuk rumah mak aku jer..
heheheheehehehehe!

so, kalau orang tanya, "tak sedih ker rayer dah 2-3thn sengsorang?" aku jawab je laa.. "apa?! ada aku kesah??"

Tuesday, August 18, 2009

KALAU AKU MARAH..



ni syirah..anak aku no. 2. Ahad hari tu aku bawak pi Hospital Serdang untuk saringan H1N1. Alhamdulillah, anak aku bukan antara manusia yg menghidap wabak maut tu..



ni kaunter 1 untuk saringan awal..aku sampai disitu jam 9.35 pagi, tamat rawatan jam 10.15. inilah kali pertama aku mendapat rawatan yang paling cepat di hospital kerajaan.

hari ni, aku bawa pulak cicilah ni ke klinik kesihatan Dengkil utk blood test..cepat juga, kira ok lah tu..nak jadi cerita, time aku nak amik ubat kat farmasi, staf kat situ chinese perempuan yg masih muda..

dalam masa yg sama ada pulak pakcik tua dalam umur 60-an datang untuk dapatkan ubat. staf tu kemudiannya mnyuruh pakcik berkenaan klipkan surat ubat dgn nombor giliran..tapi dalam keadaan menengking2..haku pun hangin dengar dia memekik2 tak tentu hala sbb pakcik tu tak faham.

silap org la cina nih..aku pun pegilah kat kaunter tu..aku mintak kat pakcik tu borang ubat dia. lps aku tolong pakcik tu, dgn geramnya aku pun bersuara :

" u ni staf kat sini, u tau apa yg perlu u buat kalau customer tak faham apa yg u cakap. u sepatutnya dah tau pakcik tu tak faham, why not u tolong dia? yg u terpekik2 tak beradab dgn org tua tu, kenapa? kalau u tak boleh hormatkan dia sebagai customer u, tolong hormat dia sebagai orang tua, faham??"

entahlah..aku bukan hangin sbb apa2..tapi, sbb dia bangsa cina..aku pun tak tau knp aku tak boleh bertolak ansur dgn bangsa lain..

lps pakcik tu pegi, turn aku pulak..pandailah pulak minah tu berlembut dgn aku. aku pun tanya, " mana u punya tag nama? if anything happen after this, i report budi bahasa u pada biro pengaduan awam.." dia cuma kata "i'm sorry, madam"..

aku takdelah segarang tu, tapi dah dia tengking2 pakcik tu, hangin jugak aku..

aku hari2 berdepan dgn customer..aku yg kena tengking lagi ada..takper, aku penyabar bila org marah2..tapi kalau turn aku marah, aku mmg tak sabar..