Misi cuti kali ni ialah 'FROM TAIPING WITH LOVE'..aktivitinya sudah pasti melawat tempat2 bersejarah di Negeri Perak Darul Ridzuan..macam takde apa2 jer kat Perak tu..tapi, aku yakin, sebenarnya banyak tempat menarik yg org ramai tak sampai lagi..Ekspedisi kali ni ke Taiping Bandar Warisan, Kuala Kangsar Bandar DiRaja dan Deer Park, Sungkai..
Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
so.. jom kita tengok apa yg korang blh dapat daripada catatan ‘FROM TAIPING WITH LOVE’..
HARI PERTAMA
Perjalanan hari ni sangat menarik. Hari ni hari Isnin 27 November.. kami bertolak selewat 7.30 pagi. Lewat sbb plan bertolak kul 6.30 pagi..ngeeeeeeeee! Melalui Setia Alam, kami berehat selama 15 minit di Meru..terus ke Teluk Intan..
Menara Condong Teluk Intan. Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China.
Jauh juga dari Teluk Intan ke Exit Bidor.. Finally, jam 11.45 baru jumpa! lega...bkn apa, jalan kampung tu lurus tapi, tak rata dan berlopak..naik keta kecil mmg terasa sakit badan..huhuhuhu!
Sampai di highway, rasa lega dan selesa..pemandangan mmg cantik dan aku sangat teruja..mana nak dpt kat area Sepang pemandangan bukit yang mencecah awan..rasa mcm nak berhenti kat tepi, snap gambar banyak2..tapi, ada jer kereta peronda PLUS..hmm..
Tepat jam 1.35 ptg, kami pun sampai di tol exit Changkat Jering..berhenti sekejap slps tol..hehehehe! dh letih..makan rambutan jap..so juicy..sluurrrp!!
Mercu tanda ni bermaksud dah berada di area Taiping.. banyak mercu tanda mcm ni tapi tak terbela..
Sesampainya di Homestay Kampung Pinang, Kamunting, kami berehat..aku tido la..letih..jam 4.30 ptg keluar pi round Taman Tasik Taiping..tengok port mana yang best utk bergambar..semua tempat best..Taman ini adalah sumbangan idea daripada 21 Batalion New Zealand Regiment 1861..
Taman Tasik Taiping jam 6.55 malam..esok kita jelajah lagi tempat-tempat menarik sekitar taman ni..
HARI KEDUA
Pagi ni kami Plan nak naik Bukit Larut..tapi tiket habis..jam 8.15 pagi tiket dah habis..mereka beratur untuk mendapatkan tiket seawal jam 7.30 pagi..boleh berjalan kaki tapi nak naik sampai atas dengan cepat kena bli tiket untuk naik jip..disebabkan tiket dah habis, kami round taman tasik sebelum ke Zoo Taiping..
Pepohon besar yang rendang sekitar tasik memang menarik..dahannya rendang sehingga mencecah air tasik..kami bersarapan pagi di bawah pohon besar,,pemandangan? memang tak dapat digambarkan cantiknya..dlm gambar nampak biasa2 jer..mmg best!!
Jam 9.00 pagi kami tiba di Zoo Taiping..kami terus menaiki trem yang membolehkan kami melihat semua haiwan di sini..(menjimatkan masa dan mengurangkan sakit kaki sbb memandu jarak jauh..hihihihihi!)..haiwan di Zoo Taiping tidaklah begitu banyak, kawasannya juga kecil..tetapi taman safari dan haiwannya yang 'mesra alam' membuatkan kita seronok..
Moh kita bayar harga tiket dulu..harga tiket sebenar RM36, tapi kami gunakan kad Ahli Kelab Nuri, dapat diskaun 20% jadi RM28..ngeeeeeeeee!! jangan jeles..
Penghuni Taman Safari..Zirafah ni bercium dengan burung unta..hehehehe! burung unta ni nampak manja..
Sekawan gajah..ada baby yang comel..
Dalam kantung kanggaru ni ada Joey..baby Joey ni kaki dia mcm kaki ayam..dan tak berbulu..
Rabbit sedang makan..
Beruang ni manja..kami siap usap bulu dia dr luar pagar..
Memerang yang bijak dan comel..
Rasa mcm nak ambil bawak balik..pandai tarik perhatian orang..
Unta yang kekenyangan..
Burung yang tinggal sekandang dengan sekawan rusa..
Kura-kura..
Gloria at Madagascar..hehehehehe!
Mama Alex at Madagascar..gayanya mcm nak menerkam..
Ini ialah Replika Rumah Perang..tempatnya di dalam kawasan taman Tasik Taiping di sebelah parking..
Bunga teratai penuh menutupi kolam..mmg cantik..
Sempat posing..
Hehehehe! ini topi baru ala2 topi Kak Zila..sekurang2nya takdelah aku kepanasan masa hari sukan 2012.. ngeeeeeeeeeee! ada sesaper jeles dgn kelayuan topi yang boleh menutup wajah dpd terkena panas terik mentari? heeheheheheheh! dtg la sini..tak pun kirim kat maz azlee klau dia balik Taiping..
Lokasi seterusnya di sini..Ini ialah Muzium Perak..terdapat pelbagai barangan tinggalan sejarah..
Keretapi yang digunakan untuk mengangkut bijih timah era 1880-an..
Patung Sipili Kaum Asli digunakan untuk mengubat kerasukan dan gangguan roh..
Cara / kaedah perubatannya :
Yihaaaaaaaaaaaaa!!! Seruling Hidung! hahahaahahaha! saper nak try bolehlah yer..ngeeeeeeeeeeeeeeeeeheheheheheheheh!
alat permainan sebelum wujud PS 2..heheheheheh!
dulu masa kecil2 kita selalu nyanyi 'bang selebu kuali sawa, hujan turun mandi katun, sirih rampai pinang berseri, minta peluk si tangan kiri'..tanpa kita sedari, lagu tu mentera serapah Kaum Jah Hut..! ngeeee...!
Dah penat berjalan, perut mula lapar..tak taulah kenapa..makanan kat sini belum ada yang menusuk di kalbu kesedapannya..hahahahahah! masak asam nya manis..so, teringat Pak Lan citer Mi Udang Kuala Sepetang yang best..dah kul 2 mmg tengah2 lapar sangat2.. dulu Pakdin pernah citer, nak mi udang sedap, cari kedai mi udang Mak Jah..so, dah jumpa!! yihaaaaaaaaa!!! time to eat..
satu mangkuk ada 9 ekor udang besar-besar..ada dua jenis hidangan mi udang..mi udang biasa (udang saiz sederhana) RM 7.00, yang kami makan ni, Mi Udang Special (Udang saiz besar) Rm 11.00..yang bestnyer, anak2 aku makan mi jer..udangnya bg kat mama! hehehhehhehehehehe! mlm tu setengah maut menahan sakit kepala..mana taknya.. 9 ekor udang x 4 mangkuk = 36 ekor udang..huhuhuhu! tapi, rasanya mmg sedap dan BEEEEESSSSTTT!!
On the way balik ke Taiping, kami sempat singgah di Kota Ngah Ibrahim..kami tak sempat nak melawat..sampai kat situ dah 5.15 petang..
Kota Ngah Ibrahim merupakan sebuah tempat perbicaraan Datuk Maharaja Lela,Datuk Sagor dan Pandak Indut selepas peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch pada 02 November 1875 yang mati dibunuh di Pasir Salak ketika sedang mandi.
Kemudian, pahlawan-pahlawan ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 1877. Dalam tahun yang sama, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad dan Syahbandar Uda Mahamor di buang ke Pulau Seycheles.
Kami pulang semula ke Taiping..ini pemandangan Bukit Larut selepas hujan..memang beeestt!
Rasanya masa masih panjang..kami pun singgah di Taman Tasik Taiping untuk menaiki bot..best jugaklah tapi agak membosankan sebab bot perlahan..
Inilah Clock Tower...kini menjadi pusat penerangan untuk pelancong..Clock Tower ini di bina pada tahun 1890..ia pernah menjadi balai polis dan balai bomba.
Suatu masa dulu..
Kini..
Sk King Edward VII..merupakan sekolah Inggeris Lelaki Pertama di tanah Melayu.. bangunan sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah..
HARI KETIGA
Sepatutnya kami dah bertolak balik hari ni..tapi rasa mcm nak stay lagi..best kat sini..sebelum ke mana-mana, kita makan dulu..kami berhenti di sebuah gerai yang bertentangan dengan penjara. Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.
Nama Gerai ni MOM'S Prison Corner..
Nasi Lemak.. boleh laa..sedap jugak..
Aisyah dan Mi Kari nya..
Kakak dengan nasi dan ikan keli sambal..(menu HARI2 kat sekolah..bosan jer.. :D)
Insyirah..Milo ice takmo makan nasi..
Selepas kenyang bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Larut.. tiket untuk naik jip RM6 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak..tapi masa kami pergi ni, jip tak boleh naik..ada pokok balak tumbang..so, menapaklah naik Bukit Larut..heheheheh!
Masa naik rasa mcm best..dah sampai tengah2 penat juga..
dah turun..tak larat..kami terus ke tempat Equine Park di kaki Bukit Larut..
Ini dia Equine Park..boleh menunggang kap wau dal alip, kuda..hehehe
Jinak.. untuk menunggang RM10 untuk kanak-kanak.. dewasa aku lupa nak tanya..ngeeeeeee!
Nama kuda ni Mr. Magoo..hahahaha! teringat Mr Magoo kartun yang biol tu..
RM5 utuk memberi makan carrot pada kuda..sebaldi makanannya..heheeheheh!
geli sbb dia menjilat tangan daaaaannnn...air liur dia yeerrkkhh!
Jam 11 pagi, kami bertolak ke Kuala Kangsar..otw ke sana jumpa Masjid Ihsaniah Iskandariah..di bina menggunakan anyaman buluh..atas ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30 pada tahun 1936.
Kami lalu jalan dalam Taiping-KK..kul 12.45 sampai di gerbang KK..hehehe! Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa..
Lokasi pertama ialah Galeri Sultan Azlan Shah..
Bayaran masuk seperti berikut :
Hanya boleh bergambar di luar..kat dalam tak dapek nak bergambar..huhuhu
Bangunan galei ini menempatkan sejarah kehidupan Di raja Sultan Azlan Shah..
yang ini galeri kenderaan yang pernah digunakan oleh sultan dan cenderadurja daripada pelbagai negara..
Taman di tepi bangunan galeri.
Lokasi seterusnya ialah Istana Iskandariah di Bukit Chandan.
Muzium DiRaja Perak atau dikenali dengan Istana Kenangan/ Istana Kuning. Istana ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku..ambil gambar di luar sja sbb tengah renovate..
Kami ke Masjid Ubudiyah untuk solat Zohor..Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
Makam DiRaja di sebelah masjid..
Lokasi yang sangat cantik..Sungai Perak..
Singgah di Taman Rekreasi Kuala Kangsar di sebelah Sungai Perak..
Makan tengah hari di tepi Sungai Perak..
Jambatan Gantung..best..
Deretan kedai bangunan lama..
Main sekejap..best juga..hehehhehehe!
Ini Menara Pavilion Bangunan ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918-1938.
Kolej Melayu Kuala Kangsar atau singkatannya MCKK..satu-satunya kolej melayu yang tercatat dalam sejarah. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.
Tepat jam 4 petang, sebelum bertolak pulang ke Taiping, kami singgah di Hutan Lipur Ulu Kenas..best..
Senang nak cari sbb ikut signboard Kem BTN Ulu Kenas..dulu aku, Atan dan Allahyarham Encik Yamani pernah handle kursus BTN untk Pegawai Tadbir dan Diplomatik tahun 2003..aku takkan lupa peristiwa dalam perjalanan kami ke sini..ada hantu duk sebelah aku dlm keta masa lalu Gua Tempurung..takut gak..tapi bila arwah Encik Yamani baca ayat Kursi kuat2, benda tu hilang..Atan pula.. keje kat mana skrg ni agaknya..
Inilah kem BTN Ulu Kenas..makan sedap kat sini..
Dah tak sabar2...tak plan pun nak pi waterfall..tu yg on d spot pi kedai bli seluar pendek..diorg ni nak mandi sangat..hehehe.. belasah je lah janji hepi..
Pemandangan yang cantik..cuma setengah jam jer mandi manda..sbb hujan lebat..takper, janji dah dtg dan merasa mandi kat sini..aku tak lah mandi..jadi pemerhati jer..
Otw balik singgah makan di Padang Rengas..semua dah kelaparan..heheheh..makan sambil menonton citer 'Kerana Dhiya'..
Wajah kenyang..kami bertolak pulang jam 7.45, sampai di homestay jam 8.30 malam..
HARI KEEMPAT DI PERAK DAN... HARI TERAKHIR DI TAIPING
Hari terakhir mmg kena ambil gambar kenangan dengan tuan rumah. Ini Ustazah Zaharah (05-8079689). Homestay Kamunting ni kira RM10 seorang tak termasuk kanak-kanak..kanak-kanak FREE.. bayaran RM10 tak termasuk makan..klau makan caj lain..tapi kira oklah tu..terima kasih kepada Encik Azlan yang booking homestay (memula ingatkan dia booking Furama..heheheheheh!)..
Dekorasi rumah ni memang menarik..
Rileks dulu..main congkak..congkak ni harganya RM20 jer..tuan rumah la kata..bli kat kedai cenderahati yang dihasilkan oleh penghuni penjara.
Selepas bersalaman kami pun memulakan perjalanan. Bukan Pulang, tapi ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Inilah pembaca peta yang setia dari awal perjalanan..Jauh nuuun di Kampung Gajah.
Pintu gerbang ni petanda dah nak sampai di Kompleks tu..
dah sampai..tak set berapa kilometer ke dalam..tapi mmg saaaaaaaaaaaaangat jauh! jom bayar harga tiket..
Menara Datuk Maharajalela..
Di tepi sungai.. tempat pembunuhan J.W.W Birch..
Dihadapan Terowong Sejarah Pasir Salak..
Galeri Pasir Salak..berhadapan dengan Terowong Sejarah Pasir Salak..
Selesai sudah perjalanan di sini..satu lagi tempat blm kami jelajahi..Deer Park di Sungkai..tiba di sana jam 5.15 petang..dah tak boleh melawat.. so, kami terus bertolak pulang melalui Exit Sungkai pada jam 5.30 petang..
Finally..sampai di Exit Putrajaya.. Yihaaaaaaaaaaaaa!!!
Perjalanan kali ni sangat menyeronokkan..terima kasih kepada Maz Azlee yang sudi menjemput kami sekeluarga ke rumahnya..(tapi kami tak dpt dtg..segan ler..hehehehheh!)Jutaan terima kasih juga kepada Encik Azlan yang banyak memberi info tentang tempat menarik di Perak..Peta yang diberi 2tahun lalu sangat membantu (sbb aku takde GPS)..malangnya kami tidak dapat berjumpa dengan beliau sebelum pulang.. Apapun, kami mendoakan semoga Allah permudahkan segala urusannya seperti mana beliau memudahkan setiap perjalanan kami pergi dan pulang..Amin..
Nantikan destinasi seterusnya akan datang...
wow bestnya. terperinci penenrangannya. org Perak sendiri pun tak detail nak tulis begini(Kakak le org nya). Anak2 Yati dah macam kembar Triplets aje.
ReplyDeleteheheheheh! saya mmg suka promote tu yg menulis panjang bebenor.. anak2 saya besar serentak..deme ni suka no bergambor..
ReplyDeleteSeronok menyoroti percutian keluarga Yati. Tentu banyak pengalaman diperolehi. Cantik gambar!
ReplyDelete