Thursday, April 29, 2010

AKUKAH 'DUNIA ITU'?



Hujan mengalir lesu menelusuri segenap ruang tingkap bilikku..Terimbas sebuah kisah sayu..telah aku selami sebuah kisah duka dari sudut dunia terpencil, namun penuh dgn kegembiraan dan kebahagiaan.. duka yg bermula daripada kata2 durjana seorang manusia yang cuba mendefinasikan tanggungjawab itu sebagai suatu bebanan..

Dingin petang itu tidak disangka menjadi bayangan kepada kisah suram..deringan panggilan memecah kesunyian alam..panas telinga si ibu apabila seseorang mempersoalkan tentang tuntutan sebanyak RM3k..setulus kasihnya pada sikecil, tuntutan tersebut adalah hak mereka yg masih suci dari dunia dosa..niatnya menuntut hanya untuk melepaskan tanggungjawabnya supaya tidak dipertikaikan di akhirat kelak kerana dia selaku penjaga dan seorang ibu, wajar padanya untuk menuntut hak anak2 di bawah jagaannya kepada 'binti' anak2 itu..

Alangkah sedih tidak terkata ketika mana manusia yang masih ditalian itu tidak mengakui bahawa kanak2 kecil itu adalah zuriatnya.. selain pernah mempertikaikan siapakah wali anak2 itu, kini dengan kebiadabannnya, dia membangkitkan semula isu ini dengan ayat yang lebih menjerut seluruh jiwa dan raga..namun, sebagai seorang yang telah redha menerima takdir dari yang Esa, dia pasrah..namun, jauh di lubuk hatinya, dia masih bersyukur kerana Allah telah memberikan seluasnya peluang untuk dia mempertahankan apa masih diperjuangkan..

Entah apa kesudahannya tidak aku ketahui malah tidak dapat aku jangkakan..
Jadilah seorang yang bersyukur, sesungguhnya orang2 yang bersyukur akan merasa dirinya dekat pada yang Maha Agung.. Allah maha mengetahui apa yang tidak pernah kita ketahui..

Wednesday, April 14, 2010

KARI AYAM SHORTCUT

entah apalah malang nasib pak kaduk tu terkenan kat aku..malang betul rasanya.. tengah masak tetiba gas habis. cl org kedai tu asiknyer tak berjawab. kenalah tunggu adik aku si paksu ni balik nak suruh dia bli gas..tapi bila dia dah beli, kpala tong gas tu pulak tak match dgn penyambung gas tu..dua2 tidak boleh digunapakai. mulut yg kat tong gas tu besar..kadang2, bila dlm keadaan mcm ni, terasa sangat.. susahnya takde 'orang sebelah'. at least takde lah nak susahkan adik..hhmm.. life goes on.. aku boleh hidup sendiri.. yang penting usaha..kan?



Pengakap masuk hutan boleh jugak masak guna kayu api. aku? mana port nak bakar kayu api. tetiba aku teringat periuk nasi adik aku yg dia guna masa di politeknik dulu..hahahahaahahahahaah! maka, pada hari ini, periuk nasi ini akan menjadi mangsa.. kihikihkih!



tanpa berlengah, aku pun masak macam biasa..dah siap.. jeng..jeng..jeng.. KARI AYAM SHORTCUT namanya sbb ikut jalan shortcut, tak payah guna api.. hehehheheheeh

Tuesday, April 13, 2010

HEHEHE..



Kepada adik2 praktikal, kak zila n diri aku sendiri.. meh ler sama2 kita hafal lagu ni yer.. hehehe..lagu ni ore amik di kelah azizi..kalu saloh lirik, demo gi cari azizi deh.. heheheheheh!

SK KOTA WARISAN

SK Kota Warisan
Sekolah menjadi kebanggaan
Mendukung hasrat cita wawasan
Ke persada kejayaan

Di era teknologi
Berjasa menabur bakti suci
Ikhlas mendidik putra dan putri
Menjadi insan yang sejati

Berdisiplin berbudaya
Amalan kita semua
Tuntut ilmu dan bertaqwa
Hidup pasti berjaya

Teguh semangat kita
Bersatu dan gigih berusaha
Kecemerlangan sama dijulang
Cemerlang Gemilang Terbilang

Monday, April 12, 2010

YIIIHAAA!

Hehehe... dah boleh "yea2!" ari ni.. dah siap buat pun.. semua ni hasil usaha bersama kak mariatul, kak fiza, tatra dan aminah sempena Program Sekolah Lestari..



tapi, aku cat skit2 tang kaler kuning tu ja..had lain depa dok buat time aku ada kelas.. yg aku buat tadi cuma tulisan nih..



Aku ada pelaka.. boleh nak buat guna pelaka.. masalahnya tulisan tu halus bebenor..kena guna span.. tapi takut pula kalau comot. so, apa yg aku buat? tiba2 "kesengalan" aku datang menerawang kat kepala..untuk tak menyusahkan aku membasuh kotoran pelaka, maka aku menggunakan pen yang paaaaaaaaaaaaaaaling cantik dalam pencil case aku.. hahahahah! aku guna marker pen warna hitam..kihkihkih! lebih bersih, kemas, anggun dan bergaya..yiihaaa!

Sunday, April 11, 2010

HARI INI..

kadang boring juga, time2 mcm ni dok melangut sorang2.. best fren aku dah tido, anak2 aku dah tido..takde kawan nk borak..takper2.. baik aku membebel sorang2 kat sini..hehehehehe! disamping melatih jari aku yg gemuk ni menaip, aku bleh jugak taip aper2 jer yg aku suka..

tadi pi lawat abah kat hospital..abah nampak ok cuma demam semula sbb kaki terseliuh lagi..sian abah.. tapi, doktor kata paru2 abah dah ok cuma kuman dalam darah blm dapat keputusan. takpelah, aku doakan abah sembuh cpt boleh balik rumah tgk bola sama2..heheheh..

on the way balik, aku ternmapak sesuatu yang hensem, kacak dan lebih bergaya daripada kekasih aku yg dah sebulan setengah tak mandi ni.. mmg cantik.. tapi, kalau nak memilikinya, harga lelong je dah mencecah RM129k.. huhuhuhu.. takper2, aku jadi nazir lagi berpuluh dekad, boleh lah beli.. hahahahahahahahhhaah! aku mmg suka berangan, moga jadi kenyataan..



bila berangan, aku mula lah lupa diri.. tak sedor baru posting.. hahahhah! petang td aku me'round' keliling rumah yg dah 4bulan aku tinggalkan..(mcm jauh jer.. padahal sebelah rumah mak..ahaks!!) tiba2 aku ternampak ada sebiji mangga berbuah.. ni kali kedua pokok ketot tu berbuah..ketot2 pun pokok tu lagi tinggi dari aku.. huhuhuhu..



dah la.. dah malam ni.. esok aku nak kena siapkan wall sekolah lestari.. tak tau nak pakai baju apa.. takut karang mengecat kena baju.. belasah je lah mana2.. gd nite 2 all my frens..

PIALA MALAYSIA



Malam ni tak seperti malam2 yang telah lalu..terasa sangat mcm tak best nak tgk bola.. abah kat wad lagi.. kalau tak, bleh jerit sama2..takper, walaupun geng takde disisi, aku akan terus tgk sbb esok nak bagi laporan kat abah.. kihkihkih!

Perlawanan antara Pasukan Kedah dan N9 tadi agak tak adil sebenarnya. Aku mmg sokong team kedah disebabkan N9 dah 'kickout' kan selangor dari masuk final..tapi, pada pendapat aku, team kedah agak kasar, main tarik2, tolak2, sepak2 sampaikan separuh masa pertama, team hijau kuning dapat mengumpul 3 kad kuning yang menjadi barang kesayangan semua pengadil bola.

Ni pendapat peribadi aku la yer..Aku rasa kekalahan ni salah satu puncanya ialah balasan kerana pengadil nampak bebenor tak adil..kalau bercakap dgn player kedah, bukan main dok tepuk bahu, usap2 belakang kawan lagi.. tapi, turn bercakap dgn team N9 macam 'nak tengok pun tak lalu'.. apesal la jadi berat sebelah..entah2 bini dia org kedah kot.. mesti bini dia pesan 'kalau abg tak menangkan team kedah tu,malam ni abg pi tido luar..' hahahahahahahha!

Satu lagi, aku kecewa betul mlm ni.. boleh penjaga gol kedah si helmi yang hensem tu sepak bola tinggi masa suddendeath.. yela, dia dah biasa sepak bola dari hujung padang ke hujung padang.. nak buat camner..walaupun kalah, tapi..sejuk ati aku tgk kehenseman tahap gaban dia tu.. ahaks!! ni pendapat peribadiiii..hehehehe..

Dok khusyuk "solat isya'" dpn tv, mata aku terpandang sesuatu..hahahhaahhahah! semua anak aku dah tido.. sian kat depa, ada mak yg suka melekat kat tv bila mula Piala Malaysia setiap thn..huhuhu.

Friday, April 9, 2010

KELAS & KELLAS GITU!!

Untuk pengetahuan semua, kelas2 di SKKW semuanya vouge belaka.. kecuali kelas aku yg ala2 ngok ngek takde idea..ni dia kelas aku, rasa mc togel jer rumah takde langsir. Kelas 4 Setia yang mana takder pun setia budak2nyer nak mendengor aku cakap. ha..siap ter'snap' beg tangan aku yg murrrrah tu..heheheh..



Aku ingat lagi pesan Encik Jafri b.Mohamad, lecturer IPPM berpesan, "kalau nak mulakan sesi p&p dalam kelas, atau ceramah, baca surah Al-Insyirah 3x, kemudian, selawat dan baca Bismillah. InsyaAllah, telinga2 yang ada mesti khusyuk mendengor". udoh ku cuba..takde telinga gamakya budak2 4 Setia ni..takpelah, aku tetap doakan semoga depa ni menjadi insan yg berguna 1 hari nanti, Insya Allah..

Ni pulak kelas kak Roszila Balia.. siap mcm pelamin lagi.. kellaasss!!




ni kelas rusnah yang kellas gitu! selalu je menang..psstt.. banyak bahan tuu.. boleh kidnap satu bukan dia perasan.. ahaks!! kak, kalau hilang jgn carik aku pulak..hahahahaha!



Dan...heheheheheh! ni kelas 3 Rasional.. dari pintu mmg terdetak kat ati, "alamak, kelas aku sorang je takder langsir..takper2, gaji pertama sok aku bli langsir lagi vouge! hahahhahahahahahah!".



Namun begitu, aku betul2 rasa mcm len macam je ada kat 3 Rasional apabila mataku terlihat.. jeng..jeng..jeeeeeenng...



hahahahahahahahahah! saper ler gamaknya guru kelas 3 Rasional yer? kihkihkih! azizi, ko jgn marah akak tau..hahahahahahaah!

Thursday, April 1, 2010

NASIB KO TAK KANTOI.. HAHAHAHAH!

Program Sayangi Diri, Sayangi Sekolah telah berjalan dengan begitu lancar bermula 29 - 31 Mac 2010. banyak ceramah dari pihak bomba, syabas, polis n polis trafik.. menarik semuanya..


Ini merupakan pertunjukan / demo dari pegawai polis trafik IPD Sepang.



Ini pula Cikgu Abu yang sukarela menyapu pasir2 yang boleh menyebabkan Abg polis tu ter'eksiden'.. hehehe..


Ini hari terakhir program. Pegawai bomba memberi penerangan selepas drill kebakaran berlangsung. ada mangsa ker?? AADAAAA...hahahahahah!


Ini dia mangsa kebakaran.. hahahahahah! haziq syafie n harez.. kehkehkeh! tapi, kehilangan mereka telah dilaporkan oleh guru kelas depa..aku harap2 sangat guru kelas depa ni kantoi!... rupanya tak kantoi..frust betul aku... huhuhuhu


dan..inilah wajah gembira manusia yang tak terkantoi pada hari kejadian.. hahahaha! nasib baik ko tak kantoi azizi.. kalau ko kantoi, akak n kak roszila buat kenduri!! hahahahaah!