Thursday, April 16, 2009

PADUKAH PERPADUAN?

Melayu yang semakin layu..cuma melayu yang mahukan perpaduan kaum..bertepuk sebelah tangan kemudian menghindarkan melayu lain yang berpaut pada haluan kiri..apalah maknanya perpaduan kaum jika kaum sendiri terpinggir? malah, melayu juga yang meminggirkan kaumnya sendiri..lihatlah usaha kerajaan..
Kerajaan baru dengan gahnya menggesa rakyat bersama kerajaan dengan penuh taat setia dan patuh menjayakan aspirasi 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Perlu dilihat kepada beberapa isu-isu perpaduan yang pernah timbul. benarkah aspirasi ini mampu mewujudkan perpaduan kaum yang hanya orang-orang melayu impikan?
Memetik keratan akhbar dari Utusan Malaysia "Gagasan Malaysian Malaysia telah lama diperjuangkan oleh DAP. Dasar ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sejak tahun 1960-an lagi DAP memperjuangkan gagasan itu dengan matlamat menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu. Jadi majoriti kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh disalahkan jika mereka berasa kurang selesa dengan tindak-tanduk pembangkang dan pemimpin akhbar yang cuba menguji kesabaran penduduk pribumi.
Sudah banyak kaum pribumi beralah dan bertolak ansur demi memberi peluang kepada semua kaum agar dapat hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain."

Semakin lantang suara-suara sumbang yang meminggirkan hak orang melayu di Tanah Melayu. Mereka tidak menghormati hak-hak orang melayu. Apa yang tinggal pada melayu cuma kuasa politik yang tak begitu mantap, kedudukan agama Islam yang dipertikaikan, HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU yang telah banyak dikongsi..Sebenarnya, apa yang melayu ada, segalanya telah pun diberi kepada kaum lain.
Sepatutnya jika mahukan perpaduan yang mantap, pelihara dahulu kaum sendiri jangan jadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..perpaduan takkan mampu dicapai jika bangsa lain mahukan perpaduan tetapi menidakkan hak-hak orang melayu.

Monday, April 13, 2009

JIJAH OH JIJAH..


Ni suku dari best fren yang aku ada.. kak eda yang bertudung merah tu, bodyguard aku merangkap bonzer kat sini.. ahaks!!
tudung pink tu namanya Azizah Ismail..dia bersalin pada 6 April 2009 jam 4 pagi..dapat baby girl seberat 4kg.. hari ni aku baru dapat tau nama baby dia DANISHA SOFEA.. cute je nama tu macam ibu dia..
Tahniah untuk jijah n zul fadli..




DIA..



salam ukhuwah buat semua..
sejuk betul aircond hari ni..tugasan pun dah selesai..
aku buka laman blog member lama..terpampang satu nama yang pernah mencariku satu masa dulu..terputusnya ikatan kerana aku.. mungkin kurang kesabaranku atau..
aku cuba mempertahankan maruahku yang hampir tercalar..
aku termenung jauh..kadangkala aku terfikir lumrah alam yang Allah ciptakan..
'setiap perbuatan ada balasannya'..dan aku akur atas segala pemberian Allah Ta'ala.. kadangkala kita terlupa..kita menangis dikala sedih dan sakit.. padahal, dalam 1 kesedihan, Allah S.W.T bukakan 10 pintu pintu kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita..
aku tak nafikan..pengalaman hidup benar-benar mematangkan aku sebagai seorang manusia di bumi Allah..


UNTUK DIRIMU, NOSTALGIA..
membongkar 1001 rahsia..
madahnya terpana seluruh jiwa..
waktu berlalu mungkin kaukah yang terlewat..
atau ego membiarkan aku mendaki seorang diri..
tanpa pautan lagi..
apa yang tinggal cuma..
hatiku sendiri diruang yang terang, indah dan penuh kedamaian..

Thursday, April 9, 2009

BERKAT KER?

hari ini aku melihat dunia yang terlalu luas..saujana mata memandang..
apalah sangat seorang manusia kerdil jika dibandingkan dengan kekuasaan yang Maha Esa..

Terlangkau ingatanku kembali pada hari-hari yang berlalu..
Aku tegak berdiri memerhati ikan-ikan segar di pasar Pekan Dengkil..
Memerhati gelagat pembeli dan penjual yang saling tawar menawar harga, mataku terpana ke arah seorang lelaki tua, wajahnya yang dimamah usia..
Usianya ku agak 80-an..sambil mengangkat bakul ikan, dia tersenyum tawar ke arahku..
tangannya yang kasar, urat dawainya seakan timbul terjojol di sebalik kulitnya yang gelap dan berbintik.. dia ni takde anak agaknya, sian keje jugak dah tua-tua pun..detak hatiku..

terdetik difikiranku, aku sepatutnya bersyukur dengan apapun pemberian Allah..
Aku seringkali mengeluh dengan tugasanku, mengharap Allah memakbulkan doa-doaku..
Sedangkan aku?

tidak melihat pada rezeki yang tidak berkat..mungkin..
tanggungjawab yang tidak kutunaikan sepenuhnya..
amal ibadatku yang sambil lewa..agaknya..


aku ni pun satu, kat tempat keje, dok mengulor ngan kawan2 aku yang sememangnya mereng-mereng belaka..ngumpat sana, ngumpat sini..mcm tak takut dosa..
asal keje siap je, mulalah...melepaaaaakk...
kononlah selesaikan masalah org, padahal..masalah sendiri tak terpikul..mungkin sbb tu rezeki tak berkat..ada je halnya..
dapat gaji jer, mulalah..tingkap kete rosaklah, geran keter ilanglah, fius besar kat rumah terbakarlah...semuanya nak pakai duit..nampak bebenor tak berkat..


PADAN MUKA HAKU..huhuhuhuhu

Tuesday, April 7, 2009

TAKPELAH..BANGSA SENDIRI..

Hujan turun dengan lebat sekali. sesekali tempias air hujan menyelinap menyusuri tingkap keretaku yang rosak. Tingkap yang hanya ditutupi dengan plastik gula yang besar pemberian emak, amat bermakna walaupun hasilnya menjadi gelak tawa rakan-rakan.
Setelah menjemput anak-anak di rumah emak, aku bergegas ke bengkel Encik Zainol di Perhentian Kajang. Setelah 20 minit perjalanan, aku sampai ke sana dengan bantuan pecutan proton wira yang berusia genap 12 tahun pada 25 Mac lalu.
Sesampai di sana, aku disambut mesra oleh isteri tokey kedai. Anak-anakku pula girang melihat akuarium yang bersih diisi dengan ikan-ikan mereng yang aku pun tak tahu ape jenis ikan tah..maybe ikan piranna pun ader kot..sebab tu anak aku suke..hak hak..aku ni pening skit..aku pening la..ye ker aku pening?ntah, aku sendiri tak tahu aku pening ke tak..mungkin aku terlalu eppy skang dan terkadang terpikir akan kesusahan org yang susah..aku bersyukur aku ni ckup mkn, pakai, tmpt tinggal..walaupun ade org yang sakit hati dengan kecemerlangan aku walaupun aku tak dapat AKC lagi..hak hak hak..berbalik kepada cerita aku kat bengkel kereta tadi, kereta aku yang berusia 12 tahun tu telah aku bawa ke bengkel untuk di baiki sikit..setelah di baiki, di repair, aku dikenakan caj RM300..mula-mula aku pelik, aku bingung, benarkah apa yg berlaku pada aku ni bkn mimpi?benarkan yg terjd benar2 terjadi?aku dikenakan rm300 tetapi adakah berbaloi??aku tertipu ke?ke tertipu tu yang menipu?oh, tidak.....akhirnya, aku bayar jerk la..sebab tokei tu, isteri tokei tu, anak2 tokei tu..semua..bangsa aku...bangsa sendiri...huhu~~~ (aku nangis, duit da abis)

Monday, April 6, 2009

KAWAN

kawan..
apalah erti kawan..
seandainya naluri dan hatinya terlalu jauh jika ditimbangtara dgn kejujuran dan keikhlasan...
aku terlalu dungu untuk menilai hati budi khalifah Allah yang berserakan di bumi ciptaan-Nya..
mengenali seseorang mampu membuat aku tertawan dengan segenap kekurangannya, lirik senyumannya, simpulan gelak tawa hatinya dan ketulusan budi dihatinya..

Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..

Wednesday, April 1, 2009

A besar a kecil


Alhamdulillah, bermula tahun ini saya telah mengajar asas bacaan sepenuhnya pada anak saya. Kakak, 6 tahun agak lambat membaca dan mengira jika dibandingkan dengan sepupunya Farhan.


Teringat pesanan Kak Muhaini, guru pemulihan SK Melaka Pindah. Pelajar yang lewat di hantar untuk mengikuti kelas pemulihan, mulakan dengan bacaan satu sukukata seperti bu..bi..ba menggunakan vokal yang berlainan, ujarnya.


Lalu saya adaptasikan pembelajaran di sekolah kepada anak saya. Alhamdulillah, berkat mempergunakan ilmu yg dipelajari, bulan Februari yang lalu, kakak sudah mengenal huruf sekaligus mengeja perkataan mudah seperti bola, kereta dan sebagainya.