Sunday, August 29, 2010

SALAM RAMADHAN..

Alhamdulillah.. aku bersyukur masih dapat berdiri teguh sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan cabaran.. dah lama juga tidak melatih jari jemari menaip beratus ribu huruf dalam satu muka..selepas 3 hari aku terlantar, kesihatan aku semakin terganggu..dalam masa 2 minggu aku demam 'bermusim'.. Setiap hari, masuk jam 11 pagi, panas mulai membakar dari dalam..suhu badan naik secara mendadak..terabai tanggungjawab aku seketika..apa yg mampu aku buat utk melangsaikan tanggungjawab, aku cuma dapat meminta jasabaik anak didik aku, buat perbincangan dalam kumpulan. Alhamdulillah aku dapat bertahan sepanjang 2 minggu persekolahan..

Ramadhan tahun ni terlalu mencabar sehinggakan kadangkala menitik airmata menahan 1001 sebak hasil dugaan yang Allah beri.. dalam keadaan runsing dan terdesak, kerapkali aku mengeluh, kenapa mesti aku yang dipilih untuk menanggung semua bebanan ni? namun, aku juga bersyukur kerana aku terpilih untuk menghadapi helaian-helaian kesedihan yang menjadikan aku semakin sabar walaupun kadangkala urat siuman aku menegang dan hampir putus..huhuuu..

khabar duka bertimpa-timpa, tak tertanggung rasanya.. Ramadhan 2010 memberi kenangan yang amat dahsyat..Kesihatan abah tak menentu,kesihatan aku juga diuji lagi..tapi, dalam masa yang sama, aku mesti mesti beri semangat untuk emak terus bertahan menghadapi setiap detik berdepan dengan ujian Allah untuk abah.. emak memang kuat semangat, seorang yang tabah dan tak mudah berputus asa..namun, terlalu sukar untuk membuat orang lain gembira dalam keadaan aku sendiri runsing memikirkan keadaan diri aku..aku cuba menghiburkan hati emak dengan kenangan manis telatah abah sepanjang kami bersama..ternyata berhasil..seboleh2nya aku tak nak menitiskan setitik airmata pun dihadapan emak..aku akan sentiasa memberi semangat dan harapan pada emak yang abah mesti sembuh, itulah doa aku walaupun pelbagai andaian doktor pamerkan. aku tau, abah seorang bekas askar yang tabah, sabar dan kuat semangat..abah mesti boleh hadapi semua tu..aku yakin abah boleh! mesti boleh.. Insya Allah..

Mohon jasabaik semua pembaca blog yang budiman, doakan semoga Allah kembalikan semula kesihatan abah, semoga abah dapat bersama-sama kami lagi..semoga kasih sayang abah dapat menaungi kembali keceriaan anak2 aku, Amin ya Rabbal A'lamin..