Friday, July 31, 2009

BANTU AKU MUHASABAH DIRI



Tenangnya tasik Putrajaya..tapi hati aku tak setenang tasik tu..

dah dua hari tidur aku tak lena..muhasabah diri yang tak sudah..aku banyak buat salah pada org..sedangkan darah daging sendiri aku belum punya kekuatan untuk mohon kemaafan..bukan aku ego, tapi aku takut aku belum banyak kesabaran nak menghadapi..

Dua malam yang tak berteman, aku terfikir tentang tohmahan rakan seperjuangan aku..

AYAT NI MENUNJUKKAN ESCAPISM ! KO MEMANG BETINA PUAKA,KAN ! MEMANG PATUT KAU DICERAI ! MULUT PUAKA BETUL ! JANDA TAK SEDAR DIRI !!!

July 22, 2009 5:22 PM
Anonymous said...
LAIN KALI JAGA SIKIT MULUT TU, JANGAN MAIN LEPAS JER....! KOT YA DAH DESPERATE PON, JGN NAK KACAU LAKI ORG..! KO LAYAK JADI IBU ayam JER..!

July 22, 2009 5:24 PM
Anonymous said...
INGAT ! TAK SEMUA SUKA APA YANG KITA CAKAP! JGN MCM CELAKA, PUAKA AYAT2 TU....! PADANLAH KAU KENA CERAI NGAN LAKI KAU....


hmm..keply kata " ada aku kisah???" hehehe..aku tak kisah sangat pun pasal fitnah mcm ni..aku dah biasa..aku cuma agak terkejut bila org tak puas hati tapi tak bawa bincang, alih2 buat kenyataan mcm tu..

Alhamdulillah aku bersyukur dan berterima kasih sbb kawan2 aku memahami dan tau siapa aku..mak selalu pesan, "sabar jer..mj tu mmg lembah fitnah..yg kau tak buat orang boleh kata, inikan pula kalau kau buat..jauhkanlah diri selagi boleh menjauh dari fitnah.."

aku bukan mj yang suka kacau laki orang, aku tak suka kacau hal orang apatah lagi nak masuk campur urusan yang tak berkaitan dgn aku..aku bergurau mmg kasar pada sesiapa yang kasar dengan aku..mulut aku mmg lazer pada benda2 yang aku tak suka dan cuma jadi betul2 punya mulut puaka bila ada yang bergurau nada ala2 kurang sopan pada aku.

akukah yang bersalah?
aku memang kasar orangnya..tapi, aku tak terfikir gurauan aku menyebabkan aku dihina sebegini.. ada orang gelar aku ni singa betina, merpati, pendek, kecik, awek cun, mj cun, darling, yang..tapi, takde effect apa2 pun..hati aku tetap mcm ni..mungkin org kata teruknya aku ni mcm takde perasaan..tapi, pada aku, semua tu sekadar gurauan..lagi pun aku malas nak pk2..nak terasa hati lagi, nak marah2 lagi, penatlah..sbb tu aku malas nak layan..baik aku buat bodo jer..hati pun senang.aku ada alasan yang kuat kenapa aku memilih kawan.. aku mmg ramai kawan tapi aku cuma ada 5 orang kawan yg betul2 rapat, boleh memahami dan boleh bergurau kasar dgn aku..

Mungkin ada diantara kawan2 aku masih menyimpan perasaan ketidakpuasan hati yang mendalam, mungkin memendam rasa dengan perkataan yang aku luahkan atau mungkin ada yang sakit hati..sila luahkan pendapat korang tentang kebaikan dan keburukan aku dalam komen topik yang aku posting ni..kalau tak puas hati, luahkan je semoga aku dapat perbaiki salah aku..

Ribuan terima kasih kerana kejujuran anda meluahkan isi hati..

Tuesday, July 28, 2009

DERMA DARAH.

Hari ni ada program derma darah di MOSTI. Mula2 ada 7penyertaan tapi 2org kawan aku tarik diri..bz.. tinggallah aku, fadil, azzam, moon n wawa..tapi, aku dgn fadil dah ter'reject' sbb aku tak cukup hemoglobin..udah mmg cemitu..paling tinggi pun aku pernah ada 11.5..tapi, dia nak 12..nak buat cemana..si fadil ni pulak sbb dah ter'habis'kan antibiotik..hehehe..



Fadil yg mmg bersemangat tadi



saper la pulak mamat belakang korang tuh..



wawa, sori laa..gambo ko tgh penuhkan beg darah terdelete..oklah tu darah ko triple pack..(triple pack? betul ke tak aku nih?)



moon, ko borak ngan budak mosti sebelah ko tu, mcm dah 10thn kenal jer..



yeeaaahhh..ni la juara AELB yang cool jer mendermakan dara..h nyer. kehkehkeh!

Thursday, July 16, 2009

aku suka..

Aku memang penggila iklan..setiap iklan baru, aku suka nilaikan dari aspek humor, etika dan meseg yg hendak disampaikan..walaupun org anggap iklan sebagai sesuatu yang gila, bodoh dan tak menarik, tapi pada aku tu semua satu pemikiran kreatif yg tak dapat kita jangkakan..kita sendiri tidak terfikir bagaimana pegawai marketing boleh terfikir akan kelucuan, kesedihan dan apa jua yang diterapkan didalan iklan..antara iklan yg aku suka tengok dah semestinya digi, iklan hari2 perayaan petronas, iklan kfc..







ada jugak iklan yang memang tak bermoral dan menjelikkan..banyak sangat iklan yang mengajar kanak2 mencuri. antaranya iklan ubat batuk cap ibu dan anak (budak2 curi buah mangga), iklan pencuci daia (curi buah jambu) dan bermacam2 lagi yang menjelikkan..makan sambil berjoget, minum berjalan tak ketinggalan yang nampak menjatuhkan maruah wanita dengan iklan tuala wanita!. pernah juga sewaktu di IPPM Melaka, kami menghantar memorandum untuk membantah sekeras2nya iklan tuala wanita. tetapi malangnya kami diberi amaran agar tidak mencemar nama baik Institut Perguruan Perempuan Melayu. hmm..yela, perniagaan dan politik kan bergabung..takde perniagaan, tumbanglah politik..begitu juga sebaliknya..senario begini akan sentiasa berulang.

Monday, July 6, 2009

TENSION

tension..
aku tension..
dia tension..
mereka tension..
semua tension..

bila tension..
bos naik hangin..
aku naik darah..
kawan aku mabuk hangin..
semua orang berhangiiiin..

dah lah..aku tension..
takde benda yg boleh hilangkan tension aku..