Sunday, May 31, 2009

IDEOLOGI TAK PERNAH MATI, BRO..

Aku terpanggil menjawab kenyataan seorang rakan dari blog yg selalu aku klik..sakit jugak ati sku bila dia terbuka mengatakan bahawa kemasukan chin peng yang sudah tua dan uzur takkan menimbulkan semula ideologi yang membangkitkan semangat juang orang melayu..

Bro, berapa lama yahudi hidup? dah beratus tahun, kan? ideologi dia masih kuat sehingga kat dalam siri kartun pun, seekor kucing haiwan kesukaan nabi tetap bersifat seperti pembunuh yang kejam..aku nak ko tau, bro..chin peng tak terlibat langsung dgn cepat atau lambat nya merdeka..komunis tetap komunis..Force 136, rejimen askar melayu diwujudkan bagi menentang PKM-Parti Komunis Malaya..PKM wujud disebabkan diorg nak tentang jepun yg mmg suka menindas orang cina..CINA YANG JADI KOMUNIS MEMBERONTAK HANYA KERANA JEPUN TINDAS MEREKA, BUKAN SBB MEREKA BETUL2 NAKKAN KEMERDEKAAN BRO..

aku bkn nak kata apa, ko jgn baca buku sejarah SPM lps thn 2000 la bro..ko baca SPM zaman dulu punyer..silibus yg baru semuanya nakkan perpaduan..Chin Peng pun jadi baik, nakkan perpaduan la konon..masa Rundingan Baling, kalau betul dia nak merdeka, kenapa dia tak menghormati Tunku Abdul Rahman yang ada sekali waktu tu..dah tu, blah mcm tu jer..bro, ko membesar, belajar kat Malaysia..pastu ko pegi oversea..takkan ko tak pergi BTN..? oooo.aku lupa..batch ko pegi BTN dah tentu2 ada bangsa lain yang bukan beragama Islam..

aku mmg tak setuju dgn kemasukan kembali Shamsiah Fakeh dan sekutunya..tolong jgn buat ayat simpati yang dia dah tua or takkan membahayakan..masa muda dulu tak ingat betapa kejam..? dah tua baru nak melutut..betul tu, tu masa dia muda, tapi bro, kalau aku singkap sejarah abah aku masuk hutan, aku mmg meluap2 marah giler dgn bangsa komunis yang tak sedar diri ni..itu aku..kalau chin peng dan sekutunya yang ko simpati tu balik malaysia, dia cerita kat bangsa dia apa yg melayu buat untuk tentang komunis, tak ke meluap hati diorang? tak ke diorang akan teruskan ideologi yang dah lama tekubur??

bro, aku mmg tak nafikan kalau pembesar kita ada yang menjalinkan hubungan pelbagai hala dgn CUBA yang terang2an negara komunis..aku juga tak menyangkal ayat dalam blog kau "Kebanyakan negara yang mengamalkan ideologi komunisme ini sudah membuka pintu mereka kepada keterbukaan dan liberalisasi. Lihat sahaja China yang sangat berkuasa sekarang, sehingga Amerika Syarikat turut bergantung kepada China untuk membeli bon-bon Amerika Syarikat yang digunakan untuk pakej rangsangan ekonomi mereka yang bernilai melebihi satu trilion dolar." lagi satu ko kata "Di sini kita dapat lihat sisi baik komunisme atau sosialis, di mana rakyat mendapat hak yang serupa dan sama rata. Konsep ini hampir cuba diamalkan oleh Tun Razak ketika perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana rakyat-rakyat di desa dan estet mengalami kemiskinan, dan nasib mereka cuba diubah oleh Tun Razak.Namun, DEB ini berubah menjadi satu dasar yang menguntungkan golongan peniaga, kontraktor..bla..bla"- blog http://firdausrosli.wordpress.com. semua ni aku setuju..


tapi bro, part ko kata diorang membantu mempercepatkan proses merdeka, mmg aku sangkal giler2 punyer..kalau betul diorg nak merdeka, diorang takkan lambaikan 'welcome' pada british sedangkan waktu tu diorg tau melayu cina dan india masih bersatu..kalau ko tak percaya, singkap sejarah malayan union dalam buku sejarah SPM silibus sebelum thn 2000..kalau tak pn, ko pinjam buku aku..ko nak yg mana? peristiwa 13 mei, malayan union?, aku pun melayu..semua aku ada..

bro, aku mintak maaf..ko mmg bijak berfikir, ada idea bernas untuk mngolah dan segalanya rasional..tapi, pendapat kita mmg berbeza..

Tuesday, May 26, 2009

TRAGEDI

Aku terjaga tadi..tak lena mengenangkan justifikasi tugas bagi penambahan jawatan yang aku buat semalam..banyak jugak tu..hmm..rindu pada kawan2 aku..

Kawan2..maafkan aku sbb tak sempat nak meluangkan masa..25-27 Mei adalah tarikh kritikal untuk aku menyiapkan perancangan perjawatan utk jangka 5thn mendatang..mmg keje giler..Entahlah..mayb ni satu tanggungjawab yang perlu di settlekan sebelum aku berangkat menyandang jawatan pendidik..

Petang smlm habis meeting jam 6.15ptg..terkocoh2 aku pulang..hehe..jalan balik rumah, dah upgrade jadi highway..best sangat utk pecut waktu petang..sesampai aku di simpang 4 Bangi, Salak Tinggi, Putrajaya (abah kata simpang Gudep..nama kwn dia Gudep tuuuh..kihkihkih) penat melihat gelagat org2 yang dok kat depan keta aku..

Ada yang korek idong (cara dia korek tu mcm nak tangal bulu idongnya), ada yg merenung lampu TL (mau tembus lampu tu kalau dia ada power superman), ada yang goyang2 badan mendengar lagu agaknya..Sebelah kiri keta aku, bas kilang yang zaman 80-an punyer dulu..bleh tahan 'cantik' kalernyer..depan bas tu ada keta merah proton aeroback yang menyalakan signal kekanan..aku terdetik..sengal jugak minah ni..dok sebelah kiri tapi nak ke kanan plak..

Apabila lampu hijau menyala, aku meneruskan perjalanan..eh..semua kenderaan dah berjalan, keta merah tadi stuck kat situ..bila aku toleh, aku nampak kakak tu dah terlentok, dia bukan hidupkan signal ke kanan, tapi signal emergency..aku pun berhenti dikiri jalan..konon mcm nak jadi supergirl laa..

bkn apa, aku pn pernah alami benda tu masa pregnant anak no 2 dulu..dgn pressure mcm2 benda, doktor kata aku kurang darah..akhirnya hospital putrajaya jadi tempat percutian yang aaaamat 'menggembirakan'..tapi, sedih jugaklah sbb, ex-asben yg masa tu masih suami aku tak dtg pn tgk..tapi takper..redha jer..jadi isteri kan seme benda kena redha jer..dah tak boleh dtg nak buat lagu mana..

sambung citer..bila aku nak kuar keta jer, ada pulak pakcik India blakang bas tu ketuk tingkap akak tu..akak tu tak bangun2..pastu sorang lagi penyelamat dunia dtg kat keta tu sambil pegang handphone..call ambulan@polis dengkil yang lembab giler tu agaknya.. sori sesaper polis kat sini..bukan apa, waktu ada adegan keta aku kena block ngan mamat psycho 3 minggu lps, ada road block tgh dijalankan..

aku pn bagitau kat akak polis tu, tolong tahan orang belakang ni sbb dia dah pernah pecah masuk opis aku, pernah block keta aku kat jalan lebih dari 3 kali dan dah 2kali aku buat report..bile berhenti kat tepi, apa jadi?? akak tu kata "dik, report polis ni masih valid tapi dia tak menimbulkan ancaman, kami takde kuasa nak tahan.."
..dah lah..tak baik mengumpat..huhuu

sambung citer..tak sampai 10 mnt polis sampai..aku pun masuk balik keta, teruskan perjalanan balik rumah..entah apa citer akak tu..aku harap dia masih bernyawa..sedih beb kalau tetiba ada plak sedara mare kita meninggal dlm situasi mcm tu..apapun, banyak2kanlah berzikir..kalau tak sempat berzikir lps solat, amalkan baca zikir lps solat tu waktu kita dalam kereta..Insya Allah..selain daripada melengkapkan amalan yang tak berapa nak legkap selama ni, kita boleh rasa Allah SWT mmg hampir dgn kita..

Rasulallah sendir pernah berpesan pada sahabat, harta yang paling berharga adalah lidah yang berzikir..fikir2kan dan selamat beramal..

Saturday, May 23, 2009

DAN SEBENARNYA..


Yuna-Dan Sebenarnya


TGK MAMAT YG TGH TU..CUUUUTTEEE SGT2..GEDIK2 COMEL JER..HEHEHE


oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

saat kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
Dan sebenarnya..
Dan sebenarnya..
aku rindu..

Friday, May 22, 2009

SINGAPURA YANG DITAMBAK

Berlalu sudah peristiwa fitnah yg bukan sajer berlaku dlm dunia politik..tapi, cukup untuk aku nilaikan kehidupan dalam dunia realiti..

MUTAKHIR :
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini.
-KITA TGK ADA TAK KRISIS AKAN DTG-

MUKA DEPAN:
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, meluluskan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor di kawasan Malaysia. Projek dilaksanakan Gerbang Perdana Selatan Bersepadu Sdn Bhd (GPSB) berharga RM620 juta itu dimulakan pada awal 2006 dan jangka mengambil masa 36 bulan.
12 April 2006, selepas kira-kira lima peratus kerja asas pembinaannya siap, kerajaan menghentikan projek itu serta semua rundingan membabitkannya dengan kerajaan Singapura. keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira suara dan sentimen rakyat secara keseluruhan terutama berhubung bekalan pasir dan ruang udara.
Dalam rundingan antara kedua-dua negara ketika itu, Singapura dikatakan meminta antara lain supaya Kuala Lumpur membenarkan pesawat pejuangnya menggunakan ruang udara negara ini dan membekalkan pasir sebagai balasan.

Pada pendapat aku lah, baik jugak diteruskan untuk memudahkan perjalanan dan sgt bagus untuk menunjuk2kan yg kita ni membangun..dari sudut lain pulak, bukan ke Projek Iskandariah tu pn dah makan tanah2 org melayu..aku bkn fitnah, tapi ni hakikat yang kawan aku sendiri ceritakan..timbalan flower horn pn ada jugak 'memberi tanah kepada warga Singapura dengan penjualan lot2 banglo yang disekalikan dgn tapak rumah..aku juga tak fitnah tapi manader rumah atas angin..dah tentu diorg bli rumah ngan tanah2 sekali..

dulu, waktu tok janggut menjadi TPM, dah la dalam dewan UMNO dia dihina oleh mamak tongkang (masa tu dia PM) tu sebagai kambing sbb ada seciput je janggut..dia tak sedar yg dia menggelakkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W..lps tu, dia dituduh bersubahat dgn singapura pasal isu apa aku pn tak ingat..sekarang ni, sama jelah standardnya dgn Timbalan flower horn ni yang terang, nyata dan jelas menjual tanah di malaysia kepada warga singapura..

skrg nak jugak bina jambatan tu..singapura mmg suka membina jambatan tu..memudahkan keter kebal dia masuk malaysia, boleh tambak sikit2 sampai johor atas alasan nak buat tapak jambatan..hmm tak baik fitnahkan..DULU SINGAPURA DILANGGAR TODAK, TAPI SKRG SINGAPURA KAN DITAMBAK..takper, kita tunggu dan lihat..

Wednesday, May 20, 2009

SANDARAN HATI

Penat jugak buat perjawatan ni..senarai perjawatan ni skit punyer panjang..dari kul 11.30 mlm sampai la ni dah 1.50 pagi..yg report untuk penstrukturan semula AELB blm siap..huhuhuhuuu..

hmm..senyap sunyi mlm ni..terdengar lagu sandaran hati by letto dlm blog ni buat aku tersentuh..seringkali aku merasa aku sendiri dan sunyi..tapi sebenarnya Dia Maha Esa sentiasa menemani dan memberi petunjuk pada jalan yang benar..

Alhamdulillah..aku sangat bersyukur atas apa yang aku ada pada hari ini..aku ada fmly yg sayangkan aku, aku ada kawan2 yg memahami n caring, aku ada kerjaya yg perlu aku upgrade kan..Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah..

Sandaran Hati
by Letto

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanku
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

Tuesday, May 19, 2009

PENUNGGU DI PENANTI

Masih tercalar luka semalam..aku kecewa dgn keputusan meeting..walaupun tinggal senafas, waktu aku di ATOM, sekurang-kurangnya aku nak ada perubahan dalam kerjaya aku dan kawan2 aku..

Dalam usul penggredan 6 jawatan yang dipersetujui sebelum ini, hanya jawatan flexi pembantu makmal C22/26 yang dipertimbangkan..dan jawatan gunasama, semuanya atas budibicara JPA..bukan apa, apalah salahnya kalau buat penstrukturan semula, buat sekali harung..

Ada juga dikalangan pengarah bahagian mencebik bila aku menyuarakan permohonan jawatan flexi untuk kakitangan sokongan..ada yang menggelengkan kepala sambil berbisik.. 'alaaa..diorg mg tak layak'..tapi aku balas dalam hati.. 'sekarang masa engkau, kalau sekarang dia layak, dan engkau sekat rezeki yang sepatutnya dia dapat, satu masa nanti, Allah akan sekat rezeki engkau pulak.. baru padan muka.."..lantaklah..yang penting, tanggungjawab aku setel untuk semalam..

News hari ni agak baik juga untuk sesi kutuk mengutuk yang sekadar pandangan peribadi bukannya dengki..

Rentetan Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei.

Najib kata ia permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan dan tidak mahu menari ikut rentak orang lain. Iyer ke tuu..entah2 takut kaciwa lagi..siap kata lagi, dia tahu pengundi kat situ tak kecewa dgn keputusan yg dibuat..dah memang takde yg nak sokong, mana nak dapat org yg kecewa sbb BN tak mencalonkan sesaper..

tapi, dari gaya ucapan flower horn (fh) mcm nak mencabar calon dari parti lain masa pilih hantu raya umum akan dtg..konfiden keee kondifen? Apapun, BN tetap menjadi penunggu disetiap ceruk rantau yang menjadi jajahan pembangkang..yang betul2 dah jadi kawasan tambatan, tak nak pulak upgrade sana, upgrade sini..penunggu2nya dok sibuk berkeliaran sana sini tunggu peluang yang takkan dapat..

Perak krisis BN-PAS,
Penang sibuk dgn Penanti,
kaciwa dgn PR lepas
BN jadi penunggu kat penanti..

dah..aku nak siapkan report meeting..

Saturday, May 16, 2009

SEKADAR MENGIMBAU KENANGAN..

Entah kenapa malam ni terlalu sunyi..adik aku pun dah keluar dgn kawan-kawan sekuliahnya..si mulut puaka tu mmg budak baik..jadi pocong jadian kepada anak-anakku yg memang nakal..aku mula mengimbau kisah silam waktu aku masih di UUM bersama Has si bulat tu..dari darjah satu sampailah kat UUM..imbauan bermula dgn kisah cinta yang aku takkan lupakan sampai akhir hayat aku..sedikit pun takkan aku lupakan..

Orang kata cinta masa sekolah, cinta monyet..cinta masa kat U, cinta ulat..maknanya 1st luv aku ni, cinta ulat..hehehehehe..mmg seronok tapi masa tu belum matang untuk memikirkan soal hati org lain..

Pernah aku menghadiahkan jam tangan untuknya..hehehehe..tapi aku tak romantik, aku cuma kosmetik dan plastik yang hanya menggunakan khidmat pakcik posmen untuk menyampaikannya di hari kekasih..entah apa cerita jam tu..mungkin hanya ditongsampahkan saja selepas dia membuat keputusan menjalani kehidupan dgn yang lain..hmm..aku pun memang ada salahnya..

Apapun, dia sekarang best fren yg aku ada..aku mendoakan agar dia menemui seseorang yang boleh menyayanginya sepenuhati dan menerima dirinya, seadanya dia. Siapapun dia, dia tetap kawan aku..

Seketika dikala mengimbau kenangan..aku teramat merinduinya..

SELAMAT, HARI DAN GURU

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA YANG MENJADI PENDIDIK PADA HARI INI..

Selamat Hari Guru, Hari Guru Selamat, Selamat, Hari dan Guru..
perkataan yang sama tetapi jauh berbeza maksudnya..

SELAMAT..
Selamatkah guru pada hari ini? malam tadi tokoh guru Encik Abdul Rahman menegaskan kesalahan disiplin pelajar bukan disebabkan kekurangan guru lelaki tetapi desakan dalam dan luaran yang menggangu..
Jawapan yang aku beri : manalah nak jadi murid-murid sekarang..cubit skit, T. Murugiah sampai.. rotan skit, masuk berita hairan dan utusan meloya..

Dulu, kes guru memukul kepala murid menggunakan tumit kasut, ada diberitahu hal sebenar yang terjadi..? sebenarnya tumit kasut guru tu tercabut, sedang dia membetulkan tumit kasutnya yang sebelah lagi, pelajar berkenaan selak kain guru..secara spontan guru tersebut memukul kepala pelajar ..sbb, masa tu kat tgn dia mmg tgh pegang kasut..kalau aku pun dan2 tu jugak kena ketuk..makanya, pada pendapat aku, sekarang ni, nak buat tindakan apa2 pada murid, mmg tak selamat walaupun dia guru disiplin sekolah..

HARI..
Hari ni seorang cikgu bertungkus lumus membuat kelas tambahan untuk murid menghadapi peperiksaan. bagai nak rak pagi petang siang malam buat kelas. Ada juga cikgu yang berpuasa setiap kali anak muridnya menduduki peperiksaan..berdoalah cikgu tadi sehingga anak muridnya berjaya..

Dan, hari ini, dia keluar dikaca tv dengan gagah, tampan dan berani, sebagai seorang yang berkerjaya dan berjaya dimata dunia..Namun, apa yang menyedihkan ketika berucap dia berkata 'saya $%#^&*&%% terkenal..berkat usaha saya sendiri..bla...bla..bla..' Dihari guru, dia langsung tidak terlintas untuk berkata 'saya berjaya hasil didikan guru-guru di sekolah..' Memang cikgu dia, bangga nampak dia interframe dalam tv tapi rasa sedih, sedikitpun cikgunya tidak dihargai...

GURU..
Sian, guru sekarang semakin terbeban dgn dasar-dasar kerajaan, pembaharuan kerajaan dan segalanya yang digubal oleh kerajaan..disuruh mendidik tetapi cara didikan tidak diterima ibubapa..macamana nak membina negara bangsa? buku2 teks penuh dgn agenda perpaduan, tiada lagi ilmu-ilmu yang mantap diterapkan..pada aku, hanya melayu yang mahu perpaduan, bangsa lain??

Sidang 1 Malaysia telah dijalankan, ini tanah melayu yang diberi nama Malaysia. India ada negara India, cina ada negara China..kenapa semua perlu dikongsi atau salahkah pendapat aku? segalanya telah kita kongsi, beri hak mengundi, duduk sebagai DUN, kerja dengan kerajaan, sehingga UiTM juga mahu digadai..

Ini semua kerja orang-orang melayu yang terlalu inginkan perpaduan..lihatlah pada asasnya, aku mmg taknak perpaduan dgn kaum lain..seriius..mmg aku taknak sbb aku terpaksa gadai hak anak bangsa aku untuk bangsa lain yg memang terang-terang menindas melayu..

ok..tak nak lari topik.. Selamat Hari Guru untuk teman2 seperjuangan yang sememangnya tabah menjadi seorang pendidik..

PAKCIK I.S.A

Selesai aku menyediakan sarapan pagi, aku menerjah membuka alam maya yang menempatkan Berita Hairan kegemaranku untuk ku tatap dan ku bidas bersendirian..

Terlangkau ingatanku pada 2 bulan yang lalu, aku berhasrat untuk menunaikan fardu haji menjangkau usiaku 43 tahun..pada waktu itu anak-anakku telah tamat zaman persekolahan..Insya Allah, ada rezeki aku akan membawa mereka sekali..jika belum tiba masanya mereka menjadi tetamu Allah, biarkan mereka dengan perancangan sendiri..akhbar maya telah mewar-warkan tambang haji akan meningkat menjadi RM9,980.00..

Sekilas ku terlihat petikan '13 lagi Bebas ISA'..Hmm..apalah adanya ISA kalau takde tahanan..hehehehe..oklah tu..ada ISA, ada tahanan..tapi yang tak adil, tahanannya dibarisi oleh pihak pembangkang..

I.S.A atau pakcik Isa yang bertapak sejak bermulanya darurat..pacik Isa diusulkan oleh tun yang berhasrat untuk menentang komunis yang ketika itu mengganggugugat ketenteraman awam..aku pun hampir terlupa sejarahnya..aku juga setuju sekiranya pesalah yang menghina Nabi Muhammad diletakkan dibawah naungan pakcik Isa kerana mencetuskan pergolakan kaum..tapi, biarlah bersesuaian dengan apa yang dilakukan dan berilah keadilan sekiranya diminta..

Sehingga kini ia masih digunapakai salah satunya berfungsi untuk menangkap anak Tuan Guru Nik Aziz yang sehingga kini tiada bukti kukuh dipampangkan kepada rakyat untuk menyatakan alasan mengapa beliau ditangkap.

Jika diimbau kembali, kebanyakan kes2 yang disabitkan dgn sel pakcik Isa tidak dinyatakan bukti-bukti kukuh tentang tuduhan yang dibuat oleh kerajaan. Sekadar menyatakan 'dia ditangkap atas sebab menggancam keselamatan negara, mewujudkan perselisihan kaum..bla..bla..blaa..'.. kita bukan rakyat dahulu yang tunduk akur pada pemerintah yang jujur..tapi, kita yang terpaksa akur pada ketidakjujuran pemerintah..oleh itu, sebagai rakyat, wajar kita mengetahui bukti-bukti kukuh yang menjadi asas pada tuduhan yang dilemparkan kepada rakyat di dalam sel pakcik Isa.

Kemelut Perak mmg takkan berakhir selagi masih berlaku perebutan kuasa..hari ini terpampang lagi berita yang berbunyi 'Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memfailkan saman terhadap Speaker Datuk R Ganesan memohon perintah mahkamah menahan Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menghalangnya menyandang atau menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak secara sah.'

Tengoklah kejap lagi mesti huruhara harubiru lagi Perak nih..
Aku sekadar pemerhati tak bertauliah..jadi, kita tunggu dan lihat..

Thursday, May 14, 2009

13 MEI..AKU TERLUPA

'pooonn...poonn..' Lori yang sarat muatan membunyikan hon terlalu kuat sampai nak tercabut rasanyer telinga aku..aku pandang ke dalam cermin sisi..lantas aku tersenyum..'waaaaaaaaaaahhh..ramainya lembu atas lori tu' desis hatiku selamba mem'belanda'kan bahasa melayu..pagi ini terlalu damai buat aku..

Mendaratkan seluruh badan di atas kerusi pejabat yang mmg empuk sangat merangsangkan aku untuk tido..hehehe. Aku terpandang memo 'Perlantikan sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Khas Kajian Semula Struktur Organisasi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)'..Hmm..semakin rumit..tapi aku tetap bersemangat untuk bantu kawan-kawan aku naik pangkat sebelum aku di postingkan semula ke sekolah..aku akan buat sesuatu untuk kepuasan kerjaya aku.

Mataku terpana pada kalender kuda pemberian pelanggan AELB yang memperbaharui permit import bahan radioaktif. Hari ini 14 MEI! Hampir aku terlupa tarikh keramat yang menyebabkan aku fobia untuk melangkahkan kaki ke panggung wayang.Peristiwa 13 Mei 1969 merungkai sejarah bermulanya aku cintakan bangsa melayu. Aku sekadar merungkai sejarah silam yang abadi dlm ingatan, tidak berniat untuk aku memasukkan diri aku ke dalam sel ISA mahupun terikat di bawah Akta Hasutan 1948.

apa yang telah dilakukan oleh Bangsa Cina? aku copy paste from Peristiwa 13 Mei - Wikipedia :
-Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak.
-Seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.
-Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.

Menyingkap semula sejarah mak aku, masa tu dia form 6 kat Sekolah Alam Shah Jalan Cheras, asrama plak kat Jalan Hill Kg. Baru. Darurat 3 hari tak makan, bekalan air ke asrama di racun dan pelajar lelaki hanya ada senjata buluh runcing.

Abah aku Rejimen Askar Melayu Diraja plak cerita, seorang perempuan cina dengan berpakaian basah lencun masuk ke dalam stor sekolah. Sekolah Kebangsaan Kampung Baru menempatkan ratusan orang melayu. Apabila diserbu, wanita tersebut sedang memasang bom dibadannya..Nauzubillah..

Melayu sekarang? bertelagah sesama melayu-Islam..singkaplah semula sejarah Perjanjian Pangkor yang menjadi tirai terlepasnya kuasa orang-orang melayu di tanah air sendiri..bersatulah sepertimana bersatunya orang-orang melayu ketika malayan union 1946-1948 ditentang..

Ya Allah..kekalkan kedamaian yang tanah air yang kami cintai..

Tuesday, May 12, 2009

MELAYU ISLAM




Tahniah aku ucapkan untuk parti PAS di Perak yang mana parti itu jelas dan terang telah dicanangkan sebagai peneraju pemerintahan dan pentadbiran di negeri kome. Namun, terfikirkah kita ketidakakuran BN pasti akan mencetuskan reformasi lagi dikalangan rakyat jelata Perak..biarlah..ko punyer hal, aku malas masuk campur

Apapun, aku tetap berpuashati selagi pemimpinnya Melayu dan Islam..2 perspektif yang berbeza telah dirungkai oleh rakan sekritikku Mohd Nazwan Saidi..aku seringkali bertekak, bercucuk keris, bertikam lidah dgn nazwan yg mmg kaki pembangkang yang bagus dan layak menjadi pendebat politik..

aku taksub pada melayu yang Islam..janji dia org melayu, pasti aku akan sokong..Nazwan lebih mempertahankan Islam sbb muallaf bertempat di dalam Islam bukan di dalam melayu..

Namun begitu, kewarasan pemikiran kami tidak akan terlangkau jauh melainkan dengan rasionalnya cara kami bertindak dan berfikir.

aku pun tak paham org sekarang nih..kejap2 biru blame hijau..kejap2 hijau nampak gila kuasa..kadangkala biru mmg nampak nak hancurkan hijau dan selalunya hijau banyak berdiam diri..sukati korang lah..aku? aku takder kaler..ahaks!

Friday, May 8, 2009

SAMA MELAYU TAPI TAK SAMA..

Malam semakin gelap. Lampu di rumah emak semuanya bukan lampu kalimantang..bulat-bulat kecil tapi nyalaannya mampu menerangi segenap sudut rumah emak..

anak-anak kecil di rumah itu kegelisahan..merengek..memecah suasana bila aku mencabut plag laptop dari dada pasangannya yang melekat di dinding yang agak sejuk pada malam hari..malas melayan kerenah sikecil-kecil yang membingitkan, aku memasukkkan cd Shrek sebagai tayangan pertama mereka pada waktu itu..hmm..betapa hebatnya penangan Israel yang menghasilkan filem..filem yang mampu menundukkan ibubapa supaya mengikut kehendak anak.

Tepat jam 8 malam aku menekan butang nyawa televisyen jenama Toshiba bersaiz 14" di atas kabinet..hmm..berita baru bermula..

'SIDANG DUN PERAK KELAM KABUT'..wow..hangat tv3 nih..mmg memalukan orang-orang melayu..kesimpulan yg berlaku mlm tadi dari sudut pandangan kacamata aku sbg org melayu :
appa daa...disebabkan nak lantik speaker yg dah tentu dua2 tu bukan org melayu, pun nak bergaduh2 panjat kerusi..nak aku kata bongok semuanya lulus SPM kira terer la tu walaupun dulu 7 subjek jer..yg aku mmg hangin giler, boleh mamat2 speaker dua &*$%# tu dok sengeh2 sbb org melayu bergaduh pasal depa berdua..
bangkai bernyawa btl..
malulah jadi org melayu kat perak..

sama melayu tapi tak sama..semuanya banyak sama, rambut ada itam putih, kulit sama kaler..agama sama tapi pandangan, apa yg diperjuangkan mmg taksama sampai bangsa sendiri pun kena sepak mlm tadi..sian..sama melayu tapi tak sama..tulah dia org melayu kat malaysia..

aku jawa bukan melayu..ahaks!

Thursday, May 7, 2009

BEZA PERAGUT DAN SANG PERAGUT

Pagi ini mentari terlalu cerah untuk aku tatapi..dengan keadaan rabun jauh dan silau yang terlampau membuatkan dahi aku semakin berkerut menahan silau..lebih2 lagi mengenangkan kaca mata hitam ku yang tertinggal di dalam kereta abah yang ku pandu semalam..

sesampainya aku di destinasi, mataku terpana pada dada akhbar yang bertajuk '2 LAGI MANGSA RAGUT MAUT'..mangsa ragut maut? apa makna ragut maut? oooooooooo..mangsa ragut, maut..Bahasa Melayu..Bahasa Malaysia..tak sempurna jadinya kalau takde tanda baca..

kesian, tulah perkataan yg akan keluar daripada mulut pembaca..dalam masa 48 jam tiga kejadian ragut yang membawa maut telah berlaku.

PERAGUT..PENCURI DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA..langkah berhati2 telah pun diambil oleh mangsa bagi kes kedua. Beg tangannya diselimpangkan dibadan. namun begitu, perebutan beg tangan tersebut antara dia dan peragut mengakibatkan dia terjatuh dari motorsikalnya lalu terjatuh di atas jalanraya dan badannya digilis kereta.
bagi mangsa ketiga pula, seorang nenek berusia 86 tahun maut apabila dia cuba menyelamatkan anaknya yang sedang bergelut dengan peragut..

menurut beberapa saksi daripada ketiga-tiga kejadian, peragut berumur dalam lingkungan 20-an..masih muda..mungkin tiada pekerjaan..desakan hidup memaksa mereka mencuri..

SANG PERAGUT SEPERTI KAMBING, KUDA, LEMBU JUGA ADALAH PERAGUT.
tetapi sang peragut lebih mulia pekerjaannya daripada peragut sbb sang peragutlah yang membantu pakcik India kat sebelah kampung aku membersihkan kebunnya yg penuh lalang dengan memagut lalang,malah, pucuk2 bunga mak aku pun disapunya tapi mak aku halalkan je sbb sang peragut yang ni otak je besar tapi takde akal... sangat berbeza dgn peragut yang cuma tau menyusahkan org, mencuri harta org..
kesimpulannya, sang peragut mmg lebih mulia daripada peragut walaupun peragut dikurniakan akal tapi tak berguna..