Saturday, May 16, 2009

SELAMAT, HARI DAN GURU

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA YANG MENJADI PENDIDIK PADA HARI INI..

Selamat Hari Guru, Hari Guru Selamat, Selamat, Hari dan Guru..
perkataan yang sama tetapi jauh berbeza maksudnya..

SELAMAT..
Selamatkah guru pada hari ini? malam tadi tokoh guru Encik Abdul Rahman menegaskan kesalahan disiplin pelajar bukan disebabkan kekurangan guru lelaki tetapi desakan dalam dan luaran yang menggangu..
Jawapan yang aku beri : manalah nak jadi murid-murid sekarang..cubit skit, T. Murugiah sampai.. rotan skit, masuk berita hairan dan utusan meloya..

Dulu, kes guru memukul kepala murid menggunakan tumit kasut, ada diberitahu hal sebenar yang terjadi..? sebenarnya tumit kasut guru tu tercabut, sedang dia membetulkan tumit kasutnya yang sebelah lagi, pelajar berkenaan selak kain guru..secara spontan guru tersebut memukul kepala pelajar ..sbb, masa tu kat tgn dia mmg tgh pegang kasut..kalau aku pun dan2 tu jugak kena ketuk..makanya, pada pendapat aku, sekarang ni, nak buat tindakan apa2 pada murid, mmg tak selamat walaupun dia guru disiplin sekolah..

HARI..
Hari ni seorang cikgu bertungkus lumus membuat kelas tambahan untuk murid menghadapi peperiksaan. bagai nak rak pagi petang siang malam buat kelas. Ada juga cikgu yang berpuasa setiap kali anak muridnya menduduki peperiksaan..berdoalah cikgu tadi sehingga anak muridnya berjaya..

Dan, hari ini, dia keluar dikaca tv dengan gagah, tampan dan berani, sebagai seorang yang berkerjaya dan berjaya dimata dunia..Namun, apa yang menyedihkan ketika berucap dia berkata 'saya $%#^&*&%% terkenal..berkat usaha saya sendiri..bla...bla..bla..' Dihari guru, dia langsung tidak terlintas untuk berkata 'saya berjaya hasil didikan guru-guru di sekolah..' Memang cikgu dia, bangga nampak dia interframe dalam tv tapi rasa sedih, sedikitpun cikgunya tidak dihargai...

GURU..
Sian, guru sekarang semakin terbeban dgn dasar-dasar kerajaan, pembaharuan kerajaan dan segalanya yang digubal oleh kerajaan..disuruh mendidik tetapi cara didikan tidak diterima ibubapa..macamana nak membina negara bangsa? buku2 teks penuh dgn agenda perpaduan, tiada lagi ilmu-ilmu yang mantap diterapkan..pada aku, hanya melayu yang mahu perpaduan, bangsa lain??

Sidang 1 Malaysia telah dijalankan, ini tanah melayu yang diberi nama Malaysia. India ada negara India, cina ada negara China..kenapa semua perlu dikongsi atau salahkah pendapat aku? segalanya telah kita kongsi, beri hak mengundi, duduk sebagai DUN, kerja dengan kerajaan, sehingga UiTM juga mahu digadai..

Ini semua kerja orang-orang melayu yang terlalu inginkan perpaduan..lihatlah pada asasnya, aku mmg taknak perpaduan dgn kaum lain..seriius..mmg aku taknak sbb aku terpaksa gadai hak anak bangsa aku untuk bangsa lain yg memang terang-terang menindas melayu..

ok..tak nak lari topik.. Selamat Hari Guru untuk teman2 seperjuangan yang sememangnya tabah menjadi seorang pendidik..

No comments:

Post a Comment