Saturday, May 16, 2009

PAKCIK I.S.A

Selesai aku menyediakan sarapan pagi, aku menerjah membuka alam maya yang menempatkan Berita Hairan kegemaranku untuk ku tatap dan ku bidas bersendirian..

Terlangkau ingatanku pada 2 bulan yang lalu, aku berhasrat untuk menunaikan fardu haji menjangkau usiaku 43 tahun..pada waktu itu anak-anakku telah tamat zaman persekolahan..Insya Allah, ada rezeki aku akan membawa mereka sekali..jika belum tiba masanya mereka menjadi tetamu Allah, biarkan mereka dengan perancangan sendiri..akhbar maya telah mewar-warkan tambang haji akan meningkat menjadi RM9,980.00..

Sekilas ku terlihat petikan '13 lagi Bebas ISA'..Hmm..apalah adanya ISA kalau takde tahanan..hehehehe..oklah tu..ada ISA, ada tahanan..tapi yang tak adil, tahanannya dibarisi oleh pihak pembangkang..

I.S.A atau pakcik Isa yang bertapak sejak bermulanya darurat..pacik Isa diusulkan oleh tun yang berhasrat untuk menentang komunis yang ketika itu mengganggugugat ketenteraman awam..aku pun hampir terlupa sejarahnya..aku juga setuju sekiranya pesalah yang menghina Nabi Muhammad diletakkan dibawah naungan pakcik Isa kerana mencetuskan pergolakan kaum..tapi, biarlah bersesuaian dengan apa yang dilakukan dan berilah keadilan sekiranya diminta..

Sehingga kini ia masih digunapakai salah satunya berfungsi untuk menangkap anak Tuan Guru Nik Aziz yang sehingga kini tiada bukti kukuh dipampangkan kepada rakyat untuk menyatakan alasan mengapa beliau ditangkap.

Jika diimbau kembali, kebanyakan kes2 yang disabitkan dgn sel pakcik Isa tidak dinyatakan bukti-bukti kukuh tentang tuduhan yang dibuat oleh kerajaan. Sekadar menyatakan 'dia ditangkap atas sebab menggancam keselamatan negara, mewujudkan perselisihan kaum..bla..bla..blaa..'.. kita bukan rakyat dahulu yang tunduk akur pada pemerintah yang jujur..tapi, kita yang terpaksa akur pada ketidakjujuran pemerintah..oleh itu, sebagai rakyat, wajar kita mengetahui bukti-bukti kukuh yang menjadi asas pada tuduhan yang dilemparkan kepada rakyat di dalam sel pakcik Isa.

Kemelut Perak mmg takkan berakhir selagi masih berlaku perebutan kuasa..hari ini terpampang lagi berita yang berbunyi 'Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memfailkan saman terhadap Speaker Datuk R Ganesan memohon perintah mahkamah menahan Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menghalangnya menyandang atau menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak secara sah.'

Tengoklah kejap lagi mesti huruhara harubiru lagi Perak nih..
Aku sekadar pemerhati tak bertauliah..jadi, kita tunggu dan lihat..

No comments:

Post a Comment