Thursday, April 29, 2010

AKUKAH 'DUNIA ITU'?



Hujan mengalir lesu menelusuri segenap ruang tingkap bilikku..Terimbas sebuah kisah sayu..telah aku selami sebuah kisah duka dari sudut dunia terpencil, namun penuh dgn kegembiraan dan kebahagiaan.. duka yg bermula daripada kata2 durjana seorang manusia yang cuba mendefinasikan tanggungjawab itu sebagai suatu bebanan..

Dingin petang itu tidak disangka menjadi bayangan kepada kisah suram..deringan panggilan memecah kesunyian alam..panas telinga si ibu apabila seseorang mempersoalkan tentang tuntutan sebanyak RM3k..setulus kasihnya pada sikecil, tuntutan tersebut adalah hak mereka yg masih suci dari dunia dosa..niatnya menuntut hanya untuk melepaskan tanggungjawabnya supaya tidak dipertikaikan di akhirat kelak kerana dia selaku penjaga dan seorang ibu, wajar padanya untuk menuntut hak anak2 di bawah jagaannya kepada 'binti' anak2 itu..

Alangkah sedih tidak terkata ketika mana manusia yang masih ditalian itu tidak mengakui bahawa kanak2 kecil itu adalah zuriatnya.. selain pernah mempertikaikan siapakah wali anak2 itu, kini dengan kebiadabannnya, dia membangkitkan semula isu ini dengan ayat yang lebih menjerut seluruh jiwa dan raga..namun, sebagai seorang yang telah redha menerima takdir dari yang Esa, dia pasrah..namun, jauh di lubuk hatinya, dia masih bersyukur kerana Allah telah memberikan seluasnya peluang untuk dia mempertahankan apa masih diperjuangkan..

Entah apa kesudahannya tidak aku ketahui malah tidak dapat aku jangkakan..
Jadilah seorang yang bersyukur, sesungguhnya orang2 yang bersyukur akan merasa dirinya dekat pada yang Maha Agung.. Allah maha mengetahui apa yang tidak pernah kita ketahui..

1 comment:

  1. Cikgu, definisi laaaa... bukan definasi... ni mesti menaip sambil perut lapar nak makan nasi... ahahaaa..

    Sis, seorang Ustaz pernah berkata, kalau seorang bapa memberi nafkah yang tidak cukup untuk anaknya, di akhirat kelak anak itu berhak menuntut haknya. Inikan pula yang langsung tidak mahu bayar sehingga sanggup mengatakan dia tidak ada anak. Allah itu Maha Adil, Maha Pemurah dan MAha Penyayang. Mohonlah keadilan daripada Nya. Jangan bersedih lagi ya...

    ReplyDelete