Wednesday, June 3, 2009

AKU DAH KATA..

Hari ni aku memang sibuk..kena jadi tugu peringatan kat AELB..akak ni kena pergi kursus..best jugak dok kat sini jumpa customer..boring jugak sbb pakcik India yang selalu datang hantar paper tak datang pulak..aku pun bukak la paper di alam maya yang tak berapa nak best untuk ditengok..maklumlah..dah tua2 ni, pedih mata aku nak menatap monitor ni lama2..

hmm..keluhan demi keluhan dilontarkan rakyat..sampai stadium yang mahal jadi mangsa ketamakkan manusia.. ada lagi isu yang berjaya menarik perhatian aku..PPSMI..

kenyataan Pak Din dalam berita hairan :
'"Kita akan mengambil perhatian terhadap beberapa perkara termasuk penggunaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan dan keperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta komplikasi kos yang perlu diambil kira jika perubahan dilakukan," katanya.'

sekarang ni, sikit2 SJK..sikit2 SJK..sekolah rendah kebangsaan apa cerita? yela, mestilah org kata dari dulu bantuan semua ke SRK..skrg biarlah dapat kat SJK pulak..

aku pulak kata, ha'ah..diorg dapat sbb SATU MALAYSIA..semua menteri2 melayu ni dah lapar sgt nakkan perpaduan..bangsa lain tak nak pun..diorg cuma nak benefit yg ada bila patuh dgn cadangan dan dasar kerajaan..

pasal kenyataan pak din tu, dia mmg kena pertimbangkan semua dasar pendidikan dengan KEMAMPUAN PELAJAR2 INDIA DAN CINA, BUKAN PELAJAR MELAYU..sbb apa? pada pandangan diorg, pelajar melayu mmg ramai dah keciciran, buat apa nak bantu? yg kat pedalaman pun, nak bantu bukan dapat apa..kalau bangsa lain dibantu? dapat suntikan modal untuk berpolitik, mmg bangsa lain yg banyak menaikkan peratus PPSMI..KAN AKU DAH KATA..sbb tu tempohari dia boleh deal 'memberi pengiktirafan kepada subjek yang diajar disekolah jenia kebangsaan cina (swasta)'..AKU DAH KATA...

lagi satu, kenapalah agaknya menteri pelajaran yang ada kat Malaysia ni terlalu ego untuk mengakui kepincangan dasar yang ada dalam sistem pendidikan? kalau dah kata 'SETELAH DIANALISA' kenaikan peratus kejayaan PPSMI tak sampai 50% pun, kenapa masih mencuba sedangkan mereka sedar bangsa sendiri ramai keciciran? alih2 nak ajak GMP berbincang untuk lihat maklumbalas NGO tu..GMP bertindak menghantar memorandum ke istana pun, tak jelas lagi ke bahawa mereka membantah habis-habisan PPSMI? GMP tu semuanya golongan bijak pandai, cendiakawan negara.. Nama pun Gerakan Mansuh PPSMI..

Pakdin kata sebarang keputusan bukan bermakna kerajaan tunduk pada desakan mana-mana pihak..ye ke..? takpelah, kita tgk je apa tindakan susulan dari pak din..

1 comment:

  1. No action Talk only- NATO..

    haha itulah keadaan di malasyia.. tak habis2 nak kaji.. tapi tindakan tak ada.. kajian itulah tindakannya.. hmm..

    ReplyDelete