Monday, June 29, 2009

HINANYA ISLAM DIMATA MEREKA..

Terpana sejenak melihat keindahan Melaka Bandaraya Bersejarah. 2 hari aku menghabiskan masa cuti bersama anak2..banyak perubahan berlaku walaupun baru 8 bulan aku meninggalkan melaka..terlalu banyak khazanah sejarah Tanah Melayu yang 'ditutup' oleh binaan penjajah..A Famosa menutup gahnya Istana Melaka..pusat membeli-belah bandar hilir telah melenyapkan Dataran Melaka yang penuh dengan sejarah..benar, sepatutnya aku mesti teruja dengan pembangunan di Tanah Melayu yang maju..namun semua itu bukan hak milik melayu..

Gembira aku tatkala melihat banner yang tertera 'PENGISHTIHARAN MELAKA DAN GEORGETOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA (WORLD HERITAGE CITY)OLEH UNESCO PADA 7 JULAI 2009'. Sejenak aku terfikir, mengapa Georgetown dan Melaka sahaja? bukankah Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 di Perak juga menjadi perintis terbukanya gerbang bagi penjajah? Jika benar mahu mengangkat dan menjulang warisan dunia, mengapa tidak dimasukkan sekali Negeri Johor yang gemilang sebelum melaka jatuh ke tangan Portugis?

Setelah ku amati lipatan sejarah..Kristian bertapak di Tanah Melayu SELEPAS kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka..498 tahun..hampir 500 tahun Kristian bertapak di bumi Hang Tuah..Agenda Kristian memang tidak dizahirkan..rupanya UNESCO mahu menyambut ulangtahun ke 500 sempena bertapaknya kristian di Tanah Melayu..orang melayu lupa pada sejarah..terlalu gah dan bangga pembesar dan pemerintah kita mendapat gelaran itu di mata dunia..tetapi mereka juga terlupa bahawa Tanah Melayu suatu ketika dulu adalah tempat terpancarnya sinar Islam di Asia Tenggara..tetapi, ianya hanya dicatatkan dalam buku teks sejarah dan bukan dizahirkan melalui pembangunan mahupun ketrampilan bandar itu sendiri..

lupakah mereka apabila portugis menakluk Melaka, semua masjid-masjid dirobohkan..manakala semua perkuburan Islam dimusnahkan..kemudian, batu hasil robohan itu telah diambil untuk di bina Kota A Famosa..BODOHNYA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM YANG MEMBUTA TULI MENERIMA PENGANUGERAHAN SEMPENA BANGKITNYA KRISTIAN DI TANAH MELAYU..Malaysia yang dinobatkan sebagai salah sebuah negara OIC sekadar 'see' agungnya kristian di negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan..

Apa yang menyedihkan, orang datang ke Melaka sekadar melihat, merakam sejarah di hadapan cebisan Kota A Famosa..mereka tidak menoleh sedikit pun binaan Istana Melaka yang hanya 15 langkah daripada runtuhan A Famosa..

Sememangnya wajar kita sebagai orang Islam berasa sensitif pada isu ini..Namun, apa yang mampu kita lakukan?

1 comment:

  1. aku baru je pegi melaka ...tapi tk jalan2 poun coz ade kursus...emm..aku suke ke melaka coz history town tapi aku mmg bengang dok buat datarn pahlawan ntah apentah..pusat beli belah camtuh kat selangor kl melambak..jadah ape ntah..tal sesuai langsung...aku masuk kejap je kt dalam tuh then aku lah naik menara taming sari..emm ok la juga

    ReplyDelete