Monday, June 15, 2009

KPLI

Penggredan yang memeningkan kepala..malas lah nak pk..entahlah..kadang-kadang yang selalu, aku rasa mcm tak dihargai apa yang aku buat untuk kerjaya aku..mana taknya..HRMIS aku dah buat walaupn ada 3% lagi tak siap, penggredan aku willing nak buat..tapi, apa aku dapat? alih2 bila aku masuk bilik bos, ada ke patut dia kata "ha..ni muka masalah dah datang" memang sedih looo..

Sampainya ati cakap mcm tu..masa buat penggredan, sampai kul 10.30 malam baru kitorang balik..buat tu pun sukarela je..sampai ati..ish.. tak dapat aku bayangkan rasa terkilannya..takpe, aku doakan diorg naik pangkat, gaji lebih besar dari sekarang..baru diorang tau, beban tugas makin banyak tapi takde org nak hargai..

biarlah..'sabar kan dapat pahala' kata opah kepada upin dan ipin..lain plak citer bila baca paper berita hairan hari ni, aku semakin hairan..kehairanan berita ni sangat terserlah bila Kementerian Pelajaran sekali lagi menganyam cadangan baru :

"NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan."

kenapalah nak dipanjangkan kursus tu..yela, aku belum layak nak mempersoalkan sbb aku pn tak posting lagi..sebenarnya ada pro dan kontra yang perlu diperjelaskan kepada umum.

PRO KEPADA CADANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN :
Siswazah yang di latih di Institut Perguruan untuk course KPLI sebenarnya memang memerlukan masa yang panjang. Berdasarkan pengalaman yang aku ada, kami cuma diajar secara teori dan praktikal, bukan penghayatan dan kemahiran. Kalau sekadar belajar untuk dapatkan cemerlang dan bukan kepujian, aku pun dapat cemerlang..kawan2 sekelas aku semua dapat cemerlang..tapi, sejauhmana kecemerlangan tu boleh berkekalan dan dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan? Aku akui, aku memang berminat, tapi, once aku dah berada dalam kawasan maktab, keinginan menjadi guru cemerlang hadir sendiri..terlalu banyak benda untuk kita pelajari..course setahun memang tak sempat nak catch up semua kemahiran yang dipelajari. kami tak sempat nak mengadakan sebarang aktiviti ko-kurikulum dengan berkesan apatah lagi menghayati silibus pedagogi..kami belajar semata2 untuk menduduki peperiksaan akhir dan mendapatkan input untuk menjalani praktikum dengan cemerlang di sekolah.

KONTRA KEPADA CADANGAN :
membazirkan duit kerajaan, membazirkan masa SEKIRANYA guru yang dilatih masih belum menjalankan P&P yang menarik dan berkesan. membazir dari setiap sudut JIKA SEKIRANYA ilmu pedagogi tidak diselami dan dihayati..maka, dengan memanjangkan kursus KPLI tidak akan ada sudahnya masalah 'guru bermasalah'..

fikir2kan sebelum membuat keputusan..masa depan anak2 anda berada di dalam tangan mereka sendiri, dengan bimbingan dan didikan GURU KPLI..

1 comment:

  1. aku hangin ni..berapa kali aku minta tk dapt kpli ni..mgkuk hayun je..tapi bak kata opah dalam upinipin sabarkan dapat pahala..so aku sabar la dah akan terus meng apply sampai pencen....

    ReplyDelete