Thursday, June 11, 2009

MY FREN..



Hari ni agak membosankan..kerja ada tapi tak boleh nak buat sebab tukang sain takde..semuanya K.I.V..entah mana bos aku pegi..nak jadi citer paling kelakar, boleh dia kata nak pegi meeting kat MOSTI, tapi aku tengok siap bawak botol air dengan beg sandang belakang dia tu..kihkihkih! nampak mcm anak murid aku la pulak..

tetiba, aku teringat kat sorang sahabat yang sangat baik..dah bertahun lama asyik mendengar tentangnya..baru tahun ni dapat bertemu dengan orangnya..

Kalaulah aku mesin pengimbas di KLIA, dia insan biasa yang aku lihat tiada bezanya dengan orang lain..very low profile, nice, good looking..dan sebagai scanner tentu aku tidak mendekati dirinya kerana awalnya dia kelihatan begitu sombong..

Pernah juga bertembung, walaupun saling tidak mengenali, tapi, mak kata jangan sombong dengan orang..senyum kan sedekah..aku pun tersenyum melihatnya yang macam pandang tak pandang..tetapi senyumanku tidak berbalas..hmm..tapi aku tak ambil hati pun..customer selalunya memang sombong..kalau aku ada iras angelina jolie, mesti customer gembira datang ke AELB ni..hehe

Dia bukan customer..rupanya, dialah orang yang selalu aku dengar perkhabarannya..30hb Mei, lebih kurang jam 6.35 petang, untuk pertama kali sejak aku berkhidmat di sini, aku telah melihat insan yang kini menjadi pelangi dalam hidup aku..

Dan, sekarang dia bukan lagi pelawat yang perlu discan..dia menjadi peneman yang sentiasa ada bila diperlukan..kata-katanya sangat berhikmah, pesanannya menjadi pendinding diri dan tutur katanya sentiasa ku nanti..biar pun berkomunikasi di alam maya, namun bersahabat dengannya, menjadikan aku sangat tenang..

Ikhlas aku akui, kehidupan aku setenang air di tasik..kocakkan airnya hanya disebabkan tiupan angin yang mendesir..bukan aku tak pernah mengenali sahabat lain, tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang sangat membezakan antara dirinya dengan orang lain..dia seorang pendengar yang setia, sangat jujur, pandai jaga penampilan..tapi, pemalu..hehe..

Apapun, seikhlas hati aku menerima dirinya seadanya dia..semoga Allah memberi ketenangan hidup padanya sepertimana dia memberi ketenangan hati dan mewarnai duniaku dengan warna-warna pelangi yang indah..

Kawan..
Terima kasih atas kesudian dirimu menjadi sahabat terbaik untukku..
Semoga Allah memberi kesempatan untukku, memberi sinar baru dalam hidupmu seperti mana kau memberi cahaya dikala kegelapan menyelubungi hidupku..

5 comments:

  1. woi mek ni mamat mana lak peneman kesepian ko ni...heheheh...yg tut ke...wah bukan main lagi main kocak dah tk berkocak skrg..aku doakn ko bahagia k walau dgn sesape pun...ko bahagia aku pun bahagia..betul ke ean???hahahah...hanya tuhan yg tahu..nama AA-HAC ke...emm mujur kan bila nak citer selanjutnya ..tk sabar nih...hehhehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..
    bell..aku antar email kat ko jap lagi..

    ReplyDelete
  3. amboi ean...aku doakan smoga ko bahagia o.k..

    ReplyDelete
  4. wahai majlis blog yang bijaksana lagi budiman, aku ada pertanyaan yang ingin aku ajukan. Aku kuatir aku ada menunjukan simtom2 sindrom 3/4. bila aku mula duduk saja buat kerja dimeja aku, lepas 10 minit kelopak mata aku dah rasa berat, seterusnya terpaksa bergelut untuk sedar. satu lagi soalan, Apa akan berlaku sekiranya sindrom 3/4 ini mencapai ke tahap 4 suku ???? terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Takper..kalau dah 4 suku lagi senang..masukkan jer kat spital tanjung rambutan..ahaks!!

    ReplyDelete