Tuesday, June 9, 2009

MEMPERKASA ATAU MENYIKSA

Alhamdulillah..hari ni aku terima sms dari adik, abah keluar hospital tengahari ni..aku memang plan nak balik jam 3.30 petang ni..nak tengok abah..mak kata abah asyik mengigau panggil nama debot, dok kata nak main moto dgn debot..lagi pun petang nanti kena replace tugas kawan..

Hari ni, setelah dibakar dan terbakar oleh kenyataan Menteri Pelajaran, "BI syarat wajib lulus SPM", aku rasa macam geram sangat tengok muka bangsa melayu yang memperkasakan bahasa Inggeris, dok tersenyum kat paper mengiyakan kemenangan yang hampir dicapai setelah perubahan yang tidak bijak dalam sistem pendidikan bakal dijalankan. meh kita tengok kedudukan bahasa melayu yang KEMENTERIAN PELAJARAN GUBAL DASARNYA TETAPI DENGAN TINDAKAN YANG TIDAK BIJAK, KEMENTERIAN PELAJARAN JUGA YANG MENYINGKIRKANNYA..

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) menekankan aspek Membina Negara Bangsa yang mana salah satu agendanya ialah MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN.

Kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai BAHASA RASMI termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.. 'Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu yang ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen'.

Ayahanda flower horn juga pernah menekankan betapa pentingnya bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan..kalau kita tengok dasar yang dirangka daalam pendidikan, Akta Pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Taib 1960 telah menekankan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan..

Wahai pakdin yang baru berapa bulan jadi Menteri Pelajaran, lihat dan kajilah dasar2 yang pernah wujud dan sememangnya termaktub dalam setiap sendi para pendidik di negara kita..(karang kalau cakap korang bodoh, korang tak terima)jangan ikut dan je nak ubah semua tanpa memikirkan kepentingan bangsa dan rakyat.

Flower horn nakkan '1 MALAYSIA', segalanya yang ada dalam PIPP perlu diteruskan kerana isi kandungan PIPP dah dibentuk dan memang sangat bersesuaian dengan hasrat flower horn mendirikan negara bangsa..kata nak merapatkan jurang antara rakyat. inilah masanya untuk bangsa melayu memperkasakan bahasa melayu..ini tak, nak memperkasakan bahasa Inggeris tapi menyangkutpautkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik..hmm..PPSMI..

Entah2 memperkasakan bahasa inggeris untuk menutup isu PPSMI agaknya..memang betulla kerajaan ni..cakap berbelit-belit..hari tu pak din kata nak minta pandangan semua pihak, termasuk GMP yang membantah sekeras-kerasnya PPSMI..tapi, tetap sama juga..jadi NATO (basuh baju kata 'NO ACTION, TALK ONLY) la ni? nak buat BI jadi subjek lulus SPM, mintak pendapat rakyat juga..tapi, apa sudahnya? entah2 nanti jalan jugak idea yang memang tak bernas lagi tak munasabah tu..

pak din..pak din..pikirlah skit..kalau seorang guru yang menyambung pengajian ke peringkat master, tesis yang dibuat mestilah dalam BAHASA MELAYU, TETAPI, SEKIRANYA GURU INI INGIN MENYIAPKAN TESIS TERSEBUT DALAM BAHASA INGGERIS, PERLU MEMINTA IZIN DARIPADA PENSYARAH..dari sini je, kita boleh tengok kenapa guru-guru sukar untuk merealisasikan dunia bahasa Inggeris..

Mak ayah pula, dok sibuk kata cikgu tak mahir, tak pandai mengajar dan macam-macam lagi..so, aku sarankan kepada mak bapak yang mcm ni, AMIK ANAK KORANG, LETAK KAT RUMAH, AJAR SENDIRI. kalau mak ayah pun tak boleh hormat guru, guru memang tak boleh salahkan murid2 jika sekiranya murid tidak beradab sopan..sbb induknya begitu..

Aku memang bersetuju kerajaan nak memperkasakan bahasa Inggeris, kena ada inisiatif lain..memperkasa bukan menyiksa..kementerian pelajaran sepatutnya merangka silibus yang lebih menarik dan berkesan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Ingeris lebih mantap. Harus juga memberi kursus dan motivasi bagi guru-guru subjek bahasa inggeris..langkah ini memang bersesuaian..bukan mengusik subjek sains dan math..

Cukup2lah tu pakdin..kalau rambut dah putih, takkan lidah dan bahasa ibunda juga kau nak 'omputih' kan..

No comments:

Post a Comment