Sunday, May 31, 2009

IDEOLOGI TAK PERNAH MATI, BRO..

Aku terpanggil menjawab kenyataan seorang rakan dari blog yg selalu aku klik..sakit jugak ati sku bila dia terbuka mengatakan bahawa kemasukan chin peng yang sudah tua dan uzur takkan menimbulkan semula ideologi yang membangkitkan semangat juang orang melayu..

Bro, berapa lama yahudi hidup? dah beratus tahun, kan? ideologi dia masih kuat sehingga kat dalam siri kartun pun, seekor kucing haiwan kesukaan nabi tetap bersifat seperti pembunuh yang kejam..aku nak ko tau, bro..chin peng tak terlibat langsung dgn cepat atau lambat nya merdeka..komunis tetap komunis..Force 136, rejimen askar melayu diwujudkan bagi menentang PKM-Parti Komunis Malaya..PKM wujud disebabkan diorg nak tentang jepun yg mmg suka menindas orang cina..CINA YANG JADI KOMUNIS MEMBERONTAK HANYA KERANA JEPUN TINDAS MEREKA, BUKAN SBB MEREKA BETUL2 NAKKAN KEMERDEKAAN BRO..

aku bkn nak kata apa, ko jgn baca buku sejarah SPM lps thn 2000 la bro..ko baca SPM zaman dulu punyer..silibus yg baru semuanya nakkan perpaduan..Chin Peng pun jadi baik, nakkan perpaduan la konon..masa Rundingan Baling, kalau betul dia nak merdeka, kenapa dia tak menghormati Tunku Abdul Rahman yang ada sekali waktu tu..dah tu, blah mcm tu jer..bro, ko membesar, belajar kat Malaysia..pastu ko pegi oversea..takkan ko tak pergi BTN..? oooo.aku lupa..batch ko pegi BTN dah tentu2 ada bangsa lain yang bukan beragama Islam..

aku mmg tak setuju dgn kemasukan kembali Shamsiah Fakeh dan sekutunya..tolong jgn buat ayat simpati yang dia dah tua or takkan membahayakan..masa muda dulu tak ingat betapa kejam..? dah tua baru nak melutut..betul tu, tu masa dia muda, tapi bro, kalau aku singkap sejarah abah aku masuk hutan, aku mmg meluap2 marah giler dgn bangsa komunis yang tak sedar diri ni..itu aku..kalau chin peng dan sekutunya yang ko simpati tu balik malaysia, dia cerita kat bangsa dia apa yg melayu buat untuk tentang komunis, tak ke meluap hati diorang? tak ke diorang akan teruskan ideologi yang dah lama tekubur??

bro, aku mmg tak nafikan kalau pembesar kita ada yang menjalinkan hubungan pelbagai hala dgn CUBA yang terang2an negara komunis..aku juga tak menyangkal ayat dalam blog kau "Kebanyakan negara yang mengamalkan ideologi komunisme ini sudah membuka pintu mereka kepada keterbukaan dan liberalisasi. Lihat sahaja China yang sangat berkuasa sekarang, sehingga Amerika Syarikat turut bergantung kepada China untuk membeli bon-bon Amerika Syarikat yang digunakan untuk pakej rangsangan ekonomi mereka yang bernilai melebihi satu trilion dolar." lagi satu ko kata "Di sini kita dapat lihat sisi baik komunisme atau sosialis, di mana rakyat mendapat hak yang serupa dan sama rata. Konsep ini hampir cuba diamalkan oleh Tun Razak ketika perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana rakyat-rakyat di desa dan estet mengalami kemiskinan, dan nasib mereka cuba diubah oleh Tun Razak.Namun, DEB ini berubah menjadi satu dasar yang menguntungkan golongan peniaga, kontraktor..bla..bla"- blog http://firdausrosli.wordpress.com. semua ni aku setuju..


tapi bro, part ko kata diorang membantu mempercepatkan proses merdeka, mmg aku sangkal giler2 punyer..kalau betul diorg nak merdeka, diorang takkan lambaikan 'welcome' pada british sedangkan waktu tu diorg tau melayu cina dan india masih bersatu..kalau ko tak percaya, singkap sejarah malayan union dalam buku sejarah SPM silibus sebelum thn 2000..kalau tak pn, ko pinjam buku aku..ko nak yg mana? peristiwa 13 mei, malayan union?, aku pun melayu..semua aku ada..

bro, aku mintak maaf..ko mmg bijak berfikir, ada idea bernas untuk mngolah dan segalanya rasional..tapi, pendapat kita mmg berbeza..

Tuesday, May 26, 2009

TRAGEDI

Aku terjaga tadi..tak lena mengenangkan justifikasi tugas bagi penambahan jawatan yang aku buat semalam..banyak jugak tu..hmm..rindu pada kawan2 aku..

Kawan2..maafkan aku sbb tak sempat nak meluangkan masa..25-27 Mei adalah tarikh kritikal untuk aku menyiapkan perancangan perjawatan utk jangka 5thn mendatang..mmg keje giler..Entahlah..mayb ni satu tanggungjawab yang perlu di settlekan sebelum aku berangkat menyandang jawatan pendidik..

Petang smlm habis meeting jam 6.15ptg..terkocoh2 aku pulang..hehe..jalan balik rumah, dah upgrade jadi highway..best sangat utk pecut waktu petang..sesampai aku di simpang 4 Bangi, Salak Tinggi, Putrajaya (abah kata simpang Gudep..nama kwn dia Gudep tuuuh..kihkihkih) penat melihat gelagat org2 yang dok kat depan keta aku..

Ada yang korek idong (cara dia korek tu mcm nak tangal bulu idongnya), ada yg merenung lampu TL (mau tembus lampu tu kalau dia ada power superman), ada yang goyang2 badan mendengar lagu agaknya..Sebelah kiri keta aku, bas kilang yang zaman 80-an punyer dulu..bleh tahan 'cantik' kalernyer..depan bas tu ada keta merah proton aeroback yang menyalakan signal kekanan..aku terdetik..sengal jugak minah ni..dok sebelah kiri tapi nak ke kanan plak..

Apabila lampu hijau menyala, aku meneruskan perjalanan..eh..semua kenderaan dah berjalan, keta merah tadi stuck kat situ..bila aku toleh, aku nampak kakak tu dah terlentok, dia bukan hidupkan signal ke kanan, tapi signal emergency..aku pun berhenti dikiri jalan..konon mcm nak jadi supergirl laa..

bkn apa, aku pn pernah alami benda tu masa pregnant anak no 2 dulu..dgn pressure mcm2 benda, doktor kata aku kurang darah..akhirnya hospital putrajaya jadi tempat percutian yang aaaamat 'menggembirakan'..tapi, sedih jugaklah sbb, ex-asben yg masa tu masih suami aku tak dtg pn tgk..tapi takper..redha jer..jadi isteri kan seme benda kena redha jer..dah tak boleh dtg nak buat lagu mana..

sambung citer..bila aku nak kuar keta jer, ada pulak pakcik India blakang bas tu ketuk tingkap akak tu..akak tu tak bangun2..pastu sorang lagi penyelamat dunia dtg kat keta tu sambil pegang handphone..call ambulan@polis dengkil yang lembab giler tu agaknya.. sori sesaper polis kat sini..bukan apa, waktu ada adegan keta aku kena block ngan mamat psycho 3 minggu lps, ada road block tgh dijalankan..

aku pn bagitau kat akak polis tu, tolong tahan orang belakang ni sbb dia dah pernah pecah masuk opis aku, pernah block keta aku kat jalan lebih dari 3 kali dan dah 2kali aku buat report..bile berhenti kat tepi, apa jadi?? akak tu kata "dik, report polis ni masih valid tapi dia tak menimbulkan ancaman, kami takde kuasa nak tahan.."
..dah lah..tak baik mengumpat..huhuu

sambung citer..tak sampai 10 mnt polis sampai..aku pun masuk balik keta, teruskan perjalanan balik rumah..entah apa citer akak tu..aku harap dia masih bernyawa..sedih beb kalau tetiba ada plak sedara mare kita meninggal dlm situasi mcm tu..apapun, banyak2kanlah berzikir..kalau tak sempat berzikir lps solat, amalkan baca zikir lps solat tu waktu kita dalam kereta..Insya Allah..selain daripada melengkapkan amalan yang tak berapa nak legkap selama ni, kita boleh rasa Allah SWT mmg hampir dgn kita..

Rasulallah sendir pernah berpesan pada sahabat, harta yang paling berharga adalah lidah yang berzikir..fikir2kan dan selamat beramal..

Saturday, May 23, 2009

DAN SEBENARNYA..


Yuna-Dan Sebenarnya


TGK MAMAT YG TGH TU..CUUUUTTEEE SGT2..GEDIK2 COMEL JER..HEHEHE


oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

saat kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
Dan sebenarnya..
Dan sebenarnya..
aku rindu..

Friday, May 22, 2009

SINGAPURA YANG DITAMBAK

Berlalu sudah peristiwa fitnah yg bukan sajer berlaku dlm dunia politik..tapi, cukup untuk aku nilaikan kehidupan dalam dunia realiti..

MUTAKHIR :
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini.
-KITA TGK ADA TAK KRISIS AKAN DTG-

MUKA DEPAN:
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, meluluskan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor di kawasan Malaysia. Projek dilaksanakan Gerbang Perdana Selatan Bersepadu Sdn Bhd (GPSB) berharga RM620 juta itu dimulakan pada awal 2006 dan jangka mengambil masa 36 bulan.
12 April 2006, selepas kira-kira lima peratus kerja asas pembinaannya siap, kerajaan menghentikan projek itu serta semua rundingan membabitkannya dengan kerajaan Singapura. keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira suara dan sentimen rakyat secara keseluruhan terutama berhubung bekalan pasir dan ruang udara.
Dalam rundingan antara kedua-dua negara ketika itu, Singapura dikatakan meminta antara lain supaya Kuala Lumpur membenarkan pesawat pejuangnya menggunakan ruang udara negara ini dan membekalkan pasir sebagai balasan.

Pada pendapat aku lah, baik jugak diteruskan untuk memudahkan perjalanan dan sgt bagus untuk menunjuk2kan yg kita ni membangun..dari sudut lain pulak, bukan ke Projek Iskandariah tu pn dah makan tanah2 org melayu..aku bkn fitnah, tapi ni hakikat yang kawan aku sendiri ceritakan..timbalan flower horn pn ada jugak 'memberi tanah kepada warga Singapura dengan penjualan lot2 banglo yang disekalikan dgn tapak rumah..aku juga tak fitnah tapi manader rumah atas angin..dah tentu diorg bli rumah ngan tanah2 sekali..

dulu, waktu tok janggut menjadi TPM, dah la dalam dewan UMNO dia dihina oleh mamak tongkang (masa tu dia PM) tu sebagai kambing sbb ada seciput je janggut..dia tak sedar yg dia menggelakkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W..lps tu, dia dituduh bersubahat dgn singapura pasal isu apa aku pn tak ingat..sekarang ni, sama jelah standardnya dgn Timbalan flower horn ni yang terang, nyata dan jelas menjual tanah di malaysia kepada warga singapura..

skrg nak jugak bina jambatan tu..singapura mmg suka membina jambatan tu..memudahkan keter kebal dia masuk malaysia, boleh tambak sikit2 sampai johor atas alasan nak buat tapak jambatan..hmm tak baik fitnahkan..DULU SINGAPURA DILANGGAR TODAK, TAPI SKRG SINGAPURA KAN DITAMBAK..takper, kita tunggu dan lihat..

Wednesday, May 20, 2009

SANDARAN HATI

Penat jugak buat perjawatan ni..senarai perjawatan ni skit punyer panjang..dari kul 11.30 mlm sampai la ni dah 1.50 pagi..yg report untuk penstrukturan semula AELB blm siap..huhuhuhuuu..

hmm..senyap sunyi mlm ni..terdengar lagu sandaran hati by letto dlm blog ni buat aku tersentuh..seringkali aku merasa aku sendiri dan sunyi..tapi sebenarnya Dia Maha Esa sentiasa menemani dan memberi petunjuk pada jalan yang benar..

Alhamdulillah..aku sangat bersyukur atas apa yang aku ada pada hari ini..aku ada fmly yg sayangkan aku, aku ada kawan2 yg memahami n caring, aku ada kerjaya yg perlu aku upgrade kan..Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah..

Sandaran Hati
by Letto

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanku
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

Tuesday, May 19, 2009

PENUNGGU DI PENANTI

Masih tercalar luka semalam..aku kecewa dgn keputusan meeting..walaupun tinggal senafas, waktu aku di ATOM, sekurang-kurangnya aku nak ada perubahan dalam kerjaya aku dan kawan2 aku..

Dalam usul penggredan 6 jawatan yang dipersetujui sebelum ini, hanya jawatan flexi pembantu makmal C22/26 yang dipertimbangkan..dan jawatan gunasama, semuanya atas budibicara JPA..bukan apa, apalah salahnya kalau buat penstrukturan semula, buat sekali harung..

Ada juga dikalangan pengarah bahagian mencebik bila aku menyuarakan permohonan jawatan flexi untuk kakitangan sokongan..ada yang menggelengkan kepala sambil berbisik.. 'alaaa..diorg mg tak layak'..tapi aku balas dalam hati.. 'sekarang masa engkau, kalau sekarang dia layak, dan engkau sekat rezeki yang sepatutnya dia dapat, satu masa nanti, Allah akan sekat rezeki engkau pulak.. baru padan muka.."..lantaklah..yang penting, tanggungjawab aku setel untuk semalam..

News hari ni agak baik juga untuk sesi kutuk mengutuk yang sekadar pandangan peribadi bukannya dengki..

Rentetan Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei.

Najib kata ia permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan dan tidak mahu menari ikut rentak orang lain. Iyer ke tuu..entah2 takut kaciwa lagi..siap kata lagi, dia tahu pengundi kat situ tak kecewa dgn keputusan yg dibuat..dah memang takde yg nak sokong, mana nak dapat org yg kecewa sbb BN tak mencalonkan sesaper..

tapi, dari gaya ucapan flower horn (fh) mcm nak mencabar calon dari parti lain masa pilih hantu raya umum akan dtg..konfiden keee kondifen? Apapun, BN tetap menjadi penunggu disetiap ceruk rantau yang menjadi jajahan pembangkang..yang betul2 dah jadi kawasan tambatan, tak nak pulak upgrade sana, upgrade sini..penunggu2nya dok sibuk berkeliaran sana sini tunggu peluang yang takkan dapat..

Perak krisis BN-PAS,
Penang sibuk dgn Penanti,
kaciwa dgn PR lepas
BN jadi penunggu kat penanti..

dah..aku nak siapkan report meeting..

Saturday, May 16, 2009

SEKADAR MENGIMBAU KENANGAN..

Entah kenapa malam ni terlalu sunyi..adik aku pun dah keluar dgn kawan-kawan sekuliahnya..si mulut puaka tu mmg budak baik..jadi pocong jadian kepada anak-anakku yg memang nakal..aku mula mengimbau kisah silam waktu aku masih di UUM bersama Has si bulat tu..dari darjah satu sampailah kat UUM..imbauan bermula dgn kisah cinta yang aku takkan lupakan sampai akhir hayat aku..sedikit pun takkan aku lupakan..

Orang kata cinta masa sekolah, cinta monyet..cinta masa kat U, cinta ulat..maknanya 1st luv aku ni, cinta ulat..hehehehehe..mmg seronok tapi masa tu belum matang untuk memikirkan soal hati org lain..

Pernah aku menghadiahkan jam tangan untuknya..hehehehe..tapi aku tak romantik, aku cuma kosmetik dan plastik yang hanya menggunakan khidmat pakcik posmen untuk menyampaikannya di hari kekasih..entah apa cerita jam tu..mungkin hanya ditongsampahkan saja selepas dia membuat keputusan menjalani kehidupan dgn yang lain..hmm..aku pun memang ada salahnya..

Apapun, dia sekarang best fren yg aku ada..aku mendoakan agar dia menemui seseorang yang boleh menyayanginya sepenuhati dan menerima dirinya, seadanya dia. Siapapun dia, dia tetap kawan aku..

Seketika dikala mengimbau kenangan..aku teramat merinduinya..