Sunday, May 2, 2010

WEEKEND..

Inilah aktiviti hujung minggu..Ini Insyirah.. dia sedang membasuh kasut sekolah dengan air sabun SEBALDI..



Ini anak aku yang sulung.. Adawiyah sedang mencuci pinggan mangkuk lepas memasak..



Ini aisyah.. sedang menyapu..




aku?? sepanjang minggu, hari2 aku mmg bz..weekend pn aku bz.. jadi, sangatlah wajar aku meluruskan tulang temulang di atas katil yang empuk ini.. hehehehehe!

Saturday, May 1, 2010

SIAPA YANG PALING STEADY..

Hari Jumaat lepas merupakan hari terakhir adik2 praktikal IPIS last kat SKKW..sempat jugak amik gambar dgn penyakat depa..walaupun aku penyakat separuh masa, terpk jugak lps ni, saper pulak yg nak aku sakat selain Puan Seri Roszila Balia tu.. ahaks!!


meh aku kenalkan.. yg kiri ni namanya zaihan..ala2 mcm geng raihan kan? singer yang kurus antara 4 org tu.. ada lah iras skit..hehehe.. tapi, dia ni pendiam sangat..pandang je mesti dia tgh sengih..tak pernah tak sengih. naik segan jugak nak bercakap dgn dia.. sebelah dia tu faiz..kadang kalau menyakat, aku kena balik..hmm.. tak bleh fb lebey2, kat fb ada siput gewey dia.. kihkihkih..

yg tengah2 ala2 makcik tu aku laaa.. huhuhu.. baru kusedar, patutlah si azlee tu dok panggil aku kakak.. huhuhuhuhu..

ustaz yg comel montel sebelah kanan tu pulak, firdaus namanya.. comel kaaaaaaann? dgr2 dia takde siput lagi..boleh la kakak2 SKKW booking jadikan menantu.. boleh berborak sampai 2-3 hari sbb dia suka bercakap. Mesti jadi kesayangan ayah mertua lah..yang hujuuuung sekali tu pandai baca alif ba ta dengan lancar dan penuh tawadhu'. namanya alif.. hehehehe.. aku konfius jugak.. kalau bertembung, kadang aku tgk dia mcm nampak aku sengih, walaupun dia tanggalkan spect dia sbb dia balas jugak menyengih kat aku..org kata klau tak pakai spect tp blh nampak tu namanya rabun kambing sbb..kambing time mlm gelap gelita pun dia masih nampak janggut kawan dia. kalau tak, mesti dia dh mkn janggut kawan dia yg ala2 rumput gituuu..ahakss!! jgn marah taaaaw!!


..laaaa.. si paiz nii... org amik gambor, dia tido plak..bangun2, din nak amik gambar laa...hahahahahha! okeh.. meh kita tgk saper yang paaaaaaaaaaaaaaaaaling steady n cool masa bergambar.. waaahhh.. sekali tenung, ensem2 adik2 aku nih.. 2 kali tenung bleh buat menantu..tapi, yang paling steady ialah ..... jeng! jeng! jeeeeeeeng!!





CAMERAMAN laaaaaaaaaa.. hahahhahaha! aku tgk si din ni, dr awal dia hamik gambor, sampai kesudah..dia kat tepi pc tu tak berganjak walau sekangkang semut pun.. steady la din.. hahahahahah! (din,saya hamik gambor ni kat fb..seronok jugak mem publish kan gambar ala2 lelaki idaman malaya ni.. ;D)

Thursday, April 29, 2010

AKUKAH 'DUNIA ITU'?



Hujan mengalir lesu menelusuri segenap ruang tingkap bilikku..Terimbas sebuah kisah sayu..telah aku selami sebuah kisah duka dari sudut dunia terpencil, namun penuh dgn kegembiraan dan kebahagiaan.. duka yg bermula daripada kata2 durjana seorang manusia yang cuba mendefinasikan tanggungjawab itu sebagai suatu bebanan..

Dingin petang itu tidak disangka menjadi bayangan kepada kisah suram..deringan panggilan memecah kesunyian alam..panas telinga si ibu apabila seseorang mempersoalkan tentang tuntutan sebanyak RM3k..setulus kasihnya pada sikecil, tuntutan tersebut adalah hak mereka yg masih suci dari dunia dosa..niatnya menuntut hanya untuk melepaskan tanggungjawabnya supaya tidak dipertikaikan di akhirat kelak kerana dia selaku penjaga dan seorang ibu, wajar padanya untuk menuntut hak anak2 di bawah jagaannya kepada 'binti' anak2 itu..

Alangkah sedih tidak terkata ketika mana manusia yang masih ditalian itu tidak mengakui bahawa kanak2 kecil itu adalah zuriatnya.. selain pernah mempertikaikan siapakah wali anak2 itu, kini dengan kebiadabannnya, dia membangkitkan semula isu ini dengan ayat yang lebih menjerut seluruh jiwa dan raga..namun, sebagai seorang yang telah redha menerima takdir dari yang Esa, dia pasrah..namun, jauh di lubuk hatinya, dia masih bersyukur kerana Allah telah memberikan seluasnya peluang untuk dia mempertahankan apa masih diperjuangkan..

Entah apa kesudahannya tidak aku ketahui malah tidak dapat aku jangkakan..
Jadilah seorang yang bersyukur, sesungguhnya orang2 yang bersyukur akan merasa dirinya dekat pada yang Maha Agung.. Allah maha mengetahui apa yang tidak pernah kita ketahui..

Wednesday, April 14, 2010

KARI AYAM SHORTCUT

entah apalah malang nasib pak kaduk tu terkenan kat aku..malang betul rasanya.. tengah masak tetiba gas habis. cl org kedai tu asiknyer tak berjawab. kenalah tunggu adik aku si paksu ni balik nak suruh dia bli gas..tapi bila dia dah beli, kpala tong gas tu pulak tak match dgn penyambung gas tu..dua2 tidak boleh digunapakai. mulut yg kat tong gas tu besar..kadang2, bila dlm keadaan mcm ni, terasa sangat.. susahnya takde 'orang sebelah'. at least takde lah nak susahkan adik..hhmm.. life goes on.. aku boleh hidup sendiri.. yang penting usaha..kan?



Pengakap masuk hutan boleh jugak masak guna kayu api. aku? mana port nak bakar kayu api. tetiba aku teringat periuk nasi adik aku yg dia guna masa di politeknik dulu..hahahahaahahahahaah! maka, pada hari ini, periuk nasi ini akan menjadi mangsa.. kihikihkih!



tanpa berlengah, aku pun masak macam biasa..dah siap.. jeng..jeng..jeng.. KARI AYAM SHORTCUT namanya sbb ikut jalan shortcut, tak payah guna api.. hehehheheheeh

Tuesday, April 13, 2010

HEHEHE..



Kepada adik2 praktikal, kak zila n diri aku sendiri.. meh ler sama2 kita hafal lagu ni yer.. hehehe..lagu ni ore amik di kelah azizi..kalu saloh lirik, demo gi cari azizi deh.. heheheheheh!

SK KOTA WARISAN

SK Kota Warisan
Sekolah menjadi kebanggaan
Mendukung hasrat cita wawasan
Ke persada kejayaan

Di era teknologi
Berjasa menabur bakti suci
Ikhlas mendidik putra dan putri
Menjadi insan yang sejati

Berdisiplin berbudaya
Amalan kita semua
Tuntut ilmu dan bertaqwa
Hidup pasti berjaya

Teguh semangat kita
Bersatu dan gigih berusaha
Kecemerlangan sama dijulang
Cemerlang Gemilang Terbilang

Monday, April 12, 2010

YIIIHAAA!

Hehehe... dah boleh "yea2!" ari ni.. dah siap buat pun.. semua ni hasil usaha bersama kak mariatul, kak fiza, tatra dan aminah sempena Program Sekolah Lestari..



tapi, aku cat skit2 tang kaler kuning tu ja..had lain depa dok buat time aku ada kelas.. yg aku buat tadi cuma tulisan nih..



Aku ada pelaka.. boleh nak buat guna pelaka.. masalahnya tulisan tu halus bebenor..kena guna span.. tapi takut pula kalau comot. so, apa yg aku buat? tiba2 "kesengalan" aku datang menerawang kat kepala..untuk tak menyusahkan aku membasuh kotoran pelaka, maka aku menggunakan pen yang paaaaaaaaaaaaaaaling cantik dalam pencil case aku.. hahahahah! aku guna marker pen warna hitam..kihkihkih! lebih bersih, kemas, anggun dan bergaya..yiihaaa!

Sunday, April 11, 2010

HARI INI..

kadang boring juga, time2 mcm ni dok melangut sorang2.. best fren aku dah tido, anak2 aku dah tido..takde kawan nk borak..takper2.. baik aku membebel sorang2 kat sini..hehehehehe! disamping melatih jari aku yg gemuk ni menaip, aku bleh jugak taip aper2 jer yg aku suka..

tadi pi lawat abah kat hospital..abah nampak ok cuma demam semula sbb kaki terseliuh lagi..sian abah.. tapi, doktor kata paru2 abah dah ok cuma kuman dalam darah blm dapat keputusan. takpelah, aku doakan abah sembuh cpt boleh balik rumah tgk bola sama2..heheheh..

on the way balik, aku ternmapak sesuatu yang hensem, kacak dan lebih bergaya daripada kekasih aku yg dah sebulan setengah tak mandi ni.. mmg cantik.. tapi, kalau nak memilikinya, harga lelong je dah mencecah RM129k.. huhuhuhu.. takper2, aku jadi nazir lagi berpuluh dekad, boleh lah beli.. hahahahahahahahhhaah! aku mmg suka berangan, moga jadi kenyataan..



bila berangan, aku mula lah lupa diri.. tak sedor baru posting.. hahahhah! petang td aku me'round' keliling rumah yg dah 4bulan aku tinggalkan..(mcm jauh jer.. padahal sebelah rumah mak..ahaks!!) tiba2 aku ternampak ada sebiji mangga berbuah.. ni kali kedua pokok ketot tu berbuah..ketot2 pun pokok tu lagi tinggi dari aku.. huhuhuhu..



dah la.. dah malam ni.. esok aku nak kena siapkan wall sekolah lestari.. tak tau nak pakai baju apa.. takut karang mengecat kena baju.. belasah je lah mana2.. gd nite 2 all my frens..