Friday, August 7, 2009

RUMAH SEWA..ADA SESAPER BERMINAT?




Hmm..ni la rumah aku..eh..yang sebelah kiri tu, rumah aku. yang sbelah kanan tu kosong takde org. tu yg mak nak sewakan. sebulan RM350. kalau nak sewa bilik, kena kawtim ngan mak abah la. mak abah aku ok jer..rumah aku tu bleh jugak kalau nak sewa tapi penuh dgn almari buku..hehehehe.. sebenarnya rumah ni aku dah reserve kan untuk manager projek ladang kambing yang bakal diusahakan, Insya Allah..

sebenarnya ni rumah mak & abah. mak abah buatkan untuk mana2 anak2 mak abah yang nak dok kat situ. tapi takde saper yg nak dok kat rumah tu melainkan aku sebab masing2 ada rumah sendiri pastu rumah ni kira mmg jauh dari tempat keje diorg..nak berulang karang kena tol lagi..botak kepala adik beradik aku nak pk duit tol buahtangan daripada samyvellu..

psstt! entah2 kan, dia buat universiti MIC tu ada cilok2 duit buat jalanraya kan..sekarang ni, sana sini retak..link kedua singapore pun tak jd..kalau tak, mana dia dapat duit nak buat universiti tu.. sori yer..aku nak ngumpat, tapi kawan aku pak janggut tu takde..huhuhu

kembali semula ke bilik berita, lokasi rumah aku ni kat dengkil. kalau korang jumpa kuboq cina & india, ada kampung kat dalam tu, kan? ha..kat situ la. lps jumpa surau Al-Hidayah, masuk kiri, teruuuuuuuus sampai jumpa kawasan belukar skit, ada jalan turun ke bawah bukit. ada banyak pokok2 hijau, kat situla rumah teman.. 5 minit ke Cyberjaya, 10 minit ke putrajaya, 10 minit ke lebuh raya MEX dan 15 minit ke KLIA. kiranya banyak shortcut dan highway la..rumah ni ada 3 bilik, satu bilik air. tanah yg lapang untuk bercucuk tanam.

kalau ada kawan2 yang berminat, sent comment, call me 0172239931 ok..babai

No comments:

Post a Comment