Wednesday, June 16, 2010

MELAKA 2010

Seronok pi Melaka kali ni..ingatkan nak singgah Air Hitam, Johor..tapi bila bagi sms kat kawan lama, dia tak reply..bukan apa, nak tanya jalan jer..takper2, maybe lenkali..berbanding tahun2 lepas, lawatan kali ni sangat bermakna..sebenornya nak pi amik sijil induksi n BTN jer kat maktab...dah alang2 cuti sekolah, berjalan ler sekali..walaupun cuma 2 hari, dan 2 tempat jer yang kami pi lawat, rasanya sangat berbaloi.. sbb apa? sbb tempat tu banyak aktiviti..

Kami bertolak dari rumah jam 8 pagi dan sampai pada jam 9.30 pagi..hari pertama trus pi zoo..ini antara gambar2 yg sempat kami ambil..agak blur skit sbb scanner adik ni dah jd arwah terpaksa guna alternatif lain.



Lepas bergambar dengan gajah, kami pi pula Kolam Air Panas di Jasin..mmg best untuk pesakit darah tinggi dan migrain. Testimoni yang dipamerkan pun ada dinyatakan "pesakit strok pulih selepas 21 hari mandi" kat situ..aku pun sama..rasa mcm nak pitam bila berendam..org len mandi ikut 'prosedur', aku?? main terjah jer.. mana tak pening..heheheheheh

Ni pintu gerbang utk ke kolam tu..



kolam air panas ni menyediakan 2 tempat. satu untuk kanak2 (kolam biasa) dan satu tempat lagi mmg utk kolam air panas..yang ni, kolam kanak2 pun disediakan juga cuma agak dalam supaya depa dapat berendam..semuanya ada lebih kurang 9 kolam (tak ingat) yang disediakan mengikut suhu tertentu..takdan nak snap sbb dah tak ingat nak snap bila dah berendam..



Hari kedua, dalam kul 10 pagi pi IP Perempuan Melayu untuk ambil sijil..dah banyak perubahan.. Ini Anjung Budiman, berdepan dgn Anjung Hikmah..Bangunan baru juga..psst.. mesti hantu2 jepun kat situ suka dapat port baru.. bukan saja bleh melayang dari tingkat atas, tapi boleh dok dalam bilik aircond.. kihkihkihkih!



ada stadium sebesar Stadium Tun Fatimah berdepan dengan asrama..mmg best..

Tuesday, June 15, 2010

KAMI DAN KUDA

Masa ni kami di Zoo Melaka yang ntah keberapa kali kami pergi. tapi, sbb pi dgn anak2, taklah bosan sangat dan setiap kali pi, depa ni dok tgk haiwan mcm tak pernah menengok sepanjang hayat.. sentiasa teruja..tapi, pi kali ni mmg best.. biasanya kami pi time bukan cuti sekolah, jadi pihak zoo tak buat banyak aktiviti..kali ni banyak aktivitinya.. terbang jugaklah RM 20 semata-mata nak bergambar dgn gajah n Ular Sawa Albino..tapi setakat mana sangat RM 20 tu kalau nak dibandingkan dgn kegembiraan si kemetot2 nii..hehehe..

ni gaya org takmo breakfast tengah tunggu persembahan hidupan liar..



Ini pertunjukan gaya gedik 'SI TINGGI DAN SI KEMETOT2'..



inilah kisah kami dan kuda..syirah bersama kuda sambil tersengih dengan gigi yg dah takde..



kak diah dan kuda..cam gedik jer gayanya..hahahaha!



ni?? budak takut naik kuda.. kihkihkih!

BANJERO..

Hari tu hujan turun dengan lebat..rumah banjir.. ni gambor laman rumah


ni area sebelah perigi rumah mak.



ni beranda rumah mak..banjir looo..selipar terapung2 mcm pertandingan kapal layar dah aku tgk..



diakhir banjir, inilah keje aku.. cuci kasut dan selipar jepun yang terapung tadi tuu.. huhuhuhuuuu..naik senget kepala aku memberus kasut nih..senget mcm gambar ni jugak.. sajer aku post gambor senget2 bior kita sama2 menyenget.. hahhahahaha!

4U..

SOFIA JANE - BLACK MENTOR

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andainya kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu untuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Monday, May 31, 2010

PAINTING

2 minggu lps, takde aktiviti apa nak dibuat..so, aku buat 1 aktiviti untuk mengelakkan my daughters ajak i jalan2.. maleh punyer hal la niii.. hehehehe..


ni lukisan Aisyah.. dia mmg suka posing mcmni..dia senyum mmg tutup mulut bg mengelakkan lubang2 giginya ketara..kihkihkih!


ni lukisan Syirah..sebenarnya dia buat gaya ala2 gedik..tapi tak menjadi..hehehe..tu lukisan dia setelah di touch-up sebanyak 7 kali.


ni pulak lukisan kak diah..bengang dia bila idea dia asik ditiru oleh adik2 dia yg suka buat aktiviti pirate yang suka mencetak rompak..


ni lukisan yang depa jual dgn harga 2 singgit.. ;D


Aicah kata " mama masukkan lah lukisan adik dalam surat khabar..adik nak jual 3 singgit mcm donat kita bli semalam".. apa punyer otak le anak2 aku nih..nak bisnes sajer..

Friday, May 7, 2010

APABILA BATTERY WEAK..

hmm.. apalah malang nasib aku agaknya.. banyak gambar yg aku snap tadi tapi kebanyakannya blur.. sedih jugak tak dapat nak publish semua gambar..takpelah, maybe lenkali..

Jam 11 pagi tadi semua guru2 berkumpul di makmal KH untuk menghadiri jamuan perpisahan Encik Rosli yang baru ditugaskan di KPM Putrajaya. alahai.. skema le pulak ayat aku nih.. tukar, k.. ni lah dia Encik Rosli yang di 'transit' kan ke SK Kota Warisan..



Encik Rosli sedang memberi kata-kata azimat kepada rakan seperjuangan..



Encik Rosli sedang berusaha menyampaikan 3 rangkap pantun kepada guru2 yang tekun mendengar..terlalu asyik mendengar, din sampai tak perasan dia menggigit jari..hehe


ini dia tuan tanah kedaun..disebabkan tuan tanah banyak tanah, depa ni bercucuktanam..depa cuma makan hasil tanaman mereka dan keluarga mereka sahaja..lihatlah, mereka semakin sihat, subur dan segar..hahahhaha!


alamak.. napelah aku tak sukat nasik tadi.. tang perut ni mcm dah sendatlah pulak..


yaaaaa... maintain.. hahahahahha! kak hani tersenyum selepas pinggannya kelihatan 'terang'.. kihkihkih


waaaahhh.. ada gayalah kak normi merasa kuih tu.. ahakss!! nampak mcm chef tgh 'menurun'.. sampai takut kak ika tengok aura chef kak normi..


dalam hati azizi : "yeaaah!! yiiihaa!! aku menang!aku menang! dadih aku 3 tingkat.. dadih kak yati 2 tingkat jer!! yea2!!" .


"hah?? dah 10 mangkuk dadih yg aku kebas..ada lagi 2 mangkuk..baik aku mkn sebelum si azizi ni kebas.."


"Biasanya saya menjadi maskot MINUM MILO SIHAT DAN KUAT.. tapi hari ni saya jadi model cawan polisterin, yeyeah!!.. kita minum dulu!!"

Inilah tajuk utama sebenarnya..apabila battery weak..hahahaha


yaaaaaaaa...inilah saat yg aku nantikan.. hahahahahahahaaah!
"dah abis bateri ke, Encik Cameraman?" hahahahaahahahah!
tuan-tuan dan puan-puan.. inilah gaya cameraman yg dah kehabisan bateri sewaktu acara kemuncak sedang berlangsung!! hahahahahahahahahahahahaha!!

Sunday, May 2, 2010

WEEKEND..

Inilah aktiviti hujung minggu..Ini Insyirah.. dia sedang membasuh kasut sekolah dengan air sabun SEBALDI..



Ini anak aku yang sulung.. Adawiyah sedang mencuci pinggan mangkuk lepas memasak..



Ini aisyah.. sedang menyapu..




aku?? sepanjang minggu, hari2 aku mmg bz..weekend pn aku bz.. jadi, sangatlah wajar aku meluruskan tulang temulang di atas katil yang empuk ini.. hehehehehe!