Wednesday, June 16, 2010

MELAKA 2010

Seronok pi Melaka kali ni..ingatkan nak singgah Air Hitam, Johor..tapi bila bagi sms kat kawan lama, dia tak reply..bukan apa, nak tanya jalan jer..takper2, maybe lenkali..berbanding tahun2 lepas, lawatan kali ni sangat bermakna..sebenornya nak pi amik sijil induksi n BTN jer kat maktab...dah alang2 cuti sekolah, berjalan ler sekali..walaupun cuma 2 hari, dan 2 tempat jer yang kami pi lawat, rasanya sangat berbaloi.. sbb apa? sbb tempat tu banyak aktiviti..

Kami bertolak dari rumah jam 8 pagi dan sampai pada jam 9.30 pagi..hari pertama trus pi zoo..ini antara gambar2 yg sempat kami ambil..agak blur skit sbb scanner adik ni dah jd arwah terpaksa guna alternatif lain.



Lepas bergambar dengan gajah, kami pi pula Kolam Air Panas di Jasin..mmg best untuk pesakit darah tinggi dan migrain. Testimoni yang dipamerkan pun ada dinyatakan "pesakit strok pulih selepas 21 hari mandi" kat situ..aku pun sama..rasa mcm nak pitam bila berendam..org len mandi ikut 'prosedur', aku?? main terjah jer.. mana tak pening..heheheheheh

Ni pintu gerbang utk ke kolam tu..



kolam air panas ni menyediakan 2 tempat. satu untuk kanak2 (kolam biasa) dan satu tempat lagi mmg utk kolam air panas..yang ni, kolam kanak2 pun disediakan juga cuma agak dalam supaya depa dapat berendam..semuanya ada lebih kurang 9 kolam (tak ingat) yang disediakan mengikut suhu tertentu..takdan nak snap sbb dah tak ingat nak snap bila dah berendam..



Hari kedua, dalam kul 10 pagi pi IP Perempuan Melayu untuk ambil sijil..dah banyak perubahan.. Ini Anjung Budiman, berdepan dgn Anjung Hikmah..Bangunan baru juga..psst.. mesti hantu2 jepun kat situ suka dapat port baru.. bukan saja bleh melayang dari tingkat atas, tapi boleh dok dalam bilik aircond.. kihkihkihkih!



ada stadium sebesar Stadium Tun Fatimah berdepan dengan asrama..mmg best..

3 comments:

  1. Wah seronoknye.. Nak pergile ke Kolam Air panas tu...

    ReplyDelete
  2. Salam. Kolam Air Panas kat Bemban, Kesang tu ke? Saya orang kampung situ pun lum pergi lagi.

    ReplyDelete
  3. Teacher Maria, pi lerrr.. best tau.. tempat tu mmg bagus..

    Puan Aida, betul la kat situ..saya pun baru pertama kali pi situ..mesti pergi tau, puan..walaupun dekorasi tempat tu sgt simple, tp byk kelebihannya..

    ReplyDelete