Friday, July 31, 2009

BANTU AKU MUHASABAH DIRI



Tenangnya tasik Putrajaya..tapi hati aku tak setenang tasik tu..

dah dua hari tidur aku tak lena..muhasabah diri yang tak sudah..aku banyak buat salah pada org..sedangkan darah daging sendiri aku belum punya kekuatan untuk mohon kemaafan..bukan aku ego, tapi aku takut aku belum banyak kesabaran nak menghadapi..

Dua malam yang tak berteman, aku terfikir tentang tohmahan rakan seperjuangan aku..

AYAT NI MENUNJUKKAN ESCAPISM ! KO MEMANG BETINA PUAKA,KAN ! MEMANG PATUT KAU DICERAI ! MULUT PUAKA BETUL ! JANDA TAK SEDAR DIRI !!!

July 22, 2009 5:22 PM
Anonymous said...
LAIN KALI JAGA SIKIT MULUT TU, JANGAN MAIN LEPAS JER....! KOT YA DAH DESPERATE PON, JGN NAK KACAU LAKI ORG..! KO LAYAK JADI IBU ayam JER..!

July 22, 2009 5:24 PM
Anonymous said...
INGAT ! TAK SEMUA SUKA APA YANG KITA CAKAP! JGN MCM CELAKA, PUAKA AYAT2 TU....! PADANLAH KAU KENA CERAI NGAN LAKI KAU....


hmm..keply kata " ada aku kisah???" hehehe..aku tak kisah sangat pun pasal fitnah mcm ni..aku dah biasa..aku cuma agak terkejut bila org tak puas hati tapi tak bawa bincang, alih2 buat kenyataan mcm tu..

Alhamdulillah aku bersyukur dan berterima kasih sbb kawan2 aku memahami dan tau siapa aku..mak selalu pesan, "sabar jer..mj tu mmg lembah fitnah..yg kau tak buat orang boleh kata, inikan pula kalau kau buat..jauhkanlah diri selagi boleh menjauh dari fitnah.."

aku bukan mj yang suka kacau laki orang, aku tak suka kacau hal orang apatah lagi nak masuk campur urusan yang tak berkaitan dgn aku..aku bergurau mmg kasar pada sesiapa yang kasar dengan aku..mulut aku mmg lazer pada benda2 yang aku tak suka dan cuma jadi betul2 punya mulut puaka bila ada yang bergurau nada ala2 kurang sopan pada aku.

akukah yang bersalah?
aku memang kasar orangnya..tapi, aku tak terfikir gurauan aku menyebabkan aku dihina sebegini.. ada orang gelar aku ni singa betina, merpati, pendek, kecik, awek cun, mj cun, darling, yang..tapi, takde effect apa2 pun..hati aku tetap mcm ni..mungkin org kata teruknya aku ni mcm takde perasaan..tapi, pada aku, semua tu sekadar gurauan..lagi pun aku malas nak pk2..nak terasa hati lagi, nak marah2 lagi, penatlah..sbb tu aku malas nak layan..baik aku buat bodo jer..hati pun senang.aku ada alasan yang kuat kenapa aku memilih kawan.. aku mmg ramai kawan tapi aku cuma ada 5 orang kawan yg betul2 rapat, boleh memahami dan boleh bergurau kasar dgn aku..

Mungkin ada diantara kawan2 aku masih menyimpan perasaan ketidakpuasan hati yang mendalam, mungkin memendam rasa dengan perkataan yang aku luahkan atau mungkin ada yang sakit hati..sila luahkan pendapat korang tentang kebaikan dan keburukan aku dalam komen topik yang aku posting ni..kalau tak puas hati, luahkan je semoga aku dapat perbaiki salah aku..

Ribuan terima kasih kerana kejujuran anda meluahkan isi hati..

Tuesday, July 28, 2009

DERMA DARAH.

Hari ni ada program derma darah di MOSTI. Mula2 ada 7penyertaan tapi 2org kawan aku tarik diri..bz.. tinggallah aku, fadil, azzam, moon n wawa..tapi, aku dgn fadil dah ter'reject' sbb aku tak cukup hemoglobin..udah mmg cemitu..paling tinggi pun aku pernah ada 11.5..tapi, dia nak 12..nak buat cemana..si fadil ni pulak sbb dah ter'habis'kan antibiotik..hehehe..



Fadil yg mmg bersemangat tadi



saper la pulak mamat belakang korang tuh..



wawa, sori laa..gambo ko tgh penuhkan beg darah terdelete..oklah tu darah ko triple pack..(triple pack? betul ke tak aku nih?)



moon, ko borak ngan budak mosti sebelah ko tu, mcm dah 10thn kenal jer..



yeeaaahhh..ni la juara AELB yang cool jer mendermakan dara..h nyer. kehkehkeh!

Thursday, July 16, 2009

aku suka..

Aku memang penggila iklan..setiap iklan baru, aku suka nilaikan dari aspek humor, etika dan meseg yg hendak disampaikan..walaupun org anggap iklan sebagai sesuatu yang gila, bodoh dan tak menarik, tapi pada aku tu semua satu pemikiran kreatif yg tak dapat kita jangkakan..kita sendiri tidak terfikir bagaimana pegawai marketing boleh terfikir akan kelucuan, kesedihan dan apa jua yang diterapkan didalan iklan..antara iklan yg aku suka tengok dah semestinya digi, iklan hari2 perayaan petronas, iklan kfc..







ada jugak iklan yang memang tak bermoral dan menjelikkan..banyak sangat iklan yang mengajar kanak2 mencuri. antaranya iklan ubat batuk cap ibu dan anak (budak2 curi buah mangga), iklan pencuci daia (curi buah jambu) dan bermacam2 lagi yang menjelikkan..makan sambil berjoget, minum berjalan tak ketinggalan yang nampak menjatuhkan maruah wanita dengan iklan tuala wanita!. pernah juga sewaktu di IPPM Melaka, kami menghantar memorandum untuk membantah sekeras2nya iklan tuala wanita. tetapi malangnya kami diberi amaran agar tidak mencemar nama baik Institut Perguruan Perempuan Melayu. hmm..yela, perniagaan dan politik kan bergabung..takde perniagaan, tumbanglah politik..begitu juga sebaliknya..senario begini akan sentiasa berulang.

Monday, July 6, 2009

TENSION

tension..
aku tension..
dia tension..
mereka tension..
semua tension..

bila tension..
bos naik hangin..
aku naik darah..
kawan aku mabuk hangin..
semua orang berhangiiiin..

dah lah..aku tension..
takde benda yg boleh hilangkan tension aku..

Monday, June 29, 2009

HINANYA ISLAM DIMATA MEREKA..

Terpana sejenak melihat keindahan Melaka Bandaraya Bersejarah. 2 hari aku menghabiskan masa cuti bersama anak2..banyak perubahan berlaku walaupun baru 8 bulan aku meninggalkan melaka..terlalu banyak khazanah sejarah Tanah Melayu yang 'ditutup' oleh binaan penjajah..A Famosa menutup gahnya Istana Melaka..pusat membeli-belah bandar hilir telah melenyapkan Dataran Melaka yang penuh dengan sejarah..benar, sepatutnya aku mesti teruja dengan pembangunan di Tanah Melayu yang maju..namun semua itu bukan hak milik melayu..

Gembira aku tatkala melihat banner yang tertera 'PENGISHTIHARAN MELAKA DAN GEORGETOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA (WORLD HERITAGE CITY)OLEH UNESCO PADA 7 JULAI 2009'. Sejenak aku terfikir, mengapa Georgetown dan Melaka sahaja? bukankah Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 di Perak juga menjadi perintis terbukanya gerbang bagi penjajah? Jika benar mahu mengangkat dan menjulang warisan dunia, mengapa tidak dimasukkan sekali Negeri Johor yang gemilang sebelum melaka jatuh ke tangan Portugis?

Setelah ku amati lipatan sejarah..Kristian bertapak di Tanah Melayu SELEPAS kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka..498 tahun..hampir 500 tahun Kristian bertapak di bumi Hang Tuah..Agenda Kristian memang tidak dizahirkan..rupanya UNESCO mahu menyambut ulangtahun ke 500 sempena bertapaknya kristian di Tanah Melayu..orang melayu lupa pada sejarah..terlalu gah dan bangga pembesar dan pemerintah kita mendapat gelaran itu di mata dunia..tetapi mereka juga terlupa bahawa Tanah Melayu suatu ketika dulu adalah tempat terpancarnya sinar Islam di Asia Tenggara..tetapi, ianya hanya dicatatkan dalam buku teks sejarah dan bukan dizahirkan melalui pembangunan mahupun ketrampilan bandar itu sendiri..

lupakah mereka apabila portugis menakluk Melaka, semua masjid-masjid dirobohkan..manakala semua perkuburan Islam dimusnahkan..kemudian, batu hasil robohan itu telah diambil untuk di bina Kota A Famosa..BODOHNYA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM YANG MEMBUTA TULI MENERIMA PENGANUGERAHAN SEMPENA BANGKITNYA KRISTIAN DI TANAH MELAYU..Malaysia yang dinobatkan sebagai salah sebuah negara OIC sekadar 'see' agungnya kristian di negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan..

Apa yang menyedihkan, orang datang ke Melaka sekadar melihat, merakam sejarah di hadapan cebisan Kota A Famosa..mereka tidak menoleh sedikit pun binaan Istana Melaka yang hanya 15 langkah daripada runtuhan A Famosa..

Sememangnya wajar kita sebagai orang Islam berasa sensitif pada isu ini..Namun, apa yang mampu kita lakukan?

Tuesday, June 23, 2009

WAJARKAH..?

wajarkah komunis diberi pengampunan? benar, "SEDANGKAN NABI AMPUN KAN UMMAT" tapi, pengkhianat bangsa wajar dihukum bunuh.






Aku bangga menjadi anak abah..akulah anak seorang perajurit negara.. setia mempertahankan agama, bangsa dan negaranya..


Lain pula dengan '1 Malaysia' oleh najib. Sejarah telahpun tertulis, kita telah memberi pelbagai keistimewaan kepada bangsa bukan melayu, sehingga taraf kewarganegaraan dan hak mengundi juga kita beri..sekarang, segalanya berulang kembali apabila najib dan pak din yassin memberi keistimewaan kepada bangsa bukan melayu melalui sistem pendidikan..itu realiti yang kita lihat..realiti yang disembunyikan? kita sendiri takkan terduga apa yang telah diberi oleh si tuan-si tuan yang tidak memikirkan tentang agama dan bangsa sendiri yang semakin terabai..

wajarkah kita memberi sesuatu yang sangat berharga kepada mereka yang tidak pandai berterima kasih?

LASKAR PELANGI

Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati aku..hari ni penstrukturan tamat..aku dah tak terbeban lagi dengan penggredan yang sangat mengecewakan..namun begitu, aku bersyukur kerana tugas dan tanggungjawab yang ku pikul sebesar AELB telah pun selesai..

here we go, neraida..i'm coming..aku nak lepak, lepak dan lepak kat tempat kakak gemuk kesayangan aku..hehehehehehe..




Nidji - Laskar Pelangi


mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia