Saturday, July 30, 2011

PAMERAN PEDANG RASULLALLAH

Pameran Pedang Rasullallah Sallallahu alaihi Wasallam telah diadakan bermula 08 Julai hingga 08 Ogos 2011..bermula 9 pagi hingga 6 petang. Plan nak pergi hari ni..tapi petang semalam budak-budak ni dah tak sabar nak pegi..

Pameran bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, berhadapan dengan Masjid Negeri Shah Alam..



Pintu masuk..



pintu masuk ke Replika Gua Hira'..



apabila berada di dalam, kita dilarang mengambil gambar..sbb pihak Yayasan Restu dah sediakan sebuah buku berkenaan semua barangan yang dipamerkan..harganya RM3. aku pun ada beli tapi...ada sesuatu yang berlaku pada buku tu..nanti aku citer..


Lepas tu kami naik ke tingkat atas..masuk ke ruangan Galeri Seni Islam dan Galeri Dekorasi Islam..bila masuk, memang aku sangat teruja..terutama bila tengok lukisan ni..sangat cantik, halus dan teliti..memang menarik...cari kat Nilai tak jumpa lukisan mcm ni..lukisan yang tah apa2 mcm kat dinding bilik aku nih, banyak la pulak..tensen betul..



antara seni yang ada dalam galeri tu..





dah 2jam dalam tu, kami pun mula bergambar di luar bangunan..ini pintu masuk yang diukir ala2 pintu kaabah..



haaaa..! ini al-kisah buku pameran tu..nampak tak siapa yang pegang?



yaaa!! betul!! Insyirah yang pegang buku pameran tu..lepas tu, apa yang berlaku?



dia duduk kat kerusi panjang dan meletakkan buku tu di atas kerusi sbb nak bergambar dengan pasu di belakang tu..sampai kat Highway baru aku teringat...huhuhuhu!

Ada lagi kejadian yang best..kami semua lapar.. pergilah kfc kat PKNS tu..alih2 sampai sana, depa kata Ayam goreng HABIS!! 1st time aku dengar kfc kehabisan ayam goreng...pi kat kedai makan lain, semua nya tak best..nak tak nak masuk jugak kfc..



kami makan fun fries, coleslaw, roti, nugget, cheezy wedges..



lps makan kfc baru nampak kat area situ ada McD..apakan daya..dah pukul 6.45petang..pastu kami pun balik dengan harapan nak makan nasi kat rumah..

ada lagi peristiwa yang berlaku...



JALAN JAAAAAAAAAAAAAAAAAMMMMEEEEEEEDDD!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrgggghhhhh! sampai rumah kul8.30 mlm..tapi, Alhamdulillah..dapat jugak makan nasi..

No comments:

Post a Comment