Bermula 23 Jun 2011.. aktiviti pemilihan untuk acara sukan rumah telah pun berlangsung dengan sepikul daki dan beberapa tempayan peluh..ada yg buat muka ayam sakit, muka kucing beranak dan macam2 lagi rupa orang tak nak bersukan..ada berita lagi best..ada yg posa sunat, berat turun sampai 2kg..hehehehehe! bagus2..amalkan selalu..lps ni blh pakai baju saiz S(impian aku neh)..hihihihi..
setiap rumah sukan juga diberi sumbangan ikhlas daripada Puan Rohaidah..
Maka, bermulalah edisi anak tekak menjadi besar sbb suara lbh kuat daripada pembesar suara mcm Ustaz Amir.. (best tuuu..aku dah cuba..boleh release tensen…hehehehe)
Ni dia..Azmi yang maintain kat padang..
Tapi, ada lagi yg lbh maintain..antaranya sifu Abu yg mmg bleh kasi pingat Warga Tua Yang Paling Hensem Dan Bergaya di Padang..hehehhe! eh..orang berpengalaman kata guru besar..hikhikhik!
Kita minum dulu!!
Ini latihan kawad kaki dan bacaan ikrar..hehehe!
Ini pula Puan Syikin bersama bodyguard nya yang setia..Puan Syikin menjadi symbol PPD masa rehearsal..semoga satu hari nanti boleh ganti Tuan Haji Mat Jah bin Roslan yer..
Korang kenal saper baju putih nih? Aku dah pinjam alat pemotong lembu dari pusat penyembelihan..hahahaha! aku nk potong kaki dia..ada la sbb nya..klau tak dapat potong kap alif kap ya dia, potong seat motor baru dia pun, best jugak..hahahahahahahaha!
Ni pulak body guard Cikgu Rohaizat..setia bersama dari hujung padang ke hujung padang..
Sempenan MBMMBI, penjawat jawatan pengacara tetap dan berpencen bersama-sama Ustaz Mumtaz jayyid jiddan.
Oh, terlupa! Edisi Candid di Tepi Padang..hihihihi..mula-mula kita pi geng-geng mak yong daaaaaaaaaaaaaaaaaannnn puteri-puteri lilin yang tak tahan dengan sinaran ultra violet ultraman..kihkihkih!
Meh kita pi minum sat…ni diaaa…tokey kaya raya.. kak, bila nak bagi saya minum free nih? Nak tau tak, orang jawa kata, tokey kotokey okeh..heehehehhehe! carilah maksudnya..
Ada gak mak-mak datin yang mak datin pun kalah..meh kita intai saper mak datin yang glemer tuh..ada kipas jepun, tudung alun-alun n bercermin mata hitam..tapi, had tu bukan datin..dayin yg duduk pakai baju vogue kaler itam.. klau aku, kan..aku tak turun padang dah..sayang baju maaa.. inilah semangat datin vogue bersukan..
Heheheheh! Ni gambar camerawomen..takut esok aku tak dan amik..so, aku amiklah gambar dia..dia kan tak berapa nak glemer..jadi, aku pun amiklah gambor dia kasi glemer skit..hehe..senyum manisss…awww…
Ni? Perhimpunan ketua-ketua rumah yg mcm ala2 perhimpunan bersih sbb menimbulkan konflik dan kontroversi.. ye keeerrr? Jawablah sendiri..
Ini pula Puan Maria yang memang pakar dalam bidang persembahan..moh ler kita nengok dia..
SETIBANYA HARI KEJADIAN..hehehehe!
Hujan yang turun bagaikan mutiara..
Yaaa..wajah2 semangat sukan..ada sorang kawan kita tu, takut nak pakai t-shirt kuning..banyak road block..maklumlah, perhimpunan tuuuuuuuuuuuuuuut kan tema kuning..heheheh!
Ni dia sepanduk rumah merah…idea sifu2 vouge..
Green Squad..pasukan yang sangat diperlukan dalam semua majlis..patut dikekalkan dan diberi sijil kepada squad ini kerana berkhidmat sepanjang tahun tatkala majlis diadakan..
Mascot setiap rumah sukan..
Inilah pegawai PPD Sepang yang baru..
Dulu beliau, saya panggil Cikgu Mat Jah. Sekarang, kena panggil Tuan Haji Mat Jah.. hmm..banyak juga ambil gambar beliau untuk memenuhi permintaan emak..emak saja nak tengok macamana agaknya rupa kawannya sekarang..
Cameraman dan camerawomen semasa hari kejadian..(bagilah glemer skit..heheheheh)
Pengacara majlis..kita minum dulu..
Kembar tak sama besar..mesti dalam perut mak, had besar ni makan zat lebih..kihkihkih!
Hehehe…roger orang sebelah keer?
ni mak saper lah neh..banyak bebenor botol air haa...heheheheheheeh! jutaan terima kasih pada kak Asiah..lepas kami jadi pasukan sorak pom-pom, dia pun datang bawak air..mmmmmuuaaahhhh! saaaayaaang kak Asiah..
Jom terjah kantin..
banyaknya depa ni makaaannnn..hikhikhik!
Rumah-rumah sukan dan penghuninya..
Juara-juara rumah merah..
debaran demi debaran..
Inilah Muhammad Rafiq..ayam tambatan rumah merah..dia diwartakan sebagai Olahragawan 2011.
Rumah merah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan sukan tahunan 2011..sorilah kak Zai..gambar ni saya cilok tah dari mana tak ingat.. tak nampak ketua rumah merah..hikhikhik!..apapun saya tabik spring pada semua guru rumah merah yang berjaya mententeramkan baran saya di padang..semuanya memberikan kerjasama dan contoh yang baik pada sebelum, selepas dan semasa hari kejadian..
Rentetan kemenangan yang kami perolehi, terlalu banyak peristiwa yang terawang di minda. Secara peribadi dapat saya katakan, semua murid perlu diberi sebuah kepercayaan. Daripada kepercayaan itu, mereka membina sebuah hasrat dan cita-cita untuk mengejar impian..dalam pasukan kami, memang tiada atlet yang boleh dibanggakan..Namun atas kepercayaan yang kami beri, Alhamdulillah, kejayaan itu milik mereka akhirnya..
Puas juga menongkah segala kata2 manusia ketika setia berdiri di padang..perasaan sedih, marah dan kecewa bukanlah berpunca daripada kekalahan, tapi berpunca daripada sikap rakan-rakan..betul kata emak..kadangkala kita jatuh bukanlah disebabkan tunggul yang besar, tetapi, kita akan jatuh disebabkan tunggul yang kecil..kadang-kadang, situasi yang tegang menyebabkan kawan menjadi lawan..
Dan…puas juga rasanya menerima senyuman sinis dan sindiran tajam..apapun, kita nilailah sahabat2 kita dari sudut yang sangat +ve..semua tu Allah dah ‘susun’ baik untuk kita saling mengenali hati budi sahabat2 kita..Rasulallah sendiri berpesan, “untuk melihat siapa sahabat kita, bawalah dia bermusafir”. Pada saya, tak perlu kita bermusafir jauh beribu batu, cukuplah sekadar kita ber’musafir’ dalam satu situasi yang menjadikan keadilan sebagai elemen utama dalam perlaksanaannya..hasil daripada keadilan itu nanti, kita akan lihat keangkuhan, keegoan, ketulusan hati dan kejujuran dalam diri sahabat kita…pasti kita akan dapat menilai siapa sebenarnya manusia di sekeliling kita..
Justeru, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada pihak yang terluka..tidak timbul soal ujub, riak dan takbur.. saya sendiri berhadapan dengan konflik yang sangat besar sehingga semangat saya hampir hilang dan terkubur.. apapun, saya mendoakan yang terbaik demi kejayaan yang dapat menaikkan nama sekolah..yang baik datangnya hanya daripada Allah S.W.T…
suka lah blog ni sbb gmbr i banyak...heheheheheh...nak follow xde plak button follow tu :P
ReplyDeleteI also like, like,like..Thanks Yatie..
ReplyDelete"gambar ni saya cilok tah dari mana tak ingat.." Kan dari kamera Shazwani tu, takkan tak ingat kot...
ReplyDeleteSesungguhnya inilah yg dikatakan semangat kesukanan - jgn terlalu sensitif dgn sikap kwn2. Hormat-menghormati dan maaf-memaafkan sememangnya sifat yg sangat mulia. Perjalananmu masih jauh, so teruskan senyuman manis itu. Tahniah dan keep it up!
TQ2..
ReplyDeleteAyu, hari tu ada...dah ter delete...hehehe
teacher Maria, tq..
Puan Rohaidah..
yela saya copy dr fb album skkw..ramai sangat kawan2 yg upload gambar..(nampak sgt copy tak minta izin..hihihihi)
terima kasih puan..