Saturday, November 20, 2010

LAYAN ...

iklan yg mengalunkan lagu n lirik yg best..



iklan kontroversi.. kerana terlalu taksub pd slogan somebody..sampai agama pn nak di satukannya..



iklan menantu tak guna..



iklan mengayat..



iklan streamyx



iklan sayang mak..



dan, yang terakhir..iklan yg sangat happening..

Tuesday, November 16, 2010

APA NAK BUAT CUTI SEKOLAH NI?

Apa nak buat dalam cuti sekolah ni yer? apa kata kita tengok bidang kerjaya yang boleh kita ceburi dan yang pastinya bersesuaian dgn kita.. meh kita tengok part time apa yg sesuai bebenor utk guru2 di SK Kota Warisan.


1 ) keje sambilan sebagai pembaiki kamera di kedai Foto Express..hehehehe.. sesuwei bebenor..ada kemahiran yg tak semua org ada, gaji up sket RM1500 sebulan..


2 ) Pemantau R & D.. klau jd pemerhati sepenuh masa, sebulan RM1800.. ok lah tuu.. masyuuk woo..


3 ) Journalist..tu baru satu buku, intro je dh satu buku.. kalau jual utk rujukan IPTA, harga sebuah buku RM55..RM55 x 100buah (paling sikit)= kaya..hikhikhik..


4 ) Salesman / penarik undi.. tangan juga kasi jalan, mulut juga kasi cakap juga banyak.. man kudel kilometer kadala.. heheheheh! apa maknanya aku pn tak tau..


5 ) cameraman pengantin di rumah org kawen..hikhikhik!Azlee dgn DSLR yer.. blh buat duit banyak tuu.. 1 package cd, frame, album & pic paling kurang pn RM2500.. wow!! kayer2..boleh tukor VIOS kpd Lancer Evo.. heheheh!


6 ) model iklan colgate.. bagus2..gigi semua cantik2..iklan seminit RM500.. oklah tu.. saper nak bg..


7 ) tukang pujuk orang beli barang kat kedai perabut..hehehe..


8 ) pengacara jemputan.. ni sesuai sangat kalau ada majlis kenduri kahwin.. hehehe.. jadi pengacara jemputan NONA pun sesuai..suara mantap, rupa ada.. boleh sangat dh tu.. sain kontrak dgn TV3 make sure di bayar sejam RM2500 paling skit yer.. (Gambar :Ihsan daripada blog Puan Rohaidah)


9 ) juruaudio visual.. hehehe.. selain daripada handle hal2 technical, sesuai juga jadi penyanyi jemputan..suara sedap tu..


10 ) pemandu pelancong.. boleh juga kalau nak jadi pengapit pengantin. buat kontrak sejam RM10..boleh la tu..

Dan yang terakhir.. TUKANG JAHIT ..hehehehehe! selain menjahit baju di rumah, di sekolah pun ada juga murid2 yang terkoyak kainnya.. bolehlah dipraktikkan setiap masa.. kihkihkih!



Anyway, jgn lupa kita masih ada 2 hari untuk sekolah.. pssstt.. korang dah setel amik autograf keerrr..?

Sunday, November 14, 2010

ADUH! KECUNDANG LAGI..

Hari ni adalah Hari Konvokesyen Tadika Pasti Al Hidayah Cawangan Dengkil. seminggu sebelum hari kejadian, ibubapa diberi sehelai kertas lukisan yang dah siap bercetak gambar..ibubapa lah yang kena warnakan..

Ini adalah paparan semua hasil kerja tangan mak ayah depa nih..



ini lukisan yang mendapat tempat pertama..



Ini pulak lukisan yang diwarnakan oleh kakak aku..hehehe..



Ini pulak tempat ketiga..



Aku punyer? jenuh aku kaler dr hari Selasa sampai Hari Khamis.. kecundang juga akhirnya.. takper2.. thn dpn aku ada strategi baru untuk menang.. hahahahahaahahah!

Saturday, November 13, 2010

DALAM HATI JER..

'Dalam hati ada taman' hehehehehe! tu dialog Adnan Sempit daaaa..lagu ni Cinta Dalam Hati..




mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktu ku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku
memeluk dirimu kali ini saja
untuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

BIARKAN SEGALANYA BERLALU..

Malam menyinsing sepi..aku masih di hadapan skrin.. mengenang majlis bbq td.. sangat indah suasananya..entah kenapa, tutur bicara dan senyuman manusia tadi menyelinap di celah2 ruang hatiku yang sekian lama membatu..tapi, aku akan biarkan segalanya berlalu meskipun pada hakikatnya itu bukan aku yang membiarkan segalanya hanyut di arus waktu..

kadangkala kita perlu meluahkan apa yang terbuku dihati..tapi, pada aku biarlah semuanya berlalu mengikut arus waktu..Cuma, keterlanjuran aku memendam perasaan itu, terasa larangan bertukar menjadi suatu keindahan..sangat indah perasaan itu.. hmm.. tapi, biarlah semuanya terkubur sebagai impian dan kenangan.. tanpanya aku tetap sempurna kerana sejauhmana dia berada, aku pasti akan bersamanya apabila sampai waktu dan ketikanya..

Aku berdoa semoga dia kekal disitu bersama kebahagiaannya..

sekadar coretan...

Sunday, October 10, 2010

WARKAH BUAT 'AYAHANDA'..


"Setelah roboh kota Melaka, Kota Johor kita dirikan" Sultan Alauddin Riayat Syah dalam karya Setelah Roboh Kota Melaka - Abdul Latip Talib.. sangat hebat dan kental jiwa orang melayu.. Institusi Kesultanan Melayu pantang disanggah..kalau dahulu, keris sultan sangat berdaulat, apatah lagi kata2 sultan.. sedangkan Laksamana Bentan sampai juga ajalnya walaupun hanya 'dicium' hujung keris Sultan Mahmud mangkat di julang.. sangat tinggi darjatnya seorang pemerintah..

Dalam arus pembangunan yang terpencar kemodenannya, mampukah melayu kekal dengan kedaulatan sultannya? 'Takkan melayu hilang di dunia' atau realitinya 'melayu hilang dunianya? terlalu gah dengan perpaduan kaum yang diwar-warkan, kadangkala kita terlupa bahawa segala hak kita telah pun dikongsi atas dasar kesamarataan.. sudahlah begitu, "ayahanda" kita yang sudah bertahun2 wujud sebelum J.W.W.Birch mendarat di Tanah Melayu juga, mula dipertikaikan..

Warkah khas buat Ayahanda..

Tidaklah anakanda berutus warkah untuk bertanya khabar buat ayahanda.. cukuplah sekadar coretan yang anakanda berikan walaupun ianya takkan menjadi kudis di hati ayahanda..

Wahai ayahanda yang tersilap firasatnya.. anakanda mahu ayahanda fikirkan asal-usul orang melayu, datangnya bertongkang dari seberang Tanah Jawa, dari Patani dan tidak ketinggalan dari kerajaan Langkasuka..walaupun statusnya pendatang SUATU MASA DULU, namun, namanya tetap melayu kerana asalnya dari GUGUSAN KEPULAUAN MELAYU. Manusia yang datang bertongkang dari LUAR gugusan kepulauan melayu itu, barulah namanya pendatang yang diberi sedikit ruang dan peluang di Tanah Melayu. Jadi, apakah hak bangsa2 ini mahu mencerca dan mempertikaikan kedudukan Institusi Kesultanan Melayu di Tanah Melayu??

Ayahanda, sedang slogan itu dilaungkan, hak kesamarataan diagihkan, ke mana akhirnya agama dan bangsa sendiri yang sering ditekan.. kalaulah 'anak sendiri' bersuara, 'ayahanda' akan berkata " jangan bersuara begitu lantang anakku..itulah tanda2 perkauman dan perpecahan.." tapi, kalau si 'anak tiri' yang bersuara lantang, menghantar memorandum dan pelbagai usul ke rumah 'ayahanda', 'ayahanda' cuma tersenyum sambil berkata "negara kita demokrasi dan perlukan kesamarataan.. marilah 'ayahanda' berikan sedikit kesamarataan".. Lihatlah sekarang, dipertikai pula kesultanan melayu..sangat bodoh dan biadab!! adakah ayahanda masih mahu bertoleransi pada orang yang biadab???

Lagi, ayahanda.. kalaulah Alfonso d'Albuquerque mendapat tafsiran bahawa Tanah Melayu begitu mudah dijajah ideologinya, tentu dia menyesal kerana menghantar pasukan meriam dari 43 buah kapal Portugis untuk menyerang Melaka di subuh pagi.. dia rugi kerana tiada ahli nujum yang mampu memberi tafsiran bahawa Portugis tak perlu berperang, tetapi hanya perlu jalankan sedikit demonstrasi jalanan, publisiti murahan, hantar memorandum berjela ke istana, tidak ketinggalan juga melaksanakan aktiviti korupsi di dalam istana, Portugis boleh mendapat hak samarata dengan orang-orang di Tanah Melayu..

Ayahanda, mungkin juga tatkala memberi hak kesamarataan itu, ayahanda terlupa peristiwa Perjanjian Pangkor di mana bermulanya kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu.. semuanya gara2 ingin meraih sokongan, tamakkan kuasa..habis semua yang dikongsi akhirnya tergadai..

ayahanda..ayahanda.. lihatlah natijahnya jika ayahanda teruskan usaha menyatukan anak kandung dengan anak tiri.. apa yang kami ada, semuanya dikongsi.. sehingga nama Allah juga hampir tergadai dek kerana penyatuan ini.. berbaliklah pada sejarah.. sejarah pasti akan berulang..jadikanlah sejarah sebagai panduan, ayahanda..

Ayahanda, jangan sampai kebiadaban Israel terhadap Palestin menular ke negara kita.. asalnya yahudi cuma pendatang yang menumpang..yang diberikan sedikit ruang dan peluang.. akhirnya, seinci demi seinci tanah Palestin dirampas..kuasa majoriti telah menjadi suara minoriti, rakyat merempat di tanah air sendiri..

Ayahanda, sayangilah agama dan bangsa kita sendiri..jangan dibiar org lain mempertikaikan Institusi Kesultanan Melayu yang tidak akan terhapus dalam kamus sejarah..

salam sembah dari anakanda yang derhaka..

Wednesday, September 15, 2010

HARI-HARI HARI RAYA DI JALAN RAYA

Sambutan raya tahun ni sangat hambar dan langsung tak terasa berhari raya..apa yang pasti, setiap hari sepanjang Ramadhan, kami akan menziarah abah. Alhamdulillah, berkat doa semua, abah semakin sihat. Dan ketika aku mencoretkan lembaran ini, abah dah pun berada di wad biasa.. terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan abah.

Hari raya tahun ni, adik beradik takde yg balik awal. Jadi, terpaksalah aku mengerahkan beberapa kerat tulang yang yang pastinya bukan tulang empat kerat aku, untuk memasak rendang hari raya..kihkihkih!

untuk tugasan pertama, bawang2 yang bakal di blender mesti dipotong.. dan, inilah keje Kak Diah, tukang potong bawang..



Malam tu memang terasa panas..panas telinga, panas punggung dan semua yang panas..jadi, semua pekerja yang menjalankan tugas memerlukan banyak angin dan udara sejuk sehingga sanggup mengambil tindakan yang drastik dengan berpakaian 'sexy' macam si Syirah.. hehehehehe!



ni dia tugas yang paling senang.. menggunting cili kering yang boleh buat hidung bersin..dengan 'berbekalkan' udara yang segar, aicah debot meneruskan perjuangan menghabiskan sisa2 cili kering yang mesti dipotong..



1 Syawal ...
pagi2 lagi kami dah keluar..cuma beraya di ruah adik-beradik mak dan abah jer. tepat jam 11 pagi, kami semua bertolak ke hospital.. untuk pujuk anak2 supaya tak sedih sbb beraya kat hospital, kami makan tengahari di Tasik Titiwangsa.. walaupun biasa2 jer tempat tu, tapi budak2 memang hepi apabila berada dalam situasi yang berbeza untuk menjamu selera. ni kira hadiah terima kasih lah sbb deme dah tolong masak rendang.. ni lah gambar kami bersantai tepi tasik pada 1 SYAWAL..



Eh.. silap pulak! tu gambar mak.. haa..yg dah cair make-up ni, aku laa.. hahahahaha!



Sepanjang Bulan Ramadhan termasuk 5 hari dalam bulan Syawal, hari-hari kami berhari raya di jalan raya..hehehe.. kami pulang ke rumah dalam pukul 7 malam..Apapun, kami sangat bersyukur, atas berkat doa semua abah telah beransur sembuh. Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi kerjasama, sokongan dan nasihat serta ribuan terima kasih juga kerana sudi menghadiahkan selembar doa untuk abah.. Amin..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..