Tuesday, October 13, 2009

SELIPAR JEPUN YANG TERFITNAH


selipar jepun (bukan nama sebenar)



selipar jepun ala2 jawa (tidak berkaitan antara yg hidup dan yg mati)


Alkisah..Hari ni ada sambutan hari raya kat MINT.. atau nama barunya yg tak glemer tu, Agensi Nuklear..hehehehe.. (asmaniah jgn marah taw..)

aku punyalah berkobar2 nak pegi..sampai je kat rumah babysitter, baru aku perasan aku pakai SELIPAR JEPUN.. nak patah balik dah tak dan..

maka hari ni, disebabkan selipar jepun yg aku pakai ke opis, aku tak jadi la nak pi makan2.. oleh itu, aku telah dititahkan oleh sultan agar menggantikan operator di kaunter utama hanya kerana aku pakai selipar..

huhuhu...ni semua sbb selipar jepun la ni..kalau aku beli selipar jepun ala2 selipar jawa mesti lawa..

tapi, bila aku pk2 balik..bukan sbb selipar jepun, tapi sbb hari ni aku bangun lewat, maka lewat dan kelam kabutlah aku pagi ni..hehehehe.. salah aku jugak.. sian plak selipar jepun, terfitnah oleh aku..kihkihkih!

No comments:

Post a Comment