Thursday, April 14, 2011

APALAH AGAKNYA..

Sudah terlalu lama hujung jari ini tidak jadikan pena.. terkadang rimas dengan kehidupan namun kepada siapa dapat diluahkan..

Saban malam, mata menonton..cuping disantak dengan segala benda yang membosankan..asyik dengan penguatkuasaan yang 'memakan' ratusan roh-roh yang menggetar ketakutan..justeru rumah mayat menjadi persinggahan terakhir bagi yang masih bernyawa.. masih wajarkah tindakan itu di'relevan'kan atau sekadar menjadi wayang betapa hebatnya dalang di sebalik tiang?

Asalnya sangat relevan dan selaras dengan keamanan sejagat..Syabas dan tahniah kepada si polan yang berusaha mewujudkan satu institusi yang sangat bermaruah..namun apa yang tersurat kini, perlaksanaannya semakin mengganas sehingga jerawat kecil dan 'anak' bisul tidak dapat lagi dibezakan..

Apalah agaknya yang dicari? kuman di seberang laut, atau gajah di hadapan mata? kalau setakat kuman kecil yang baru pandai bertatih berjaya dilenyek, terimalah hakikat bahawa, itu cuma perbuatan yang sia-sia..sang gajah yang menanam tebu dipinggir bibir itulah, sebenarnya binatang yang sangat wajar diletakkan di kandang pesalah..

Apalah agaknya yang ingin ditunjukkan? melakukan untuk menunjukkan ketegasannya atau sekadar menayangkan kepada umum bahawa pementasan yang baru ini sangat hebat, telus dan tidak mengandungi unsur 'gusar dan pelik'..kalau untuk tujuan yang pertama, mengapa baru sekarang ditayangkan? sedangkan filem telah bertahun lama diolah...plot ceritanya pun sudah basi..

apalah agaknya yang difikirkan oleh orang lain..menonton dan menjadi 'penonton bisu' atau menonton dan menjadi 'pisang salai bersepanduk' di bawah cahaya matahari? hmm..biarkan saja..apalah agaknya..