Wednesday, September 15, 2010

HARI-HARI HARI RAYA DI JALAN RAYA

Sambutan raya tahun ni sangat hambar dan langsung tak terasa berhari raya..apa yang pasti, setiap hari sepanjang Ramadhan, kami akan menziarah abah. Alhamdulillah, berkat doa semua, abah semakin sihat. Dan ketika aku mencoretkan lembaran ini, abah dah pun berada di wad biasa.. terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan abah.

Hari raya tahun ni, adik beradik takde yg balik awal. Jadi, terpaksalah aku mengerahkan beberapa kerat tulang yang yang pastinya bukan tulang empat kerat aku, untuk memasak rendang hari raya..kihkihkih!

untuk tugasan pertama, bawang2 yang bakal di blender mesti dipotong.. dan, inilah keje Kak Diah, tukang potong bawang..



Malam tu memang terasa panas..panas telinga, panas punggung dan semua yang panas..jadi, semua pekerja yang menjalankan tugas memerlukan banyak angin dan udara sejuk sehingga sanggup mengambil tindakan yang drastik dengan berpakaian 'sexy' macam si Syirah.. hehehehehe!



ni dia tugas yang paling senang.. menggunting cili kering yang boleh buat hidung bersin..dengan 'berbekalkan' udara yang segar, aicah debot meneruskan perjuangan menghabiskan sisa2 cili kering yang mesti dipotong..



1 Syawal ...
pagi2 lagi kami dah keluar..cuma beraya di ruah adik-beradik mak dan abah jer. tepat jam 11 pagi, kami semua bertolak ke hospital.. untuk pujuk anak2 supaya tak sedih sbb beraya kat hospital, kami makan tengahari di Tasik Titiwangsa.. walaupun biasa2 jer tempat tu, tapi budak2 memang hepi apabila berada dalam situasi yang berbeza untuk menjamu selera. ni kira hadiah terima kasih lah sbb deme dah tolong masak rendang.. ni lah gambar kami bersantai tepi tasik pada 1 SYAWAL..



Eh.. silap pulak! tu gambar mak.. haa..yg dah cair make-up ni, aku laa.. hahahahaha!



Sepanjang Bulan Ramadhan termasuk 5 hari dalam bulan Syawal, hari-hari kami berhari raya di jalan raya..hehehe.. kami pulang ke rumah dalam pukul 7 malam..Apapun, kami sangat bersyukur, atas berkat doa semua abah telah beransur sembuh. Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi kerjasama, sokongan dan nasihat serta ribuan terima kasih juga kerana sudi menghadiahkan selembar doa untuk abah.. Amin..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..