Tuesday, March 30, 2010

ADIOS

salam semua..
hari ni tak dan lah nak update apa2 yg aku tak update..
agak sibuk juga..ada juga kawan2 yg bertanya, adakah aku telah menarik diri dari menjadi seorang pengkritik? untuk kawan2 aku dari UMNO, PKR dan PAS. ini jawapannya :

sebenarnya, pagi tadi ada kawan baik yang baik hati telah menasihatkan aku agar tidak lagi mengkritik apa2 yang berkaitan dengan dunia politik.. aku setuju juga.. demi menjaga periuk nasi aku..hehehe.. aku yakin dan pasti, aku memilih jalan terbaik.

so, adios ku ucapkan kepada dunia pengkritik politik..

Thursday, March 18, 2010

SEKOLAH AKU

Untuk pertama kali aku posting, aku dihantar ke Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang. 10 minit dari rumah.. emm.. sekolah aku diteraju 4 orang wanita yang cekap, tegas dan berdisiplin.. hehehe.. 4 peneraju tu semua perempuan tau..guru2 di sini semuanya terdiri daripada golongan pendidik yang hebat2 dan cemerlang..termasuklah Cikgu Zubaidah, Guru Bahasa Melayu masa aku darjah 6 dulu.Malu juga tapi banyak aku belajar daripada sifu aku nih.. nak2 aku pun mengajar subjek BM untuk tahun 3 dan tahun 4..



Inilah SK Kota Warisan.. ni baru dari pandangan sisi.. aku takmolah post lebih2..jap lagi korang jeles dgn keunikan rekabentuk sekolah aku..kihkihkih



Dan inilah SK Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam. sepatutnya 2 Februari aku kena lapor diri kat sini.. rumah semua aku dah cari.. pegi pun dengan kawan yang paaaaling aku sayang...tapi, bukan jodoh aku dgn nakhoda agaknya.. atas usaha bonda yang tercinta, dapatlah aku ke Daerah Sepang yang sebelum ni dikatakan 'penuh'.

Alhamdulillah.. selama 2 tahun ni, aku dapat 4 tempat bertugas. Mula2 aku diarahkan bertugas di SK Bandar Kinrara, kemudian, KPM batalkan penempatan atas alasan aku cuti belajar dan kena masuk atom semula. Setahun lepas tu, aku diarahkan bertugas di SK Taman Seroja. Tapi, KPM tarik semula penempatan atas alasan aku posting dgn jawatan DG41 bukan DC41.. rentetan peristiwa tarik menarik yang membuatkan aku rasa mcm arab badwi ni, aku di hantar pula ke Sabak Bernam..Selepas proses rayuan berlangsung selama 2 jam di JPNS, aku pun dapat surat arahan untuk melapor diri ke SK Kota Warisan tempat aku bertugas..

Alhamdulillah..so far, aku berpuashati dan hepi sangat2 walaupun seminggu lebih nak pi sekolah aku menangis sbb tak dapat nak suaikan diri dgn sekolah..hehehehe..

next week

hello my frenz..
next week aku akan update sepenuhnya blog nih..
so, tungguuuuuuuuuuuuu!