Monday, June 29, 2009

HINANYA ISLAM DIMATA MEREKA..

Terpana sejenak melihat keindahan Melaka Bandaraya Bersejarah. 2 hari aku menghabiskan masa cuti bersama anak2..banyak perubahan berlaku walaupun baru 8 bulan aku meninggalkan melaka..terlalu banyak khazanah sejarah Tanah Melayu yang 'ditutup' oleh binaan penjajah..A Famosa menutup gahnya Istana Melaka..pusat membeli-belah bandar hilir telah melenyapkan Dataran Melaka yang penuh dengan sejarah..benar, sepatutnya aku mesti teruja dengan pembangunan di Tanah Melayu yang maju..namun semua itu bukan hak milik melayu..

Gembira aku tatkala melihat banner yang tertera 'PENGISHTIHARAN MELAKA DAN GEORGETOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA (WORLD HERITAGE CITY)OLEH UNESCO PADA 7 JULAI 2009'. Sejenak aku terfikir, mengapa Georgetown dan Melaka sahaja? bukankah Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 di Perak juga menjadi perintis terbukanya gerbang bagi penjajah? Jika benar mahu mengangkat dan menjulang warisan dunia, mengapa tidak dimasukkan sekali Negeri Johor yang gemilang sebelum melaka jatuh ke tangan Portugis?

Setelah ku amati lipatan sejarah..Kristian bertapak di Tanah Melayu SELEPAS kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka..498 tahun..hampir 500 tahun Kristian bertapak di bumi Hang Tuah..Agenda Kristian memang tidak dizahirkan..rupanya UNESCO mahu menyambut ulangtahun ke 500 sempena bertapaknya kristian di Tanah Melayu..orang melayu lupa pada sejarah..terlalu gah dan bangga pembesar dan pemerintah kita mendapat gelaran itu di mata dunia..tetapi mereka juga terlupa bahawa Tanah Melayu suatu ketika dulu adalah tempat terpancarnya sinar Islam di Asia Tenggara..tetapi, ianya hanya dicatatkan dalam buku teks sejarah dan bukan dizahirkan melalui pembangunan mahupun ketrampilan bandar itu sendiri..

lupakah mereka apabila portugis menakluk Melaka, semua masjid-masjid dirobohkan..manakala semua perkuburan Islam dimusnahkan..kemudian, batu hasil robohan itu telah diambil untuk di bina Kota A Famosa..BODOHNYA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM YANG MEMBUTA TULI MENERIMA PENGANUGERAHAN SEMPENA BANGKITNYA KRISTIAN DI TANAH MELAYU..Malaysia yang dinobatkan sebagai salah sebuah negara OIC sekadar 'see' agungnya kristian di negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan..

Apa yang menyedihkan, orang datang ke Melaka sekadar melihat, merakam sejarah di hadapan cebisan Kota A Famosa..mereka tidak menoleh sedikit pun binaan Istana Melaka yang hanya 15 langkah daripada runtuhan A Famosa..

Sememangnya wajar kita sebagai orang Islam berasa sensitif pada isu ini..Namun, apa yang mampu kita lakukan?

Tuesday, June 23, 2009

WAJARKAH..?

wajarkah komunis diberi pengampunan? benar, "SEDANGKAN NABI AMPUN KAN UMMAT" tapi, pengkhianat bangsa wajar dihukum bunuh.






Aku bangga menjadi anak abah..akulah anak seorang perajurit negara.. setia mempertahankan agama, bangsa dan negaranya..


Lain pula dengan '1 Malaysia' oleh najib. Sejarah telahpun tertulis, kita telah memberi pelbagai keistimewaan kepada bangsa bukan melayu, sehingga taraf kewarganegaraan dan hak mengundi juga kita beri..sekarang, segalanya berulang kembali apabila najib dan pak din yassin memberi keistimewaan kepada bangsa bukan melayu melalui sistem pendidikan..itu realiti yang kita lihat..realiti yang disembunyikan? kita sendiri takkan terduga apa yang telah diberi oleh si tuan-si tuan yang tidak memikirkan tentang agama dan bangsa sendiri yang semakin terabai..

wajarkah kita memberi sesuatu yang sangat berharga kepada mereka yang tidak pandai berterima kasih?

LASKAR PELANGI

Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati aku..hari ni penstrukturan tamat..aku dah tak terbeban lagi dengan penggredan yang sangat mengecewakan..namun begitu, aku bersyukur kerana tugas dan tanggungjawab yang ku pikul sebesar AELB telah pun selesai..

here we go, neraida..i'm coming..aku nak lepak, lepak dan lepak kat tempat kakak gemuk kesayangan aku..hehehehehehe..




Nidji - Laskar Pelangi


mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Sunday, June 21, 2009

BBM YANG MENARIK..

Hari ni aku jumpa bahan bantu mengajar yang menarik untuk Guru-guru bahasa Arab..aku rasa elok jugak untuk kita, course pemulihan khas, boleh create dwi bahasa dalam 1 slide..boleh create sendiri guna power point mcm yang kita pernah buat dulu..









SELAMAT MENCUBA..

Monday, June 15, 2009

KPLI

Penggredan yang memeningkan kepala..malas lah nak pk..entahlah..kadang-kadang yang selalu, aku rasa mcm tak dihargai apa yang aku buat untuk kerjaya aku..mana taknya..HRMIS aku dah buat walaupn ada 3% lagi tak siap, penggredan aku willing nak buat..tapi, apa aku dapat? alih2 bila aku masuk bilik bos, ada ke patut dia kata "ha..ni muka masalah dah datang" memang sedih looo..

Sampainya ati cakap mcm tu..masa buat penggredan, sampai kul 10.30 malam baru kitorang balik..buat tu pun sukarela je..sampai ati..ish.. tak dapat aku bayangkan rasa terkilannya..takpe, aku doakan diorg naik pangkat, gaji lebih besar dari sekarang..baru diorang tau, beban tugas makin banyak tapi takde org nak hargai..

biarlah..'sabar kan dapat pahala' kata opah kepada upin dan ipin..lain plak citer bila baca paper berita hairan hari ni, aku semakin hairan..kehairanan berita ni sangat terserlah bila Kementerian Pelajaran sekali lagi menganyam cadangan baru :

"NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan."

kenapalah nak dipanjangkan kursus tu..yela, aku belum layak nak mempersoalkan sbb aku pn tak posting lagi..sebenarnya ada pro dan kontra yang perlu diperjelaskan kepada umum.

PRO KEPADA CADANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN :
Siswazah yang di latih di Institut Perguruan untuk course KPLI sebenarnya memang memerlukan masa yang panjang. Berdasarkan pengalaman yang aku ada, kami cuma diajar secara teori dan praktikal, bukan penghayatan dan kemahiran. Kalau sekadar belajar untuk dapatkan cemerlang dan bukan kepujian, aku pun dapat cemerlang..kawan2 sekelas aku semua dapat cemerlang..tapi, sejauhmana kecemerlangan tu boleh berkekalan dan dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan? Aku akui, aku memang berminat, tapi, once aku dah berada dalam kawasan maktab, keinginan menjadi guru cemerlang hadir sendiri..terlalu banyak benda untuk kita pelajari..course setahun memang tak sempat nak catch up semua kemahiran yang dipelajari. kami tak sempat nak mengadakan sebarang aktiviti ko-kurikulum dengan berkesan apatah lagi menghayati silibus pedagogi..kami belajar semata2 untuk menduduki peperiksaan akhir dan mendapatkan input untuk menjalani praktikum dengan cemerlang di sekolah.

KONTRA KEPADA CADANGAN :
membazirkan duit kerajaan, membazirkan masa SEKIRANYA guru yang dilatih masih belum menjalankan P&P yang menarik dan berkesan. membazir dari setiap sudut JIKA SEKIRANYA ilmu pedagogi tidak diselami dan dihayati..maka, dengan memanjangkan kursus KPLI tidak akan ada sudahnya masalah 'guru bermasalah'..

fikir2kan sebelum membuat keputusan..masa depan anak2 anda berada di dalam tangan mereka sendiri, dengan bimbingan dan didikan GURU KPLI..

Sunday, June 14, 2009

SEMPURNA

ENJOY UR WEEKEND..



Andra and The Backbone - Sempurna - Watch the best video clips here



Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku
lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Thursday, June 11, 2009

MY FREN..



Hari ni agak membosankan..kerja ada tapi tak boleh nak buat sebab tukang sain takde..semuanya K.I.V..entah mana bos aku pegi..nak jadi citer paling kelakar, boleh dia kata nak pegi meeting kat MOSTI, tapi aku tengok siap bawak botol air dengan beg sandang belakang dia tu..kihkihkih! nampak mcm anak murid aku la pulak..

tetiba, aku teringat kat sorang sahabat yang sangat baik..dah bertahun lama asyik mendengar tentangnya..baru tahun ni dapat bertemu dengan orangnya..

Kalaulah aku mesin pengimbas di KLIA, dia insan biasa yang aku lihat tiada bezanya dengan orang lain..very low profile, nice, good looking..dan sebagai scanner tentu aku tidak mendekati dirinya kerana awalnya dia kelihatan begitu sombong..

Pernah juga bertembung, walaupun saling tidak mengenali, tapi, mak kata jangan sombong dengan orang..senyum kan sedekah..aku pun tersenyum melihatnya yang macam pandang tak pandang..tetapi senyumanku tidak berbalas..hmm..tapi aku tak ambil hati pun..customer selalunya memang sombong..kalau aku ada iras angelina jolie, mesti customer gembira datang ke AELB ni..hehe

Dia bukan customer..rupanya, dialah orang yang selalu aku dengar perkhabarannya..30hb Mei, lebih kurang jam 6.35 petang, untuk pertama kali sejak aku berkhidmat di sini, aku telah melihat insan yang kini menjadi pelangi dalam hidup aku..

Dan, sekarang dia bukan lagi pelawat yang perlu discan..dia menjadi peneman yang sentiasa ada bila diperlukan..kata-katanya sangat berhikmah, pesanannya menjadi pendinding diri dan tutur katanya sentiasa ku nanti..biar pun berkomunikasi di alam maya, namun bersahabat dengannya, menjadikan aku sangat tenang..

Ikhlas aku akui, kehidupan aku setenang air di tasik..kocakkan airnya hanya disebabkan tiupan angin yang mendesir..bukan aku tak pernah mengenali sahabat lain, tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang sangat membezakan antara dirinya dengan orang lain..dia seorang pendengar yang setia, sangat jujur, pandai jaga penampilan..tapi, pemalu..hehe..

Apapun, seikhlas hati aku menerima dirinya seadanya dia..semoga Allah memberi ketenangan hidup padanya sepertimana dia memberi ketenangan hati dan mewarnai duniaku dengan warna-warna pelangi yang indah..

Kawan..
Terima kasih atas kesudian dirimu menjadi sahabat terbaik untukku..
Semoga Allah memberi kesempatan untukku, memberi sinar baru dalam hidupmu seperti mana kau memberi cahaya dikala kegelapan menyelubungi hidupku..

Wednesday, June 10, 2009

KEJE PARTIME



Ini ialah tokey-tokey ladang buah-buahan.
Mereka diberi minum petang yang cukup sebelum menjalankan aktiviti Total Quality Control yang dijalankan oleh pihak Jepun sebelum Amerika menukarkannya kepada Total Quality Management.



Ini pokok mangga.
Pokok mangga ini ditanam di sebelah rumah saya.
Pokok mangga ini ditanam oleh emak.
Di sini, tokey2 berkumpul sambil mempelajari Proses Fotosintesis.



Ini merupakan salah satu lakaran Gugusan Kepulauan Melayu.
Kalau ikut bahasa kebun, segugus mangga.
korang nak tau, AKU BANGGA GILER POKOK MANGGA AKU BERBUAAAAAHHH!! HAHAHAHAHAH!
Aku bangga walaupun mak aku yang tanam pokok nih..hehehehe
Aku bukan riya' malah juga tidak takbur..dari dulu lagi, kalau aku yang jadi tukang siram pokok, mesti pokok tu mati..tu belum lagi aku yang tanam..huhuuu..pokok yang aku tanam? semuanya mati..huhuhuuuu



Ini buah mangga yang paling besar.
Saiznya 18cm, berdiameter 26cm..hmm..betul ke tak aku kira nih..
dipendekkan kata, memang besarlah..
HAHAHAHHAHAAH! AKU BANGGA LAGI SEBAB HARI2 AKU YANG SIRAM POKOK NIH..



DAN..
Ini pokok cili Indonesia pemberian Umi Ratna..
biarlah cili ni saiznya kemetot mcm yang tanam, tapi pedas tauu..
memandangkan para tokey telah kepenatan berposing, lawatan TQM pun disambung ke minggu hadapan..
berakhirlah sudah keje partime di hujung minggu..
sampai berjumpa lagi..

PAPAI..

Tuesday, June 9, 2009

MEMPERKASA ATAU MENYIKSA

Alhamdulillah..hari ni aku terima sms dari adik, abah keluar hospital tengahari ni..aku memang plan nak balik jam 3.30 petang ni..nak tengok abah..mak kata abah asyik mengigau panggil nama debot, dok kata nak main moto dgn debot..lagi pun petang nanti kena replace tugas kawan..

Hari ni, setelah dibakar dan terbakar oleh kenyataan Menteri Pelajaran, "BI syarat wajib lulus SPM", aku rasa macam geram sangat tengok muka bangsa melayu yang memperkasakan bahasa Inggeris, dok tersenyum kat paper mengiyakan kemenangan yang hampir dicapai setelah perubahan yang tidak bijak dalam sistem pendidikan bakal dijalankan. meh kita tengok kedudukan bahasa melayu yang KEMENTERIAN PELAJARAN GUBAL DASARNYA TETAPI DENGAN TINDAKAN YANG TIDAK BIJAK, KEMENTERIAN PELAJARAN JUGA YANG MENYINGKIRKANNYA..

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) menekankan aspek Membina Negara Bangsa yang mana salah satu agendanya ialah MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN.

Kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai BAHASA RASMI termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.. 'Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu yang ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen'.

Ayahanda flower horn juga pernah menekankan betapa pentingnya bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan..kalau kita tengok dasar yang dirangka daalam pendidikan, Akta Pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Taib 1960 telah menekankan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan..

Wahai pakdin yang baru berapa bulan jadi Menteri Pelajaran, lihat dan kajilah dasar2 yang pernah wujud dan sememangnya termaktub dalam setiap sendi para pendidik di negara kita..(karang kalau cakap korang bodoh, korang tak terima)jangan ikut dan je nak ubah semua tanpa memikirkan kepentingan bangsa dan rakyat.

Flower horn nakkan '1 MALAYSIA', segalanya yang ada dalam PIPP perlu diteruskan kerana isi kandungan PIPP dah dibentuk dan memang sangat bersesuaian dengan hasrat flower horn mendirikan negara bangsa..kata nak merapatkan jurang antara rakyat. inilah masanya untuk bangsa melayu memperkasakan bahasa melayu..ini tak, nak memperkasakan bahasa Inggeris tapi menyangkutpautkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik..hmm..PPSMI..

Entah2 memperkasakan bahasa inggeris untuk menutup isu PPSMI agaknya..memang betulla kerajaan ni..cakap berbelit-belit..hari tu pak din kata nak minta pandangan semua pihak, termasuk GMP yang membantah sekeras-kerasnya PPSMI..tapi, tetap sama juga..jadi NATO (basuh baju kata 'NO ACTION, TALK ONLY) la ni? nak buat BI jadi subjek lulus SPM, mintak pendapat rakyat juga..tapi, apa sudahnya? entah2 nanti jalan jugak idea yang memang tak bernas lagi tak munasabah tu..

pak din..pak din..pikirlah skit..kalau seorang guru yang menyambung pengajian ke peringkat master, tesis yang dibuat mestilah dalam BAHASA MELAYU, TETAPI, SEKIRANYA GURU INI INGIN MENYIAPKAN TESIS TERSEBUT DALAM BAHASA INGGERIS, PERLU MEMINTA IZIN DARIPADA PENSYARAH..dari sini je, kita boleh tengok kenapa guru-guru sukar untuk merealisasikan dunia bahasa Inggeris..

Mak ayah pula, dok sibuk kata cikgu tak mahir, tak pandai mengajar dan macam-macam lagi..so, aku sarankan kepada mak bapak yang mcm ni, AMIK ANAK KORANG, LETAK KAT RUMAH, AJAR SENDIRI. kalau mak ayah pun tak boleh hormat guru, guru memang tak boleh salahkan murid2 jika sekiranya murid tidak beradab sopan..sbb induknya begitu..

Aku memang bersetuju kerajaan nak memperkasakan bahasa Inggeris, kena ada inisiatif lain..memperkasa bukan menyiksa..kementerian pelajaran sepatutnya merangka silibus yang lebih menarik dan berkesan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Ingeris lebih mantap. Harus juga memberi kursus dan motivasi bagi guru-guru subjek bahasa inggeris..langkah ini memang bersesuaian..bukan mengusik subjek sains dan math..

Cukup2lah tu pakdin..kalau rambut dah putih, takkan lidah dan bahasa ibunda juga kau nak 'omputih' kan..

Sunday, June 7, 2009

AKU MEMANG DAH TERLEWAT..

Abah semakin sihat..walaupun disyaki denggi, platlet abah dah normal..suhu badan pun dah ok..Alhamdulillah..

Dalam perjalanan tadi, bila mengenangkan seseorang, aku semakin takut nak menghadapi realiti kehidupan aku yang masih aku lewati sampai ke hari ini..lewati? lewat? akukah terlewat atau aku memang dah terlewat?

Terlajak perahu boleh diundur..aku memang selalu terlewat..terlewat untuk memintas peluang yang berlegar dihadapan ku..terlewat untuk melunaskan janji kepada seorang teman..terlewat juga untuk meluahkan apa yang terbuku dihati bila hadirnya perasaan rindu pada seseorang..bila terlepas baru aku tersedar peluang yang ada tak sepatutnya aku siakan..sekarang aku dah terlewat untuk segalanya..kelewatan yang menyebabkan aku 'kehilangan' sesuatu yang tak pernah menjadi milikku..terlewatkah aku atau sememangnya aku dah terlewat? sementara menunggu sinar pasti,aku redha atas ketentuan Ilahi..




Yang Terlewatkan

Kemana kau slama ini
Hingga kalian kunanti
mengapa baru sekarang
Kita dipertemukan

Sesal takkan ada arti
Karna semua telah terjadi
Kini kau telah menjalani
Sisa hidup dengannya

Mungkin salahku… Melewatkanmu…
Tak mencarimu… Sepenuh hati…
Maafkan aku…

Kesalahanku… Melewatkanmu…
Hingga kau kini… Dengan yang lain…
Maafkan aku…

Jika berulang kembali
Kau tak akan terlewati
Segenap hati kucari
Dimana kau berada

Walau ku terlambat
Kau tetap yang terhebat
Melihatmu… Mendengarmu…
Kaulah yang terhebat

hmm..best jugak lagu ni..mcm terkena batang hidung..tapi, aku masih ada peluang yang perlu aku kejar dalam hidup..maknanya tak semua benda aku terlewat..hmm..life must go on and on..

Friday, June 5, 2009

ABAH..EAN SAYANG ABAH



Pagi ni aku masuk opis lewat..kelewatan yang aku sengajakan..sambil menyingkap tirai ruang tamu, mata aku menyelinap disebalik tabir pintu bilik abah..abah baring mengerekot kesejukan, mak setia disisi abah..dah banyak kali abah demam tapi, tak pernah mcm ni..langsung tak larat bangun..nasib baik ada si pocong jadian (adik aku..hehehe)tolong papah abah ke bilik air walaupun dia demam jugak..

abah..
pagi semalam..kul 5 pagi, ean terjaga..abah minta ean urut kaki abah..abah kata terseliuh..memang ean 'tukang urut' kat rumah ni..tapi part seliuh, ean tak pandai urut..tiba-tiba abah dah duduk kat lantai melunjur kaki..ean tau abah mintak urut..takpelah..ean pun urut sikit2 harap2 abah ok..masa tu ean sedih tengok abah..nasib baik ean tak pilih 'jalan' sendiri thn lepas..kalau tak, mesti ean menyesal..takpelah, untuk abah dgn mak, ean dah sanggup buat apa saja..mungkin tu bukan jodoh ean..biarlah dia mnyebarkan fitnah satu dunia pun..apa saja untuk abah..

abah..
petang semalam ean tgk urat kaki abah dah bengkak..suhu badan abah pun panas sangat..mak kata abah tak boleh makan ubat klinik..banyak komplikasinya..ean nak panggil pakcik maarop urut, tapi abah taknak..makan pun abah tak lalu..mak suapkan cuma 4 sudu yang abah makan..kakak, syirah dengan debot pun dah menangis2 tengok abah terbaring macam tu..mak pun dah berjurai airmata..ean tak tau nak buat..ean ke dapur..kemas2 dapur yang memang kemas dengan harapan ean tak dengar tangisan anak2 ean..

abah..
malam tadi ean terjaga..nampak bilik abah terang..ean terbau sesuatu dari bilik abah..ean intai, pakcu pun ada..eh..kenapa nih..ean dah cuak..rupanyer mak tengah bersihkan abah..ean takut abah rasa malu, ean masuk bilik, tepuk kaki debot yang dah terjaga..ean pun tertido semula..pagi tadi ean bangun, mak kata abah ter'lepas'..ean offer nak tolong mak bersihkan, rupanya mak dah bersihkan..sian ean tengok mak susah hati takde yang bagi semangat..ean mintak maaf, ean yang sms anak2 abah suh diorg balik sebab abah demam panas..ean tau abah tak suka ean buat mcm tu..tapi ean kena buat untuk mak bersemangat semula..ean mintak maaf ye bah..

abah..
kenapa pagi tadi, bila ean nak jemput pakcik maarop untuk urut abah, abah tak nak? kaki abah dah membengkak..mak dah asik menangis jer..tapi bila ean datang, mak kesat airmata..ean tau mak nak sembunyikan sedih..ean pun masuk bilik air..rasanyer bilik air ni basah sbb ean takde tisu nak lap airmata..bila mak panggil, ean kata ean mandi..tiba2 ean dengar orang bagi salam..Alhamdulillah, abang2 ean dah balik..rasa lega..nampak muka mak ceria nampak anak sulung kesayangan dia..bersyukur rasanya bila mak nampak bersemangat semula..

abah..
ean yang suruh abang mamat pujuk abah urut kaki..tapi, abah tak nak jugak..ean tau, sebelum ni cuma kak nit dgn kak ida je yang berjaya pujuk abah..tapi diorang tak dapat balik agaknya..ean takut kalau ean jemput pakcik maarop, abah marah..apa pulak kata pakcik tu..lagipun, ean takut abah marah ean mcm hari tu..ean paksa debot pegi rumah ibu, tapi abah marah ean..abah kata biar debot jadi kawan abah kat rumah..ean tak nak abah marah lagi..

abah..
lepas ean mandikan anak2, ean nampak mak packing barang..baju2 mak dan baju2 abah..rupanya mak decide nak bawak abah pegi HKL..ean harap abah tak kena tahan mcm hari tu..tak larat nak dengar anak2 ean menangis bila tau mak dgn abah kat HKL..bila dah mcm tu, mak suh ean pegi keje..abah, ean mmg kena kerja hari ni..cc suh ean jaga bilik fail abang awal sebab abang awal bercuti..zul hanafi pulak m.c..memang ean yang jadi pengganti..entahlah bah...orang dah bagi keprcayaan kat kita..kita buatlah..ean buat mcm yang abah pesan..EAN DOAKAN ABAH CEPAT SIHAT, NANTI BOLEH BALIK RUMAH..BOLEH MAIN MOTOR2 DENGAN DEBOT..

abah..
tersentak ean terima sms dari mak..abah kena tahan kat wad 19 katil 9 tingkat 4 HKL..ean menyesal tak paksa abah urut kaki semalam..mcmana ean nak cakap dengan budak2 ni, abah takde lagi mlm ni....Ya Allah..kuatkan semangat aku..

YA ALLAH..
BERILAH KESIHATAN TUBUH BADAN KEPADA KEDUA IBUBAPAKU,
BERILAH KETENANGAN HATI DIKALA MEREKA KEGUSARAN,
SENANGKANLAH SETIAP KESUSAHAN MEREKA,
BAHAGIAKANLAH KELUARGA KAMI DIKALA KEPINCANGAN DATANG MELANDA,
HAPUSKANLAH DOSA-DOSA KAMI YANG LALU DAN JAUHKAN KAMI DARI SEGALA SYUBHATS YANG ADA,
NAUNGILAH KAMI DENGAN KASIH SAYANG DAN LIMPAHAN RAHMATMU..
AMIN YA RABBAL A'LAMIIN..

Wednesday, June 3, 2009

AKU DAH KATA..

Hari ni aku memang sibuk..kena jadi tugu peringatan kat AELB..akak ni kena pergi kursus..best jugak dok kat sini jumpa customer..boring jugak sbb pakcik India yang selalu datang hantar paper tak datang pulak..aku pun bukak la paper di alam maya yang tak berapa nak best untuk ditengok..maklumlah..dah tua2 ni, pedih mata aku nak menatap monitor ni lama2..

hmm..keluhan demi keluhan dilontarkan rakyat..sampai stadium yang mahal jadi mangsa ketamakkan manusia.. ada lagi isu yang berjaya menarik perhatian aku..PPSMI..

kenyataan Pak Din dalam berita hairan :
'"Kita akan mengambil perhatian terhadap beberapa perkara termasuk penggunaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan dan keperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta komplikasi kos yang perlu diambil kira jika perubahan dilakukan," katanya.'

sekarang ni, sikit2 SJK..sikit2 SJK..sekolah rendah kebangsaan apa cerita? yela, mestilah org kata dari dulu bantuan semua ke SRK..skrg biarlah dapat kat SJK pulak..

aku pulak kata, ha'ah..diorg dapat sbb SATU MALAYSIA..semua menteri2 melayu ni dah lapar sgt nakkan perpaduan..bangsa lain tak nak pun..diorg cuma nak benefit yg ada bila patuh dgn cadangan dan dasar kerajaan..

pasal kenyataan pak din tu, dia mmg kena pertimbangkan semua dasar pendidikan dengan KEMAMPUAN PELAJAR2 INDIA DAN CINA, BUKAN PELAJAR MELAYU..sbb apa? pada pandangan diorg, pelajar melayu mmg ramai dah keciciran, buat apa nak bantu? yg kat pedalaman pun, nak bantu bukan dapat apa..kalau bangsa lain dibantu? dapat suntikan modal untuk berpolitik, mmg bangsa lain yg banyak menaikkan peratus PPSMI..KAN AKU DAH KATA..sbb tu tempohari dia boleh deal 'memberi pengiktirafan kepada subjek yang diajar disekolah jenia kebangsaan cina (swasta)'..AKU DAH KATA...

lagi satu, kenapalah agaknya menteri pelajaran yang ada kat Malaysia ni terlalu ego untuk mengakui kepincangan dasar yang ada dalam sistem pendidikan? kalau dah kata 'SETELAH DIANALISA' kenaikan peratus kejayaan PPSMI tak sampai 50% pun, kenapa masih mencuba sedangkan mereka sedar bangsa sendiri ramai keciciran? alih2 nak ajak GMP berbincang untuk lihat maklumbalas NGO tu..GMP bertindak menghantar memorandum ke istana pun, tak jelas lagi ke bahawa mereka membantah habis-habisan PPSMI? GMP tu semuanya golongan bijak pandai, cendiakawan negara.. Nama pun Gerakan Mansuh PPSMI..

Pakdin kata sebarang keputusan bukan bermakna kerajaan tunduk pada desakan mana-mana pihak..ye ke..? takpelah, kita tgk je apa tindakan susulan dari pak din..